2~5 Mei - KANSAI
Cuti panjang selama 9 hari ini ak gunakan untuk menyelesaikan urusan semasa dan melancong ke kampung halaman iaitu 滋賀県 (Shiga-prefecture) selama 4 hari untuk berjumpa rakan-rakan dan keluarga angkat.. Mujur dapat beli tiket bas malam 1hb pada harga 4700円, paling murah pada waktu itu memandangkan ak beli agak lewat iaitu pada hujung April.. Ajak member seorang ikut sekali alang-alang dia tiada plan sepanjang cuti kali ini.. Bas bertolak pada jam 2330 dan selamat tiba di 京都駅 (Kyoto Station) sekitar jam 0600= Agak janggal apabila menggunakan kad SUICA kerana selama ini asyik guna ICOCA; janggal juga bila mengerjakan solat jama' qasar sepanjang berada di 関西 (Kansai) ;)
|
Pertama kali dapat bas yang menyediakan servis penutup mata dan bantal duduk! Thanks aa syarikat Milky Way~ |
2 Mei - RITS
Sepanjang hari ini hujan jadi ak membuat keputusan mengejut untuk pergi ke RITS untuk menziarah 小松先生 (Supervisor) setelah meninggalkan lab.. Sebab kedua ialah untuk menikmati menu halal baru di 食堂 (Cafeteria) kerana kebetulan hari ini merupakan hari sekolah di RITS.. Selesai juadah, pergi berjumpa 小松先生 sambil berborak hal semasa; terkejut juga tiada orang di lab pada waktu itu (笑) 小松先生 bakal pergi ke Korea pertengahan bulan ini untuk 学会 (Conference); kalau ak ada di lab mesti dah kena ikut sekali ;) Sempat juga mengucapkan tahniah kepada pak Imam RITS yang selamat melangsungkan perkahwinan di Bangladesh pada cuti 春休み (Spring Break) yang lepas..
|
Chicken karaage dah tiada tapi digantikan dengan roast chicken (^_^;) |
3 Mei - KYOTO
Asalnya hari ini nak pergi 天橋立 (Amano Hashidate) yang merupakan salah satu spot pelancongan di Kyoto; malangnya cuaca yang tidak menentu membuatkan trip tersebut dibatalkan dan diganti dengan trip tanpa tujuan di sekitar Kyoto (笑) Dapat juga bertemu sahabat lama yang menuntut di 神大 (Kobe U) kerana kali terakhir bertemu dengan dia ialah 2 tahun lepas~ Jalan kaki sekitar 祇園 (Gion) dalam misi mencari 舞子 (Maiko) tapi gagal.. Kemudian naik bas menuju ke 金閣寺 (Golden Pavilion), kali ke-2 ak pergi untuk tahun ini.. Waktu balik terserempak pula dengan 先輩 (Senior) JMC yang turut bersiar-siar di destinasi yang sama.. Malam itu makan malam di RAJU; jadi counselor untuk 後輩 (Junior) yang sedang memikirkan masa depan mereka samada sambung pelajaran atau pulang bekerja ;)
|
Kinkaju-ji lagi~ |
4 Mei - OSAKA
Hari ini juga kami bertolak awal daripada rumah 後輩 dengan misi untuk mengerjakan solat jumaat di salah satu masjid di Osaka.. Ini merupakan kali pertama ak pergi ke situ jadi dalam perjalanan begitu mengharapkan pada iPhone.. Tension bila すいた駅 (Suita Station) tidak tunjukkan papan tanda menuju ke 阪急 (Hankyuu) membuatkan masa habis untuk mencari jalan.. Rezeki apabila naik keretapi sama dengan seorang Muslim yang kami pasti akan pergi ke destinasi yang sama.. Terus ak perkenalkan diri di dalam keretapi itu; mat salleh warga Australia bernama Yahya yang memeluk Islam sejak 12 tahun yang lalu di Perth dan kini bekerja part time sebagai guru 英語 (English) dan dalam masa yang sama menghabiskan pengajian Masters..
|
Suasana di dalam Masjid Osaka.. Keluasan masjid di Toyokawa ini lebih kecil sedikit berbanding masjid di Yodokawa~ |
Waktu tiba di 豊川駅 (Toyokawa Station), kami perlu jalan kaki selama 10 minit menuju ke masjid dan jam sudah menunjukkan jam 1230 sewaktu kami tiba.. Ingatkan sudah bersedia hendak solat, sekali khutbah boleh panjang daripada biasa pada hari itu sehingga kami mula solat pada jam 1305! Selesai solat, kami pergi ke restoran berdekatan yang menyediakan juadah halal~ Kebetulan Yahya juga hadir selepas kami untuk makan bersama di situ.. Paling mengejutkan apabila terjumpa "saudara jauh" dari Indonesia keluarga Al-Idrus yang kebetulan duduk di sebelah ak ;) Dia sedang menyambung pengajian di 阪大 (Osaka U) dan berhasrat untuk menghabiskan PhD di sini..
|
Menu tengahari pada harga 850円 siap nan お代わり自由.. lagi murah berbanding RAJU (笑) |
Selesai juadah, kami meneruskan perjalanan menuju ke 梅田 (Umeda) kerana member teringin nak melihat reka bentuk bangunan stesen tersebut yang merupakan hasil kerja syarikat dia kerja sekarang.. Kebetulan Yahya juga naik keretapi yang sama dan dia dalam perjalanan pulang ke 神戸 (Kobe) untuk meneruskan pengajian dia.. Alang-alang berada di sekitar Osaka, kami pergi ke Osaka Sky Building yang terletak tidak jauh daripada 大阪駅 (Osaka station); agak terkenal kerana mempunyai taman di atas banggunan.. Naik sampai tingkat 39 untuk melihat pemandangan secara percuma; nak tengok taman kena bayar, tapi ak fikir kalau pergi malam lagi cantik dan kami pula tak bercadang nak tunggu di situ lama kerana waktu itu baru sahaja masuk Asar..
|
Merenung masa depan (笑) |
Perjalanan member diteruskan menuju ke 難波 (Namba) manakala ak pula terpaksa mengundur diri lebih awal untuk menghadiri 同窓会 (Reunion) bersama member lab.. Mereka buat BBQ pada belah tengahari tapi ak tidak turut-serta sebab niat nak kerjakan solat jumaat ;p 同窓会 bertempat di pusat karaoke STYLE dengan caj seorang 1500円 untuk nyanyi daripada jam 1900 sampai Subuh (-_-") Gembira dapat berjumpa dengan rakan lama termasuk beberapa 後輩 lab yang sudah tamat 就職活動 (Job hunting) mereka.. Rata-rata mereka risau keadaan ak bila tiba Ramadhan kelak samada ak dapat tahan berpuasa ketika bekerja ;p Nyanyi sakan sehingga jam 2300 sebelum bersurai~
|
Suasana di dalam bilik karaoke~ Tak tau plak kalau karaoke dengan mat Jpon, diorang prefer nyanyi ikut turutan tempat duduk~ ;p |
5 Mei - KYOTO
Aktiviti sebelum balik pada hari ini ialah berjumpa dengan keluarga angkat~ Asalnya nak jumpa lebih awal tapi sayang mereka juga sibuk; mujur dapat berjumpa sebelum balik.. Kalau tidak pasti rasa menyesal ;) Makan tengahari bersama di restoran yang sama 小松先生 belanja ketika keluarga ak datang ke Jpon~ Selesai juadah sekitar jam 1530, mereka ajak 散歩 (Walk) sekitar 京都駅 memandangkan cuaca agak baik pada petang itu.. Sempat belanja tiket masuk ke
三十三間堂 (Sanjusangen-do) yang di dalamnya memiliki 1000 patung 観音 (Kan-on)~ Sebelum pulang, sempat belanja keluarga angkat makan aiskrim di McD menggunakan duit gaji pertama (笑) Alhamdulillah, dapat juga tempat duduk di dalam 新幹線 (Bullet train) walaupun beli tiket 自由席 (Free seating) ketika hari-hari terakhir GW ;)
|
Gambar kenangan di hadapan pintu tokong |
|
Suasana di dalam tokong.. |
|
Tiket 新幹線 pertama di beli setelah bergelar 社会人 (Full fledged society member) |
p/s Trip yang pendek, tapi alhamdulillah matlamat tercapai ;)