Followers

Sunday 20 March 2011

Langkah-langkah Menghadapi Gempa Bumi


Sudah seminggu lebih berlalu daripada bencana gempa bumi berskala 9.0 magnitud yang menggegarkan bumi Jpon.. Skala nih paling besar dalam sejarah Jpon dan dijangka gempa bumi bersaiz besar akan berterusan selama sebulan~ Bagi penduduk Jpon, mereka sudah dilatih sejak kecil bagi menghadapi gempa bumi.. Namun bagi 外人 (Foreigners) lebih2 lagi yang jarang gila mengalami gempa bumi seperti Malaysia, langkah2 keselamatan perlu diambil bagi menghadapi bencana tersebut dengan betul.. Berikut merupakan manual ringkas mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menghadapi gempa bumi (link)

Barang-barang yang harus dibawa:

  • Wang tunai
  • Kad pengenalan 
  • Kad insurans
  • Air minuman (± 3L seorang/sehari)
  • Bekalan makanan kecemasan
  • Telefon bimbit berserta pengecas
  • Kertas tisu
  • Tuala (± 5 helai)
  • Lampu suluh
  • Radio
  • Baju hujan dan payung
  • Pemanas badan (カイロ)
  • Sarung tangan 
  • Penutup muka
  • Beg sampah (lagi besar lagi baik)
  • Plastik pembungkus melekat
  • Gelang getah
  • Selimut
  • Kertas surat khabar (Melindungi diri daripada kesejukan)
  • Foto keluarga (Ntk cari anggota keluarga yg hilang/tersesat)
  • Wisel 
  • Ubat-ubatan yang biasa anda ambil
  • Pita pelekat
  • Bantal 
  • Pembuka tin dan pisau kecil

Tindakan yang harus diambil apabila gempa bumi berlaku:
  • Buka tingkap dan pintu
  • Bawa barang2 yg sudah disediakan ke muka pintu
  • Pakai kasut bertapak tebal
  • Tutup paip gas utama
  • Cas bateri telefon bimbit selagi boleh
  • Sekiranya bekalan elektrik terputus, naikkan semula suis utama
  • Bersedia menghadapi kejadian gempa bumi selama 24 jam berikutnya
  • Bawa bertenang
  • Hadkan penggunaan telefon
  • Hubungi nombor telefon 171 ntk meninggalkan pesanan
  • Berhati2 terhadap penipuan orang yang menyamar menjadi anggota polis

Tindakan yang harus diambil semasa mencari perlindungan
  • Jangan pergi dekat perabot besar seperti almari dan peti sejuk
  • Berhati-hati dengan kaca dan tembok
  • Keluar dari bangunan kalau terdapat dinding yang retak atau tiang yang condong
  • Hindari jalan sempit dan kawasan seperti lurah, tebing sungai dan pantai
  • Lari ke arah tempat yg tinggi kalau anda berada di kawasan pantai 
  • Pakai topi keselamatan @ topi biasa
  • Jangan pakai pakaian yang mudah terbakar
  • Pakai penutup muka @ tuala yg basah
  • Jika ada kebakaran, lari ke arah lawan angin
  • Jika anda memandu kereta, berhenti di tepi jalan
  • Jika di dalam kereta, buka tingkap dan kuatkan bunyi radio

Tindakan yang harus diambil sebelum gempa bumi berlaku
  • Pastikan ada topi keselamatan
  • Pastikan ada simpanan makanan kecemasan
  • Pastikan ada simpanan air
  • Pastikan ada kit kecemasan
  • Pastikan ada beg tidur
  • Pastikan tempat pusat pemindahan dan cara menuju ke situ
  • Tidur dengan memakai sarung kaki
  • Letakkan kasut bertapak tebal @ sandal dekat anda
  • Tutup langsir ntk mencegah kaca bertaburan
  • Gunakan tuala bagi menghalang pintu daripada tersekat

Maklumat rasmi NTT
  • Ketika ada bencana, perkhidmatan telefon awam akan diutamakan (Telefon awam adalah percuma di kawasan bencana)

Perkhidmatan mel suara ketika bencana

a) Mangsa
  1. Dail 171 untuk perkhidmatan mel suara
  2. Tekan [1]
  3. Dail nombor telefon bimbit @ telefon rumah anda
  4. Rakam pesanan anda
b) Mendapatkan maklumat mangsa
  1. Dail 171
  2. Tekan [2]
  3. Dail nombor telefon mangsa
  4. Dengar rakaman pesanan  

1 comment:

  1. sebenarnya tak mustahil untuk malaysia mengalami gempa bumi...terima kasih atas info ni bro..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC