Followers

Thursday, 17 May 2012

神田祭 (Kanda Festival)

14 Mei - KANDA


Salah satu tumpuan apabila anda berada di Jpon ialah menghadiri お祭り (Matsuri) atau perayaan yang diadakan hampir setiap bulan bergantung kepada tempat dan daerah.. お祭り paling banyak berlangsung ketika 夏 (Summer) kerana waktu ini ramai budak sekolah cuti dsb~ Salah satu perkataan yang terkenal di Jpon ialah 日本三大 (Nihon-saidai) iaitu 3 benda yang mewakili Jpon; ia ada kategori yang tersendiri dan bagi kategori お祭り ialah 祇園際 (Gion Festival), 天神祭 (Tenjin Festival) dan juga 神田祭 (Kanda Festival)~ Sepanjang ak berada di 関西 (Kansai), ak berkesempatan untuk menyaksikan 祇園祭 (link) dan 天神祭 (link) dan kini ak ingin bercerita pengalaman menyaksikan 神田祭 pula~ 

****************************************************************

Kanda Matsuri (神田祭) or the Kanda Festival, is one of the three great Shinto festivals of Tokyo, along with the Sanja Matsuri and Sannō Matsuri. The festival started in the early 17th century as a celebration of Tokugawa Ieyasu's decisive victory at the battle of Sekigahara and was continued as a display of the prosperity of the Tokugawa shogunate during the Edo period. Additionally, the current form of the festival is also held in honor of the kami of the Kanda Myojin. The festival is held on the Saturday and Sunday closest to May 15, but since it alternates with the Sannō Matsuri, it is only held on odd numbered years. On these years, the festival takes place at the Kanda Shrine in Kanda, Tokyo as well as surrounding central Tokyo districts. Its prominent parades involve about over 200 mikoshi, in addition to musicians, dancers and floats.
Copied from Wiki

****************************************************************


Terperasan tentang 神田祭 ketika sedang bersiap untuk pergi ke restoran 2x2=8 untuk makan tengahari.. Selesai juadah, gerak daripada 下北沢 (Shimokitazawa) menuju ke 御茶ノ水 (Ochanomizu) kerana stesen itu paling dekat dengan 神田明神 (Kanda Myojin).. Jadual perjalanan di laman web tokong tersebut memaklumkan rombongan sepatutnya tiba di tokong pada jam 1530, dan kami tiba sekitar jam 1510.. Ak tanya polis yang menjaga lalu lintas di situ samada お祭り dah habis ke; dan jawapan yang dia beri begitu mengejutkan: 神田祭 ada banyak, 神田明神 punya tahun depan; tahun ini tokong lain yang buat o_0 Layan sahajalah tokong lain punya alang-alang dah sampai di destinasi..


Mula-mula ada persembahan daripada kanak-kanak.. Pertama kali juga lihat kanak-kanak yang mengangkat 御神輿 (Floats) tapi bersaiz kecil.. Ada beberapa orang dewasa yang ikut memandu arah untuk mereka.. Jalan depan sedikit kawasan 駅 (Station) sekali lagi dikejutkan dengan segerombolan pakcik makcik sedang dalam proses "sembahyang" mereka seperti di dalam gambar.. Paling tak menahan sampai masuk dalam 駅! Selepas tawaf sekitar 駅, lelaki tukar giliran dengan perempuan pula untuk tawaf! Sedikit babak menakutkan sewaktu tukar giliran apabila ada lelaki yang sedang "high" tidak mahu tukar membuatkan berlaku pertarungan kecil sampai berdarah bibir lelaki itu kena tumbuk o_0 


Selesai お祭り sekitar jam 1600, kami menziarah 明治大学 (Meiji U) main campus yang terletak berhadapan dengan 駅.. Kononnya di sinilah tempat PM "tersayang" kita menerima anugerah 2 tahun yang lepas (笑) Terkejut bila universiti ini ada jual botol air jenama sendiri (^_^") Kagum juga bila di dinding banggunan ada tertera kedudukan monumen penting di dunia mengikut ketinggian tahap mana kita berada.. Selepas itu, jalan kaki menuju ke 秋葉原 (Akihabara) yang mengambil masa sekitar 20 minit~ Kagum apabila jalan besar di situ khusus untuk pejalan kaki sahaja~ Jangankan kereta, basikal pun tidak boleh lalu! 


p/s Gambar lain boleh dilihat melalui sini~    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC