Followers

Thursday 19 May 2011

HAARP


Ketika dunia sedang kecoh dengan pelbagai bencana semulajadi termasuk tsunami yang melanda Jpon 2 bulan yang lepas, ada beberapa suara yang mengaitkan itu semua dengan HAARP.. Berbekalkan 好奇心 (Curiosity) yang tinggi terhadap HAARP, penulis telah menonton sebuah dokumentari berjudul "Holes in Heaven: HAARP and Advances in Tesla Technology" yang dikeluarkan pada tahun 2005.. Dokumentari ini mengetengahkan tentang bahayanya teknologi HAARP sambil dikupas beberapa orang pakar.. Menariknya, dokumentari ini juga menemuramah beberapa orang yang terlibat dalam projek HAARP dan penjelasan mereka benar-benar menimbulkan tanda tanya buat para penonton~ 

Kedudukan antenna HAARP di Jpon benar-benar mengundang kontroversi mengenai kaitan HAARP dengan gempa bumi besar baru-baru ini

HAARP (High Frequency Active Auroral Research Program) merupakan sebuah kajian berkaitan lapisan ionosfera bumi dan dikendalikan oleh tentera US.. Tujuan utama kajian tersebut adalah menganalisis dan mengkaji lapisan ionosfera yang mampu membangunkan teknologi komunikasi radio dan juga pengawasan.. Menerusi projek HAARP, 3.6MW signal yang berfrekuensi tinggi akan dipancarkan ke lapisan ionosfera secara berterusan, dan sinaran tersebut akan dipantulkan semula ke bumi.. Teknologi HAARP membolehkan para saintis mencari sumber mineral di lapisan kerak bumi kerana kononnya setiap bahan mineral mempunyai bacaan frekuensi yang tersendiri.. Selain emas, sumber yang begitu penting ialah bahan api fosil.. 


Namun, saintis bimbang kerana setiap kali pancaran berfrekuensi tinggi dipantulkan ke lapisan ionosfera, ia akan meninggalkan bekas yang sedikit sebanyak boleh mengganggu alam semulajadi.. Akibatnya, HAARP dipersalahkan apabila berlakunya bencana alam yang begitu kerap di dunia seperti banjir, puting beliung, gempa bumi dsb.. Saintis turut bimbang kesan HAARP terhadap manusia kerana teknologi HAARP menggunakan magnet yang tinggi, dan dalam badan manusia juga mempunyai cas magnetik.. Nikola Tesla, bapa kepada elektromagnet pernah memberitahu bahawa beliau tahu cara untuk membelah bumi ini! Penonton boleh memahami dengan jelas sebab penyataan tersebut menerusi video dibawah~    

1 comment:

  1. thank you for some of these web articles is very impressive and qualified to compete and may continue to post quality articles article and useful for everyone

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC