Followers

Thursday 9 September 2010

Maz Jobrani


Antara 芸能人 (Performer) yang ak segani ialah Maz Jobrani yang berasal daripada Iran tetapi membesar di US.. Maz mempunyai ijazah sarjana dalam bidang sains politik dan hampir menamatkan PhD sebelum mengubah keputusan ntk menjadi seorang pelawak.. Turut-serta dalam "Axis Of Evil" iaitu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelawak daripada Asia tengah termasuklah Ahmed Ahmed, Aron Kader, dan Dean Obeidallah.. Lawak Maz menyentuh kepada bangsa selain suka buat lawak tentang bangsa dia sendiri.. Maz mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai cara2 mengurangkan gejala "Islamophobia" di negara yg dia duduki kini dan ternyata usaha dia wajar diberikan pujian.. Menolak tawaran berlakon sebagai pengganas dalam filem atau drama kerana tidak mahu menyimbah minyak ke dalam api yang membara; Maz bertuah kerana memiliki rancangan dia sendiri dalam sitkom saluran ABC, Funny in Farsi.. Bagi yang ingin mengenal Maz dengan lebih lanjut, boleh layan video di bawah~ Enjoy! 


p/s Pernah gak terfikir kalo dah bosan jadi jurutera nanti, nak masuk dunia hiburan sebagai pelawak... (笑)

4 comments:

  1. biar betul bro nk jd pelawak lak.hehe

    pernah dgr tak yg kumpulan pelawak stand up yg islamik "Allah made me funny". best gak lawak diorg.

    ReplyDelete
  2. owh.. penah gak dgr..
    try download tp sayang x dapat2 lagi sampai skang.. Azhar Sulaiman lead dia..

    ReplyDelete
  3. Maz Jobrani akan datang ke Kuala Lumpur 15 July 2012!

    ReplyDelete
  4. serius?!
    huhu.. laku lagi ke mamat nih??
    hehe.. bro g ke waktu Russell mai bulan lepas?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC