Followers

Sunday, 13 May 2012

Tokyo Big Sight

10 Mei - TOKYO

Oleh kerana pihak syarikat membuka booth di 第4回データセンター構築運用展 bertempat di Tokyo Big Sight (TBS), para 研修生 (Trainee) dikehendaki untuk pergi memberi sokongan sambil mempelajari lebih lanjut tentang オメガリア (ω-Aria), salah sebuah produk terbaru syarikat.. Bertolak daripada syarikat sekitar jam 1300, dan tiba di 国際展示場駅 (Kokusaitenjiba Station) sekitar jam 1345.. Pertama kali menjejakkan di TBS, agak kagum dengan keluasan dewan malah banyak bangunan pejabat dan hotel di sekitar kawasan itu seolah-olah macam berada di luar negara (笑)


Lebih 6 Expo berjalan dengan serentak pada hari terbabit dan peserta bebas untuk masuk mana-mana expo dengan syarat perlu mendaftar terlebih dahulu di salah satu expo kaunter pendafataran.. Jimat 500円 dengan hanya menunjukkan pas 招待券 (Invitation ticket) tapi agak leceh perlu menulis kad memandangkan kami masih belum memiliki 名刺 (Name card) sendiri.. Expo ini khusus untuk 社会人 (Working adults) sahaja; agak terkejut apabila ada booth yang meminta pengunjung memberi 名刺 terlebih dahulu untuk mengambil 資料 (Materials) mereka o_0 Dengar penjelasan tentang ω-Aria tak sampai 10 minit pastu cabut pergi ke expo lain  untuk mengumpul free gifts dsb  (笑) 


p/s Mujur dapat balik awal hari ni sekitar jam 1630.. Sampai rumah dalam jam 1715, sempat solat asar di rumah pastu member ajak main futsal kat padang berhampiran.. First time main dengan rakan sepejabat~   

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC