Followers

Tuesday, 15 May 2012

Family Day

12 Mei - TOKYO


Ini merupakan kali pertama ak turut-serta dalam Family Day (FD) sebagai seorang pekerja dan bukannya ahli keluarga untuk FD ibu bapa~ Kami sudah sedia maklum bahawa FD kali ini berbentuk BBQ bertempat di 葛西臨海公園 (Kasai Rinkai Park), Tokyo.. Kalau diikutkan hati memang tidak ingin turut-serta memandangkan ak bakal jadi "buruh kasar" sahaja sebab tidak boleh jamah hidangan dia.. Tapi 上司 (Superior) kasi ayat makan dalam bila dia cakap "elok pergi" membuatkan ak "terpaksa" memberi nama menyatakan kehadiran pada dateline Isnin itu~


Agak terkejut apabila hanya 18 orang daripada 25 同期 (Batch) ak yang memberi nama untuk turut-serta (-_-") Menyesal beri nama sebab ingatkan semua pergi~ Pagi Sabtu pun kena bangun awal pagi kerana bertolak dari 寮 (Hostel) sekitar jam 0830~ Ada yang bangun lewat pagi itu jadi terpaksa menunggu dan akhirnya bertolak sekitar jam 0900 dan tiba di destinasi sekitar jam 1010, lewat 10 minit daripada waktu yang di suruh kami tiba (笑) Sekali lagi dikejutkan apabila 6 buah syarikat bersatu untuk FD kali ini yang kononnya dilaksanakan hampir setiap tahun~


Peralatan BBQ semua ditempah di situ jadi hanya perlu basuh selepas selesai guna.. Majlis dirasmikan sekitar jam 1030 dengan ucapan pengerusi dan jadual perjalanan hari itu.. Tidak bosan sangat ak hari ini kerana ada permainan masukkan tali dalam kayu besbol dan lompat tali ketika BBQ berjalan.. Mereka suruh ak makan sayur tapi bekas yang sama juga mereka guna untuk bakar daging b@b1 (-_-") Ikan tiada tapi sotong bakar ada di akhir-akhir itu membuatkan ak panas je tak boleh makan~ Siap ada piala bagi johan keseluruhan semua permaianan hari ini; pemenang jatuh pada syarikat ak ;p Majlis berakhir sekitar jam 1430 selepas sesi gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran~ 


p/s Johan dapat mercun o_0  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC