Setelah planning lama giler x mengagak, kini saat2 ntk merealisasikan plan tersebut telah tiba; tiket telah ditempah awal sejak bulan 6 lagi, meskipun flight bulan 9, harga yang kitorang dapat agak mahal iaitu hampir 3.5万円 (RM 1277) dan berlepas pada jam 1355.. Kitorang bertolak dari 町田 (Machida) sekitar jam 1000 dan tiba di 新宿 (Shinjuku) ntk tukar 山手線 (Yamanote Line) menuju ke 日暮里 (Nippori) ntk amik 電車 (Train) menuju ke 成田空港 (Narita Airport)~ Perjalanan daripada 日暮里 mengambil masa selama 1 jam lebih dan kitorang tiba di 成田空港 sekitar jam 1230.. Boleh sengal plak x baca betul2 kene berhenti kt terminal mana membuatkan kitorang terpaksa amik shuttle bus ntk pergi daripada terminal 2 ke terminal 1 -_-" Agak kelam-kabut waktu check-in tp rezeki kitorang apabila dapat tempat duduk kelas bisnes sedangkan kitorang bayar ntk tempat duduk ekonomi \(^o^)/ Punyalah jakun giler duduk bisnes kelas sebab pertama kali membuatkan ak belasah main kerusi mudah-alih dia sebelum 飛行機 (Flight) berlepas (笑)
Mujur ada makanan khas disediakan ntk penumpang muslim; menu kitorang dalam flight waktu tuh ialah nasi lauk udang masak pedas ;) Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam dan kitorang selamat mendarat di Incheon International Airport sekitar jam 1600~ Waktu lalu kt kastam, tetiba ambil masa yang agak lama sebab konon nyer gambar kt passport ak ada masalah o_0 Nasib baik xde kene ape2 ;) Disebabkan ini merupakan pertama kali kitorang menjejakkan kaki ke 韓国 (Korea), kitorang bersetuju ntk amik shuttle car daripada 空港 (Airport) ke rumah penumpangan kitorang sepanjang berada di sini iaitu banana backpackers~ Kitorang perlu bayar 75,000 Won ntk tambang membuatkan kitorang terpaksa 両替 (Money exchange) kt 空港 dulu -_-" Perjalanan dariada Incheon menuju ke Seoul mengambil masa hampir 30 minit menggunakan kereta.. Waktu check in bilik, asal nyer kitorang pilih ntk duduk dalam dorm kongsi 6 orang, tp sebab waktu tuh tempat tuh tengah laku sangat membuatkan kitorang ubah plan asal ntk pilih family room yang berharga 75,000 Won ntk 1 malam..
Saiz bilik memang agak luas, siap ada 5 katil disediakan dan sebuah komputer.. Hampeh nyer ialah bilik di tingkat bawah skali, banyak nyamuk dan signal wireless x kuat -_-" Waktu kitorang selesai check-in bilik, kebetulan terserempak dengan satu lagi kumpulan orang Malaysia, 4 orang yang baru selesai kursus di 韓国 dan juga sorang mamat トルコ (Turkey) yang turut join kursus yang sama dengan diorang.. Malam tuh kitorang diperkenalkan dengan rakan Zahir yang menuntut di 韓国大学 (Korea University); kini di tahun akhir.. Dia sanggup turun ntk jumpa kitorang di umah, pastu makan malam sesama dan tunjuk tempat2 yang happening.. Disebabkan malam masih muda waktu tuh, dia ajak kitorang pusing jauh gak sekitar bandar Seoul dengan Bagi memudahkan perjalanan kitorang, dia ajar kitorang ntk beli kad transit yang berharga 3000 Won; dengan ada nyer kad nih, kitorang hanya perlu "touch" jer kt mana2 perkhidmatan pengangkutan~ 地下鉄 (Subway) kt sini pon mantap; nak g mana2 pon harga tetap sama kalo guna kad tersebut (900 Won)..
Member Zahir tuh turut membandingkan pengalaman dia sewaktu bercuti di Jpon dengan kehidupan dia di Korea.. Walaupon bilangan pelajar Malaysia di Korea tidak seramai di Jpon, namun diorang agak aktif kerana hampir setiap minggu ada program o_0 Kalo ikut kata member Zahir nih, konon nyer makanan di Korea banyak yang di yakini "halal" kerana kerajaan Korea baru2 nih cuba memperkenalkan suatu program diet terbaru di mana mereka cuba mengurangkan penggunaan arak dan babi di dalam makanan.. Lepas makan, banyak gak tempat yang member nih bawak dengan berjalan kaki selama hampir 2 jam.. Asal nyer malam tuh nk update blog tp sebab penat giler berjalan sehari suntuk membuatkan ak terlelap awal ;)
p/s Gambar2 lain boleh didapati di sini..
sedap kami tgk mee korea tu..hehe
ReplyDeleteda lama tak pegi sana.. nice journey..
pergh... aku ingatkan gi conference ke hape... hahahaharamjadah...
ReplyDeletewes, aku tertarik pasal kad transit tuh... boley detail kan agi, sng cite compare dgn malaysia lrt...
@ LK: huhu.. thanks~
ReplyDelete@ Sepel: hehe, nak lagi detail? haa.. ko tunggu entri ak lepas2 nih ek..
wah, patutla menghilang..beraya smpai korea. :P
ReplyDeletebest2