Followers

Sunday 6 March 2011

MyKyoto 送別会 (Farewell Party)

6 Mac - KYOTO

Sebuah majlis perpisahan bagi meraikan sebilangan pelajar Degree, Masters, dan PhD yang telah selamat menamatkan perjuangan mereka di Jpon.. Venue majlis kali nih turut dilaksanakan di 修学院 (Syugakuin) 国際交流会館 (International Exchange Hall) dan majlis bermula sekitar jam 1200.. Buat julung kali juga ak menjemput sama keluarga angkat ak memandangkan dah lama x jumpa mereka dan alang2 mereka juga menetap di 京都 (Kyoto)~ Juadah kali nih agak banyak dengan pizza, nasi beriyani yang ditempah di kedai RAJU, kek, snek dsb.. Selain orang yang diraikan, semua pengunjung dikehendaki membayar 2000円.. Selesai menjamu selera, hampir setiap orang diraikan tuh dikehendaki memberikan sedikit ucapan mengenai susah-senang hidup mereka di Jpon=) Majlis bersurai sekitar jam 1600..


p/s 6 orang pelajar RITS bakal pulang ke Malaysia ntk meneruskan kehidupan masing2.. Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka! Gambar2 lain boleh didapati melalui sini.. 

2 comments:

  1. seronoknya bila dapat berkumpul ramai2 macam ni..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. setakat nih sebulan sekali kumpul ramai2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC