Followers

Saturday, 5 May 2012

Closing Account

1 Mei - KAWASAKI

Atas beberapa sebab yang tertentu, ak nekad untuk menutup akaun MUFJ setelah berkhidmat sejak ak bergelar pelajar di bumi matahari terbit ini.. Mujur 川崎支店 (Kawasaki branch) terletak di sekitar stesen keretapi sahaja jadi memudahkan ak daripada pergi jauh-jauh.. Daftar ambil giliran sekitar jam 1200 dan nombor dipanggil sekitar jam 1400 kendatipun hari itu bukan cuti umum~ Asalnya ak ingin hantar semua duit dalam akaun terus ke Malaysia (外国送金) tapi pihak bank tidak benarkan memandangkan ak akan terus menutup akaun selepas itu.. 


Bila dengar MUFJ akan ambil 6000円 sebagai caj penghantaran, terus ak patah hati sebaliknya nekad menggunakan perkhidmatan Brastel Remit (link) Menariknya Brastel Remit ini sedang dalam promosi sehingga hujung July dengan caj penghantaran sekitar 880円~ Selesai menutup akaun, ak maju pula ke Mizuho Bank yang terletak di sebelah banggunan untuk memasukkan duit dan seterusnya menukar akaun kepada 無利息型 (No Interest Type) bagi mengelakkan unsur riba di dalam simpanan peribadi.. Tak susah, hanya perlu mengisi borang dan bayar 200円 untuk proses menukar buku~ 


p/s MUFJ, thanks for the memories~ 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC