Followers

Sunday, 20 May 2012

映画館 (Cinemas)

Sejak menjadi 社会人 (Working adults), 映画館 antara tempat yang agak kerap ak pergi kendatipun harga tiket pada waktu biasa ialah 1800円 (RM71).. Salah satu point menarik bila menonton wayang di sini ialah lampu hanya akan dipasang apabila cerita itu sudah tamat sepenuhnya yakni selepas habis ditunjukkan barisan pelakon, penerbit, penaja dsb.. Malah budaya Jpon yang langsung tidak mengeluarkan suara bila melihat babak lucu, seram, dsb juga boleh membuatkan anda seolah-olah sedang menonton seorang diri terutama jika anda jenis yang sebaliknya (笑) 

Interior design standard bagi panggung wayang di Jpon

Harga tiket wayang paling murah di Jpon ialah 1000円 (RM39).. Berbeza di Malaysia di mana harga tiket wayang menjadi murah setiap hari Rabu, di sini agak 性別 (Distinction by sex) sebab harga tersebut hanya ditawarkan khusus untuk perempuan sahaja pada hari Rabu.. Namun begitu, hanya 1000円 dikenakan untuk menonton setiap 1hb di Jpon~ Jika dahulu ak terpaksa naik basikal selama 20 minit menuju ke AEON Mall Kusatsu untuk menonton wayang, kini ak hanya perlu naik 電車 (Train) ke 川崎駅 (Kawasaki Station) kerana di situ ada 3 panggung wayang~ Berikut merupakan klasifikasi menarik tentang panggung wayang sekitar 川崎駅~ 

1) Toho Cinemas (link)
  • Toho Cinema Day 1000円 setiap 14hb
  • Perlu tambah 400円 untuk menonton wayang dalam 3D
  • Late Show 1200円 untuk wayang selepas jam 2000
  • Premier Screen 2400円
  • Salah satu panggung wayang yang ada menyediakan subtitle Jpon ketika menonton filem Jpon tapi bukan untuk semua filem malah ada waktu yang tersendiri


2) 109 Cinemas (link)
  • 109 Cinemas Day 1000円 setiap 10hb
  • Late Show 1200円 untuk wayang selepas jam 2000
  • Satu-satunya panggung wayang yang menyediakan perkhidmatan IMAX pada harga 2200円 

3) Cinecitta (link)
  • Cinecitta Cinema Day 1000円 setiap 23hb
  • Late Show 1200円 untuk wayang selepas jam 2000
  • Perlu tambah 400円 untuk menonton wayang dalam 3D

Agak tension bila terpaksa tunggu lama untuk filem best2 cam The Avengers untuk mula ditayang di Jpon atas beberapa sebab tertentu.. Jpon antara negara yang masih menyediakan perkhidmatan alih bahasa filem kepada 日本語 (Japanese) untuk rakyat mereka yang lemah 英語 (English).. Tak faham kenapa mereka tidak menyediakan subtitle english untuk filem Jpon; paling koman pun subtitle Jpon.. Sedangkan rancangan TV biasa pun mereka boleh buat~ 

p/s Filem Amazing Spiderman bakal ditayangkan paling awal di Jpon berbanding negara lain iaitu pada hujung June~ Boleh la book tiket ntk 1hb July punye (笑)  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC