Followers

Friday 3 September 2010

Linkin Park

Linkin Park (LP) merupakan sebuah band yang cukup terkenal di seluruh dunia masa kini sehingga dinobat band ke-6 paling mantap oleh MTV2 pada tahun 2003.. Mula ditubuhkan sekitar tahun 1996 dengan menggunakan nama Xero, band yang dianggotai Mike Shinoda, Brad Delson, dan Rob Bourdon nih mula bergiat secara aktif di kampuang mereka di California, US.. Malang nyer atas kekurangan sumber, mereka gagal mengikat kontrak dengan mana2 syarikat muzik menyebabkan kumpulan nih mula berpecah buat seketika.. Kedatangan Chester Bennington sebagai pengganti penyanyi vokal asal kumpulan nih berjaya menghasilkan muzik baru gara2 keunikan suara Chester dan gandingan nye dengan Shinoda.. Mereka mengubah nama band kepada Hybrid Theory sebelum menukar kepada Linkin Park setelah berjaya mengikat kontrak bersama Warner Bros. Records pada tahun 1999~ Nama Linkin Park berasal daripada sebuah tempat bernama Lincoln Park yang terdapat di Santa Monica, California~


Album pertama mereka, "Hybrid Theory" yang dilancarkan pada tahun 2000 berjaya membawa band nih ke persada dunia apabila memenangi pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards: Best New Artist pada tahun berikutnye.. Album nih berjaya di jual sebanyak 4.8 juta unit pada tahun pertama pelancaran sehingga diiktiraf jualan album terbaik pada tahun 2001.. Kehadiran beberapa bekas ahli band membuatkan mereka mengeluarkan album sampingan, "Reanimation" pada tahun 2002.. Album ke-2 LP, "Meteora" dilancarkan pada tahun 2003 berjaya mendapat tempat pertama di US dan UK di awal pelancaran.. Setelah itu, LP berhenti buat seketika daripada penghasilan album baru, sebalik nyer menumpukan kepada projek sampingan termasuklah gandingan bersama Jay-Z ntk album "Collision Course" pada tahun 2004 dan kemunculan band "Fort Minor" yang diketuai oleh Shinoda.. Album ke-3 LP berjudul "Minutes to Midnight" selamat dilancarkan pada pertengahan tahun 2007; lagu "What I've Done" telah dipilih sebagai soundtrack filem "Transformer"


Meskipun sibuk dengan pelbagai jemputan konsert dan program2 hiburan, LP turut diberikan penghormatan ntk menghasilkan lagu "New Divide" ntk digunakan sebagai soundtrack bagi filem "Transformers 2" pada tahun 2009~ Setelah mengeluarkan pelbagai gosip tentang album terbaru mereka yang bakal dilancarkan pada 14 September depan yg berjudul "A Thousand Suns", LP  telah mempertaruhkan single terbaru "The Catalyst"~ Enjoy!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC