Followers

Sunday, 8 May 2011

Like Stars on Earth


Taare Zameen Par (Like Stars on Earth) merupakan sebuah movie yang diarahkan oleh Aamir Khan dan mula ditayangkan pada tahun 2007.. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah dyslexia; sejenis gangguan dalam pembelajaran yang biasanya di alami oleh kanak-kanak.. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.. Menariknya ialah setiap orang dengan dyslexia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan dyslexia (link).. 


Dalam cerita ini, watak utama yang berusia 8 tahun hidup di dalam keluarga yang mempunyai seorang abang yang begitu cemerlang.. Ayah budak ini sukar hendak mempercayai "kebodohan" budak ini membuatkan dia nekad menghantar dia ke sekolah asrama.. Di situ, budak ini mengalami tekanan emosi yang kuat disebabkan sekolah yang dimasukkan itu juga berprinsip melahirkan pelajar yang berdaya saing dan berdisiplin.. Budak ini hampir putus-asa sehinggalah kedatangan seorang guru ganti yang memahami masalah budak ini lalu mendidik dia kerana guru itu percaya setiap kanak-kanak memiliki kebolehan tersendiri.. 


Penulis begitu terkesan melihat movie ini kerana 2 orang saudara kandung turut mengalami masalah yang sama sehingga kini.. Menyesal kerana memberikan layanan yang teruk terhadap mereka sejak kecil kerana sifat mereka yang agak "berlainan".. Kecewa kerana kurang pendedahan tentang perkara ini sejak kecil sebab terlalu terpengaruh mengejar dunia tetapi kita lupa bahawa Tuhan itu Maha Adil.. Dah besar baru kita tahu bahawa dunia ini penuh dengan pelbagai jenis manusia yang berlainan sifat meskipun memiliki wajah yang sama.. Penulis syorkan setiap keluarga untuk menonton movie ini~ (link)


p/s Di Malaysia, mereka yang bermasalah Dyslexia ini diklasifikasikan sebagai OKU~ Selamat Hari Ibu! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC