Followers

Friday, 17 September 2010

Nami Island

14 September - NAMI ISLAND

Xde langsung dalam plan asal nk pergi Pulau Nami yang terkenal sebagai tempat pengambaran drama Korea, Winter Sonata.. Malam sebelumnye kitorang di ajak oleh member yang baru tamat kursus di Korea; diorang plan nk g naik bas ikut harga pakej 23,000 Won satu kepala.. Mujur tempat perhentian bas x jauh sangat dari umah; bertolak dari tempat persinggahan sekitar jam 0915 kerana bas akan bertolak pada jam 0930.. Gelabah gak awal2 sebab member2 kursus tuh dah tempah awal2 tiket bas; selamat masih banyak tempat kosong dalam bas tuh (笑) Tiba di suatu tempat ntk naik フェリー (Ferry) sekitar jam 1100; punyalah payah nak cari kedai 両替 (Money Exchange), dok tanye2 orang sekeliling termasuk penjaga kaunter tiket, sorang pon x paham 英語 (English) -_-" Nasib 手話 (Sign language) diorang paham.. Naik フェリー pon x lama sangat, dalam 5 minit kot sampai..


Pemandangan di sekitar Pulau Nami nih memang terbaik! Sayang kitorang pergi waktu awal 秋 (Autumn), kalo datang lewat sket leh layan daun pokok berwarna kuning sejibik dalam drama Winter Sonata.. Konon nyer ada makanan halal di jual di sini, puas kitorang carik last2 jumpa gak kedai yang dimaksudkan; semangat giler bila nampak tanda halal di kedai tuh cume yang sengalnye, boleh plak dia x jual makanan berdaging.. Majoriti yang dijual adalah sayur jer -_-" Kecewa giler membuatkan kitorang beli makanan ringan di コンビニ (Convenience store) terdekat jer sebagai makanan tengahari.. Salah sorang member boleh tercicir plak デジカメ (Digital camera); bila laporkan kt information center, pihak sana pon x dapat berikan jaminan bahawa kamera tuh boleh dapat balik ke x.. ;) Selain terkenal dengan Winter Sonata, tempat nih juga menempatkan pelbagai jenis haiwan di laut dan hasil seni landskap dsb. Syok giler dok layan amik gambar tetiba kamera yang ak guna hampir setahun buat hal.. Gambar menjadi kabur menandakan tamat nye riwayat kamera ak -_-" 



Memandangkan bas akan berangkat pulang pada jam 1600, kitorang terpaksa beredar awal menggunakan フェリー kerana orang ramai turut pulang pada waktu yang lebih kurang sama.. Keluar daripada bas, member kursus ajak pergi Insadong; tempat yang terkenal ntk beli barang2 お土産 (Souvenirs) memandangkan diorang bakal berangkat pulang ke Malaysia keesokan hari nyer.. Daripada Insadong, kitorang pergi Namdaemun kerana kebanyakan kedai kt situ tutup awal; ala2 Petaling Street di Malaysia~ Kalo nak cari barang2 kemas yang murah, お土産 berbentuk makanan dll boleh didapati di sini.. Terkejut bila ditegur oleh pekerja orang Korea yang boleh berbahasa Melayu walaupon sedikit.. Ramai juga 外人 (Foreigners) yang membuka gerai di situ~ Membeli-belah sedikit, kemudian kitorang patah balik ke Insadong ntk sambung membeli-belah dan cari kedai makan.. Semangat giler member2 kursus nih beli T-shirt sampai 15 helai ntk member2 diorang yang terdiri daripada staff2 pendidikan.. 


Makan malam di sebuah restoran Korea yang menyediakan masakan Jpon.. Selesai makan malam, kitorang bergerak ke rumah pertumpangan ntk letak barang2 sebelum bertolak ke Dongdaemun sekitar jam 2300.. Dongdaemun boleh diibaratkan sebagai uptown kerana kebanyakan kedai2 di sini mula berniaga lambat.. Dongdaemun merupakan syurga bagi mereka2 yang berminat ntk mencari pakaian2, kain dsb~ Salah sorang member siap belikan hanbok ntk awek dia pada harga 70,000 Won! Ada juga yang beli hanbok ntk diri sendiri :p Selesai membeli belah sekitar jam 0100, kitorang tiada pilihan lain selain ntk pulang dengan berjalan kaki kerana 地下鉄 (Subway) tamat operasi pada jam 0000.. 1 jam lebih kitorang jalan kaki termasuk berhenti buat beberapa kali di コンビニ dsb= Sampai jer umah dah nk jam 0230; teringin nak update blog gak sebelum tido tp memang x larat sebab puas berjalan sehari suntuk ;p


p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini

2 comments:

  1. everything looks so fun....did you feel that way this raya??

    ReplyDelete
  2. what way? my way or the high way?
    My raya is always at Malaysia.. therefore, this year is no raya for me :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC