Followers

Monday 20 September 2010

Last Night in Seoul

17 September - SEOUL

Aktiviti hari terakhir ialah melawat umah member dan tempat pengajian dia bagi membandingkan dengan lebih dalam suasana 大学 (University) di Jpon dan di 韓国 (Korea)= Alang2 dah hari jumaat, kitorang berpakat ntk melaksanakan ibadah Solat Jumaat di Seoul Central Masjid yang bertempat di Itaewon.. Sama seperti di kebanyakan masjid di Jpon, waktu Solat Jumaat di sini juga diadakan pada jam 1300 meskipun laungan azan sudah berkumandang beberapa minit awal sebelum tuh.. Memandangkan member lain keluar umah awal ntk mencuba hanbok di tempat lain, ak mengambil kesempatan ntk qada' tido hari2 sebelumnye dan keluar umah sekitar jam 1130.. Dalam perjalanan menuju ke masjid, tetiba ada sekumpulan pelajar sekolah Korea meminta izin ntk mengadakan sedikit temu-ramah ngan ak; konon nyer diorang nyer kerja kursus kot ntk temu-ramah seberapa banyak 外人 (Foreigners) yang mungkin.. 


Khutbah pertama yang dibacakan oleh khatib adalah dalam 英語 (English) manakala khutbah kedua pula di dalam ハングル (Hangul).. Selesai ibadah solat, kitorang diperkenalkan dengan beberapa pelajar Malaysia yang hadir mengerjakan ibadah yang sama pada hari tersebut.. Di sini diorang ada port tersendiri ntk berkumpul sesudah selesai mengerjakan ibadah tuh kerana pihak masjid menyediakan roti dan susu ntk para jemaah yang hadir secara percuma.. Kitorang makan buffet di sebuah restoran berdekatan dengan masjid; satu kepala 16,500 Won termasuk cukai.. Selesai makan, Ijol (Member Zahir yang menuntut di 韓国) suruh kitorang tunggu di stesen Anam memandangkan dia datang ke masjid dengan motor.. Daripada situ, kitorang di bawa masuk ke Korea University (KU) yang merupakan antara 3 universiti terbaik seluruh 韓国~ Mungkin trademark ntk universiti di Korea di mana tiada nama universiti tercatit di pintu masuk -_-"


Bangunan KU memang kerek giler kerana saling x ubah cam 古城 (Old Castle) di Eropah.. Main campus lebih kepada 文系 (Social Science); di katakan setiap bangunan di KU merupakan hasil "sumbangan" daripada syarikat2 terkenal di Korea termasuklah Hyundai~ Paling mengejutkan ialah terdapat "bilik membaca" yang dikhususkan ntk para pelajar mengulang kaji; kt Jpon paling koman pon nak study kt 図書館 (Library) jer o_0 Singgah di 生協 (Coop) ntk beli baju sebagai kenang-kenangan melawat antara universiti terbaik di 韓国~ Lepas tuh kitorang dibawa pula ke kampus kedua yang lebih kepada 理系 (Science); majoriti pelajar Malaysia berada di kampus nih.. Usha jap diorang nyer 食堂 (Cafeteria) yang sememangnye lagi murah dan jenis cawan yang disediakan semuanye besi! Korea x seperti Jpon yang suka nau minum お茶 (teh); air kosong jer disediakan di KU~ Pastu kitorang dibawa ke sebuah bilik khas ntk pelajar Malaysia; di sinilah diorang mengadakan Solat Jumaat berserta pelajar2 Muslim di KU.. 


Selesai pusing2 KU, kitorang dibawa ke umah Ijol yang terletak x jauh dari kampus dia.. Majoriti pelajar Malaysia di sini tinggal ramai2 dalam satu umah.. Terkejut juga bila diberitahu umah yang mereka kongsi 4 orang nih telah selesai di bayar duit sewa ntk 2 tahun yang mencecah 90 juta Won! (Bila tukar kepada mata wang Yen 6x ganda lagi mahal daripada sewa umah ak!) Konon nyer pihak JPA sudah menyelesaikan semua nyer sejak awal; no wonder la duit biasiswa diorang kurang sket daripada kitorang ;) Paling terbaik bila layan channel TV di sana yang mempunyai hampir 70 channel! Lepak di umah Ijol sampai maghrib sebelum bergerak ke Insa-dong ntk membeli sedikit buah tangan sebelum pulang ke Malaysia keesokan hari nyer.. Selesai membeli buah tangan, tetiba rasa nk g umah urut dan kebetulan member plak dapat kupon pagi tuh yang mengenakan caj 18,000 Won sahaja ntk urut kaki di Myeong-Dong.. Selesai urut kaki yang mengambil masa selama 45 minit, kitorang makan malam di sebuah restoran India Halal.. 


Dah malam terakhir baru seronok nk borak dengan beberapa 外人 lain yang menetap di tempat yang sama dengan kitorang.. Waktu tuh yang masih ada ialah sorang dari Hong Kong dan segerombolan daripada Singapore; mereka masih dalam lingkungan bawah 20 tapi dah merasa pengalaman di luar negara o_0 Pagi tuh kitorang bertolak keluar daripada umah sekitar jam 0800 dan tunggu bas yang menuju ke Incheon Airport; satu kepala 10,000 Won~ Kitorang terlepas bas 0815 jadi terpaksa tunggu setengah jam ntk bas 0845 -_-" Flight pagi tuh jam 1120; mujur selamat sampai di 空港 (Airport) sekitar jam 0945= Selesai check in sekitar jam 1030; kitorang terpaksa berpuas hati apabila diberi tempat duduk ekonomi sahaja dan tempat duduk masing2 berlainan (笑) Penerbangan KE001 selamat mendarat di Narita sekitar jam 1400 dan kitorang tiba di 町田 (Machida) sekitar jam 1700~ 

p/s Gambar2 lain boleh di layan melalui sini~

2 comments:

  1. aik,ko nyer library dai tkde bilik bacaan private ke???tokai ade pn tp kna gtau kt kaunter la klu nak guna.hahaha...mou ikkai ikitai kedo kankoku ni..

    ReplyDelete
  2. kalo kt library memang ade kot.. mantap nyer kt KU nih dia buat kt luar library.. pastu bilik nih open 24 hours!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC