Followers

Wednesday 30 May 2012

Japan Knowledge/Skills Transfer Workshop

27 May - SHIBUYA


Hari ini ak telah turut serta dalam sebuah workshop anjuran Talent Corp yang bertempat di Kedutaan Malaysia di Jpon.. Program yang bermula pada jam 1030 ini menyaksikan seramai 30 peserta yang majoritinya terdiri daripada golongan professionals di Jpon; ada sebilangan kecil yang sedang meneruskan pengajian dalam PhD tapi semua ada pengalaman bekerja samada di Malaysia atau di Jpon.. Terkejut juga bila ada yang sanggup datang daripada jauh-jauh seperti 富山 (Toyama) dan 京都 (Kyoto) dengan menggunakan 新幹線 (Bullet train) untuk berkongsi pengalaman masing-masing untuk seminar kali ini..

Majlis dimulakan dengan pengenalan ringkas tentang Talent Corp dan misi yang sedang mereka jalankan bukan sahaja di Jpon, malah di seluruh negara termasuk UK dan US tapi workshop sebegini merupakan kali pertama dianjurkan oleh Talent Corp dan kami dijadikan "bahan ujikaji"~ Matlamat mereka bukannya hendak kami balik ke Malaysia terus, sebaliknya ingin menyediakan fasiliti yang boleh melancarkan transisi kerja di Malaysia bila kami sudah bersedia kelak.. Mereka bukannya bertindak sebagai "tukang kutip CV" untuk memperkenalkan kami ke syarikat-syarikat di Malaysia, tapi lebih kepada menyediakan maklumat kepada pihak pelabur dll yang Malaysia ada kepakaran-kepakaran yang boleh meyakinkan mereka untuk membuka peluang perniagaan di Malaysia!

Selain daripada Talent Corp, majlis juga diraikan dengan kehadiran beberapa badan kerajaan seperti MDEC dan Khazanah dan juga Director HR daripada syarikat Renesas Semiconductor KL untuk berkongsi serba-serbi tentang hala tuju industri di Malaysia.. Banyak juga input yang ak dapat dan hampir semuanya sama dengan apa yang ak rasa sepanjang ak berada di bumi matahari terbit ini; kita masih belum cukup bagus untuk menjual nama Malaysia berbanding dengan negara lain.. Pelajar Malaysia khususnya agak "segan" untuk turut-serta dalam aktiviti besar-besaran di Universiti seperti 学園祭 (School Festival) dll pastu kita rasa pelik bila orang Jpon tak tahu di mana Malaysia sedangkan tahu di mana Singapore (笑)

Makan tengahari merupakan antara sebab utama ak turut-serta dalam workshop hari ini dengan menu berisi ayam dan daging :) Selesai makan, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk membincangkan bagaimana kami boleh membantu Talent Corp mencari "talent" di Jpon ini.. Sewaktu sesi perbincangan, kami ditegur oleh wakil pihak kedutaaan yang mengkritik golongan professional di Jpon kerana sehingga kini masih tiada organisasi rasmi berbanding di negara lain.. Kononnya di US dan UK, golongan professional di sana begitu kuat membolehkan banyak aktiviti ditaja oleh mereka tanpa mengharapkan bantuan pihak kedutaan kerana mereka sendiri beraksi seperti NGO.. Majlis bersurai sekitar jam 1700; bersyukur kerana dapat kutip pelbagai informasi daripada 先輩 (Senior) tentang hidup sebagai 社会人 (Working adults) di Jpon ini~

p/s Di Jpon banyak organisasi rasmi khusus untuk pelajar tapi tiada lagi untuk golongan professional.. Bila tanya 先輩, kenapa sampai sekarang tiada, mereka cakap sebab tiada siapa yang plan nak tinggal lama di Jpon membuatkan diorang rasa tak perlu (-_-")

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC