Followers

Tuesday 7 September 2010

ヒジャーブ (Hijab)

Isu pemakaian hijab @ tudung di kalangan muslimah sering diperkotak-kotakkan; bukan sahaja oleh yang bukan Islam, malah lebih teruk lagi apabila muslimah sendiri mempersoalkan pemakaian tudung tersebut.. Di Eropah, timbul beberapa kes melibatkan muslimah bertudung di gantung daripada institusi pendidikan kerana melanggar etika berpakaian tetapi berpakaian yg mendedahkan potongan badan seseorang tu dianggap beretika -_-" Ada yang secara terus-terang mengatakan al-Quran tidak menyuruh kaum muslimah mengenakan hijab, nauzubillah~ (link)


Ak sering menerima soalan daripada member Jpon berkenaan pemakaian hijab di kalangan muslimah; diorang sering mempersoalkan "x panas ke pakai waktu 夏 (Summer) dsb" tp oleh kerana ak pon lelaki dan x memakai tudung plak tuh, mungkin jawapan yang ak beri x dapat memberikan kepuasan kepada mereka; sebab tu kot diorang asik tanya ak soalan yg sama jer (笑) Baru2 nih member yang buat short sem di トルコ (Turkey) memberitahu yang dia lihat x ramai pon perempuan (majoriti 90% penduduk トルコ menganut agama Islam) memakai tudung.. Ak x terkejut dengan isu tudung yang dia cakap, cume ak terkejut itu jawapan yang keluar dari mulut dia bila ak bertanyakan tentang トルコ o_0 (link)


Disebabkan ak lelaki, ak sering menunggu peluang ntk mendengar jawapan daripada kaum muslimah apabila ditanya soalan berkaitan pemakaian tudung oleh orang bukan Islam.. Peluang tersebut hadir beberapa hari yang lepas namun malang nye kaum muslimah tuh pon gagal memberikan jawapan yang memuaskan malah mengakhiri hujah seperti "Tuhan menyuruh kami menutup nye.." ibarat tiada penjelasan dari segi logik akal= Sedangkan apa yang disuruh oleh Tuhan tu pasti ada sebab-musabab nye; kalo x masakan setiap kitab suci penganut yahudi dan kristian turut menggesa kaum perempuan agar menutup rambut mereka..


Ak pernah berbincang ngan seorang naqib berkaitan jawapan paling best bila melibatkan isu pemakaian tudung nih, dan naqib tu meminjam jawapan seorang 先輩 (Senior) bile disoal oleh orang Jpon.. 先輩 tuh memberikan gambaran seseorang yang memiliki sebuah 宝石 (Jewel); ada orang suka mempertontonkan kepada orang ramai 宝石 kepunyaan dia, tp ada juga orang yang menyimpan @ menyorokkan daripada pandangan orang ramai.. Best nyer jawapan nih ialah ada orang yang boleh terima, tp ada juga yang xleh terima (笑) Masalah paling besar semestinya penggunaan bahasa; masih banyak lagi 専門用語 (Technical term) yang perlu dipelajari bagi memudahkan penyampaian mesej Islam kepada yang non-Muslim nih ;)


Isu pemakaian tudung juga berkait-rapat dengan 男女差別 (Sexual discrimination) apabila hanya perempuan sahaja yang perlu pakai tetapi lelaki x perlu.. Walau cammane cara sekalipun ntk kita mengejar 男女平等 (Equality of the sexes), kita kene akur bahawa Tuhan mencipta lelaki dan perempuan tuh berlainan sifat secara amnya~ Dari segi gaya fikiran, terus kepada tingkah laku, walau macam mana seseorang manusia tu ingin berubah, dia tetap tidak akan dapat mengubah identiti asal dia sewaktu dilahirkan ke muka bumi nih..

Almost half admitted the worst part about being female is the feeling that they have to look attractive, reveals a survey by the Girl Guides. And 75 per cent of those questioned also said they went on strict diets to look good for others, rather than for health reasons. After questioning females in 2009, the organization this year petitioned PM David Cameron for compulsory labeling of airbrushed pictures of stars and models. Following these latest findings a concerned Leah Parsons, 18, a member of Girl guiding UK's youth panel Advocate said: "These kind of photographs trick girls into believing in an image of perfection which doesn't really exist." It is interesting to see further evidence of the pressure on girls and young women reflected in this year's results. "Teenage girls see pictures of women such as Kelly Brook or Cheryl Cole, for example, who is so skinny and has perfect skin and hair, and start to think they should look just like that." (link)

p/s Bersyukur ak dibesarkan di dalam keluarga yang mengambil berat isu penjagaan aurat.. ;)

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. dunia akhir zaman..benda2 macam nih memang akan di pertikaikan,neway thanks sebab kongsi benda cam nie..

    ReplyDelete
  3. tulah.. tp sedikit demi sedikit kita boleh lihat apa yang menarik orang luar terhadap keindahan Islam.. itu juga merupakan tanda2 akhir zaman yang kita sering lupa..

    ReplyDelete
  4. kyo..lame xdgr cite....

    pasal tudung tuh..laen mazhab laen carenye..so...ikut mazhab masing2 lah kn..kalo kte..kte gume mazhab syafie...

    ReplyDelete
  5. wassup..
    err, tudung pon ikut mazhab ek??
    first time ak dengar.. hmm, topik menarik ntk diperbahaskan di masa depan..

    ReplyDelete
  6. act, xpns lgsg pki tdg..n sbnrnye lagi seng n selesa sbb xpyh nk btol2kan rmbt yg serabai kene angin..hee..

    ReplyDelete
  7. tulah.. yg pelik nyer ramai gak yg pakai "tudung" waktu matahari terik terutama yang kerja sawah dan nelayan.. ;)

    ReplyDelete
  8. rasanya kalau ikut mazhab yg lain pun, tudung still kena pakai, cuma cara pemakaiannya rasanya berbeza.wallahua'lam.

    dan aku rasa jawapan terbaik yg boleh bagi spt yg Sheikh Ahmad deedat ckp. Nafsu laki paling kuat pada perempuan..

    So,kena jaga aurat masing2. Baik laki atau perempuan.tak perlu claim ini oppression sbb Allah syariatkan semua benda bersebab,bukan sia2. :)

    ReplyDelete
  9. btol.. ak setuju ngan jawapan ko..
    maybe masitah nk cakap cara pemakaian tudung kot yg berbeza ikut mazhab.. tp rasa nye bukan mazhab, lebih pada adat @ tradisi kot.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC