Followers

Saturday 18 September 2010

One Night Seoul

15 September - SEOUL

Plan hari nih ialah pusing sebanyak mana yang mungkin di tempat2 menarik sekitar Seoul.. Tempat pertama yang menjadi persinggahan kitorang semestinya Gyeongbokgung Palace yang terletak berdekatan dengan tempat kitorang menetap~ Mula dibina pada tahun 1394 namun dimusnahkan hampir sepenuhnye oleh tentera Jpon sewaktu penaklukan Jpon keatas Korea pada tahun 1592-1598= Istana nih mula dibina semula sekitar tahun 1867 sebelum dimusnahkan semula oleh tentera Jpon sekitar tahun 1911.. Kerajaan Korea bersepakat ntk membina semula pada tahun 1989 dan mengekalkan bahagian2 yang terselamat ntk dijadikan 国宝 (National Treasure)~ Keluasan istana nih memang kaw2 luas; sehingga kini memegang rekod sebagai istana paling besar di Korea~ X larat nk pusing seluruh kawasan~ Kitorang sempat mencuba hanbok tentera zaman dulu; selesai pakai x sangka orang ramai berebut nk amik gambar ngan kitorang sebab ingat kitorang buat バイト (Part-time) kt situ -_-" 


Selesai layan istana, kitorang dok pening nk pilih tempat makan; last2 pakat ntk makan di Itaewon yang terkenal dengan kawasan penuh 外人 (Foreigners)= Kekurangan tido menyumbang kepada keadaan memori yang lemah; pertama kali ak tertinggal beg yang mengandungi pasport kt dalam 地下鉄 (subway) sewaktu keluar daripada stesen Itaewon -_-" Gelabah giler membuatkan ak bergegas melaporkan kepada pondok pengawal dan akhirnye diorang berjaya mengesan beg ak; ak kene g amik sendiri kat stesen Bomun; 8 stesen dari Itaewon o_0 Mujur x kene spot-check lebih2 waktu g amik beg (笑) Sesampai jer kt Itaewon semula, kitorang kagum dengan jalan menuju ke masjid yang penuh dengan deretan restoran dan kedai roti yang halal.. Siap ada Muslim Dry-cleaning lagi tuh~ Selesai makan tengahari, kitorang berangkat ke Seoul Central Masjid~ Boleh tahan luas gak masjid kebanggaan Seoul nih kerana jiran2 di sana kebanyakan nyer memang rakyat Korea.. Imam ngan Bilal pon orang Korea!


Dalam perjalanan pulang, terserempak ngan Hard Rock Cafe (HRC); teringin nk cari baju saiz ak tp malang yang ada cuma saiz S.. Borak ngan penjaga kaunter; konon nyer kt Korea cuma ada 1 jer HRC dan kedai tuh pon bakal tutup x lama lagi.. Jadi lepas nih dah xde la HRC di Korea o_0 Perhentian kitorang yang seterusnye ialah Coffee Prince Cafe yang terletak di sekitar stesen Hongik Uni~ Salah sorang member memang minat nau drama "Coffee Prince" jadi trip Korea nih memang x disia2 kan ntk melawat tempat "bersejarah" seperti kedai kopi nih~ Ingatkan datang nk amik gambar jer, tp waktu nk masuk kedai dah kene suruh beli paling koman pon 1 air setiap sorang -_-" Disebabkan ak bukan jenis minum kopi, terpaksa la beli air paling mahal. jus epal yang berharga 8000 Won -_-" Alang2 dah dekat dengan kawasan 大学 (University), kitorang pakat ntk lawat Hongik University dengan harapan nk amik gambar keadaan universiti tuh.. X sangka daripada stesen terdekat pon kene jalan hampir 2~3km menuju ke universiti; pastu yang paling best nyer pintu masuk utama boleh plak x tulis nama universiti.. Terpaksa la amik gambar depan banggunan yang tulis nama universiti tuh.. Nak pergi jauh2 dah malas; kitorang pon pakat ntk bergerak ke perhentian seterus nyer~


Perhentian terakhir ialah melawat Menara Seoul yang terletak berdekatan dengan Namsam Park~ Kitorang turun di stesen Myeong-dong pastu jalan kaki menuju ke menara.. Lenguh gila kene naik tangga yang bilangan nyer hampir menyamai dengan bilangan tangga di Batu Caves; sengal x gi selidik cara pergi betul2 sebab terlepas jalan menuju ke kereta kabel -_-" Tiket masuk berharga 8,000 Won seorang; layan gak amik2 gambar kat atas tuh= Paling kerek ialah tandas lelaki sebab waktu buang air kecil boleh lihat dengan jelas keadaan di luar kaca.. Waktu balik kitorang naik kereta kabel tapi harga tiket x boleh blah iaitu 6,000 Won sehala -_-" Daripada situ nk mencari stesen bukan main susah sampai kene berjalan jauh~ Sebelum balik umah tumpangan, plan nak cari kedai makan sekitar umah tp malang nyer x jumpa membuatkan kitorang terpaksa bersyukur dengan makanan ringan jer sebagai alas perut sebelum tido (笑) Teringin nk layan match Arsenal pagi tuh tapi kelajuan internet di dalam bilik yang begitu mengecewakan benar2 mengiris hati -_-" Mujur keputusan perlawanan memihak kepada Arsenal apabila berjaya menjaringkan 6 berbalas 0!! 


p/s Gambar2 lain boleh didapati di sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC