Followers

Friday, 27 May 2011

Arsenal 10/11 Season Review

最後の試合 (Last Match)
Arsenal menutup tirai musim kali nih dengan keputusan seri 2-2 menentang Fulham ketika beraksi di tempat lawan.. Keputusan tersebut meletakkan Arsenal di tangga ke-4; ini bermakna Arsenal terlepas pas automatik ke saingan Champions League jadi perlu menghadapi pusingan kelayakan yang bakal bermula pada pertengahan Ogos.. Tahniah buat pasukan Man United yang berjaya memenangi piala liga Inggeris buat kali ke-19 sekaligus memecahkan rekod Liverpool sebagai pasukan paling berjaya di dalam EPL.. Arsenal sekali lagi menutup tirai dengan 0 piala berprestij meskipun memenangi Emirates Cup sebelum musim bermula tahun lepas.. 


アーセナルのシーズンの流れ (Arsenal's Season)  
Arsenal memulakan musim 2010/2011 dengan mencatat keputusan seri menentang Liverpool hasil jaringan lewat Chamakh, pemain baru musim ini.. Arsenal beraksi cemerlang setelah itu dengan mencatat kemenangan dalam hampir semua perlawanan namun tewas buat pertama kali di gelanggang sendiri ketika menentang W.B.A dengan keputusan 2-3.. Kekalahan kedua Arsenal ketika menentang Chelsea di tempat lawan yang menyaksikan  Drogba melebarkan rekod jaringan menentang Arsenal apabila menjaringkan gol pada separuh masa pertama.. Arsenal cuba bangkit namun gol pada babak kedua oleh Alex benar-benar meranapkan harapan~ Arsenal jatuh pada tangga ke-4 ketika ini namun prestasi cemerlang ketika beraksi di saingan UCL dan Carling Cup sedikit sebanyak menggembirakan penyokong..

Kekalahan ke-3 Arsenal di tempat sendiri ketika menentang Newcastle menerusi jaringan Andy Carroll memang dapat diduga kerana permainan yang agak teruk.. Meskipun mencatatkan kemenangan pada 2 perlawanan seterusnya, Arsenal sekali lagi tewas buat kali ke-4 di tempat sendiri ketika menentang Tottenham Hotspur.. Perlawanan yang penuh kontroversi ini menyaksikan Tottenham berjaya memperoleh kemenangan pertama di kawasan Arsenal dalam tempoh 17 tahun! Kekalahan sengal 0-2 menentang Braga di tempat lawan meletakkan Arsenal di dalam situasi bahaya dalam saingan UCL; mujur menang menentang Partizan 3-1 di tempat sendiri sekaligus menyaksikan Arsenal layak ke pusingan seterusnya meskipun berada di tangga ke-2 dalam kumpulan H.. Kekalahan ke-5 dalam saingan EPL pula ketika menentang Man United di tempat lawan.. 

Rezeki Arsenal mencurah-curah ketika penghujung tahun 2010 bermula dengan kemenangan menentang Chelsea buat sekian lama dengan keputusan 3-1 di tempat sendiri.. Bulan Januari merupakan bulan yang paling sibuk dalam kalendar Arsenal dengan 9 perlawanan telah dijalankan bagi merebut 3 piala yang dipertandingkan ketika itu yakni piala liga, piala FA, dan Carling Cup.. Dinobatkan perlawanan paling menarik sepanjang musim 2010/2011 ialah perlawanan menentang Newcastle di tempat lawan.. Arsenal menjaringkan 4 gol pada babak pertama namun kad merah Abou Diaby sekaligus membuatkan Arsenal terpaksa bersyukur membawa pulang satu mata setelah Newcastle berjaya mengejar 4 gol pada babak kedua.. Kemenangan mengejut 2-1 ketika menentang Barcelona di padang sendiri semestinya perlawanan yang tidak dapat dilupakan oleh semua penyokong Arsenal! 


Nasib malang Arsenal bermula apabila tewas mengejut menentang Birmingham City yang menyaksikan Arsenal terlepas peluang merebut piala pertama, Carling Cup pada musim ini.. Perlawanan seterusnya semakin hambar dengan kekalahan menentang Barcelona pada 2nd leg dan juga terlepas saingan piala FA setelah tewas dengan Man United.. Kemenangan pertama pada bulan April ialah ketika menentang Blackpool dengan berkesudahan 3-1.. Perlawanan ini juga menyaksikan Jens Lehmann, pemain yang dibawa masuk ketika stok keeper Arsenal sedang nazak beraksi pada kesebelasan utama.. Arsenal mencatat keputusan seri bagi 2 perlawanan seterusnya namun tewas buat kali ke-6 menentang Bolton di tempat lawan.. Bulan Mei membuka tirai dengan kemenangan menentang Man United buat sekian lama di tempat sendiri..

Kemenangan tersebut sedikit sebanyak memberikan harapan buat pengurus serta para penyokong dalam mengejar piala pertama dalam masa 6 tahun.. Namun harapan terkubur apabila tewas menentang Stoke City di tempat lawan dengan keputusan 3-1.. Perlawanan menentang Aston Villa di tempat sendiri dan juga perlawanan terakhir di stadium Emirates bagi musim ini juga berakhir dengan kekalahan 1-2.. 2 gol dijaringkan oleh Darren Bent pada minit ke 12 dan 15 benar-benar membingungkan para penyokong kerana pemain pertahanan yang diharapkan, Thomas Vermaelen telah beraksi buat pertama kali dalam kesebelasan utama.. Perlawanan terakhir juga agak mengecewakan apabila Arsenal gagal merebut tangga ke-3 liga setelah mencatat keputusan seri menentang Fulham.. 


我が感想 (My View)
6 tahun tanpa piala memang suatu yang sukar hendak diterima oleh semua penyokong Arsenal.. Kemasukan defender berpengalaman, Sebastien Squillaci ternyata mengecewakan meskipun Koscielny juga banyak melakukan kesilapan sengal.. Wenger gagal membawa masuk sebarang pemain baru ketika pintu perpindahan terbuka bulan Januari benar-benar memasang api dalam hati peminat gara-gara berfikir Vermaelen akan pulih.. Musim ini juga membuktikan Arsenal boleh hidup tanpa kapten, Fabregas namun ada masa kreativiti Fabregas begitu diharapkan setelah keputusan seri dalam 11 perlawanan sepanjang musim.. Kemerosotan prestasi beberapa permain termasuk Arshavin benar-benar mengundang padah pada saingan musim ini.. Penulis begitu mengharapkan musim perpindahan kali ini sibuk dengan pemain keluar masuk dalam skuad Arsenal ;)


お知らせ (Notification)
Arsenal telah menetapkan Malaysia dan China dalam rangka lawatan ke Asia pada bulan Julai tahun ini.. Sebagai penyokong Arsenal warganegara Malaysia, kedatangan Arsenal sememangnya sesuatu yang dialukan sejak lama namun kesal sungguh kerana tidak dapat turut sama bersorak di Stadium Bukit Jalil 13 Julai nanti.. Awalnya dah happy sungguh bila dengar Arsenal akan melawat Jpon namun bencana tsunami yang menimpa Fukushima dan isu radioaktif menyebabkan Arsenal beralih arah ke Malaysia (泣) Sebagai rakyat Malaysia, penulis mengharapkan skuad Malaysia dapat memberikan saingan positif ketika menentang Arsenal; semestinya negara didahulukan meskipun Arsenal di hati (笑)

Malaysia BOLEH, Arsenal BOLEH 

   

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC