Followers

Tuesday, 22 May 2012

防犯登録 (Crime Prevention Registration)

20 May - KAWASAKI

Beberapa hari yang lepas, sewaktu ak dalam perjalanan untuk membeli makan malam sekitar jam 2030 di pasaraya berdekatan dengan menggunakan basikal, tiba-tiba dalam keadaan gelap ak disergah dek kemunculan 2 orang pegawai polis meminta ak berhenti.. Sepanjang hidup di Jpon, inilah pertama kali disergah Polis lagi-lagi yang jenis sembunyi macam itu.. Tujuannya adalah untuk melihat samada basikal yang ak gunakan itu basikal curi atau bukan.. Ak ditegur mengenai 防犯登録 (Crime Prevention Registration) memandangkan no siri yang terdapat pada basikal ak itu hanya boleh diguna-pakai di 滋賀県 (Shiga Pref) sahaja, jadi ak diminta pergi ke kedai basikal berhampiran untuk selesai proses pendaftaran basikal itu.. Bayaran 500円 dikenakan dan hanya perlu bawa 身分証明書 (Personal identification) dan juga basikal untuk proses pendaftaran ;) 

Sticker merah tu 防犯登録 bagi 滋賀 manakala yang bawah dia pula untuk 神奈川県 (Kanagawa Pref)

p/s Mujur polis  tak tahan lama sebab pasaraya yang ak nak pergi itu tutup jam 2100 (-_-") FYI, 2 benda yang senang hilang di Jpon ialah payung dan basikal :p

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC