Alhamdulillah, ak sudah qatam membaca buku karangan Tariq Ramadan yang ditulis beliau pada tahun 2007.. Mula mengenali tentang buku ini menerusi tweet Wardina; kebetulan buku ini boleh di download secara percuma menerusi torrent dalam bentuk pdf.. Jenuh membaca menerusi PC, ak gemar membaca menerusi iPhone ketika di dalam 電車 (Train), waktu lapang dsb~ Setelah membaca beberapa muka surat, ak benar-benar tertarik dengan corak penulisan buku ini sehingga membuatkan ak membeli melalui Amazon Japan~
Berbeza dengan jalan cerita sirah Rasulullah yang kita pelajari di sekolah, buku ini lebih menekankan teladan dan sifat-sifat Nabi yang boleh kita cuba praktikkan dalam situasi kita sekarang.. Salah satu aspek menarik dalam buku ini ialah bagaimana suatu hadis itu terbit berserta jalan cerita dia sekali.. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami; amat sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari 英語 (English) dalam masa yang sama berusaha mengenal junjungan besar SAW~
p/s Tariq Ramadan's MASTERPIECE!
No comments:
Post a Comment