Followers

Monday, 9 May 2011

挫折経験 (Experiences of Frustrations)


Hidup ini penuh dengan liku-liku cabaran yang sukar hendak diduga; maka kegagalan itu suatu perkara yang biasa. Setiap orang akan menghadapi halangan yang kadang kala mengundang kesedihan dan kerosakan, namun langkah untuk bangun kembali setelah terkandas adalah berlainan mengikut individu masing-masing. Ada orang yang dapat bangun kembali dengan pantas setelah "tertumbang", dan ada juga yang mengambil masa yang agak lama untuk berdiri. Dari mana datangnya perbezaan ini? Mengikut kajian yang dijalankan di US baru-baru ini, kunci bagi meredah rintangan bergantung kepada bilangan 挫折 (Frustration) yang pernah dirasai pada masa lepas; turut menjadi faktor utama yang penting kepada sifat dan keturunan seorang individu.

Dr. Roxane Cohen Silver, seorang pensyarah di Universiti California, Irvine telah menjalankan kajian ke atas 2000 rakyat Amerika. Mereka di suruh menulis tentang 挫折 yang telah mereka hadapi dalam hidup seperti perceraian, berita kematian, penyakit teruk, malapetaka semulajadi dsb. Setelah itu, mereka akan memberitahu dari semasa ke semasa sekiranya berdepan dengan 挫折, dan para penyelidik akan membuat analisis mengenai tahap kebahagiaan mengikut psikologi selama beberapa tahun. 

Hasil kajian agak memberangsangkan; subjek yang menjawab「Tidak pernah merasai 挫折」hampir tidak pernah merasai kebahagiaan, malah keputusan itu juga hampir sama dengan subjek yang pernah merasai 挫折 lebih daripada 10 kali pada masa lepas. Bacaan  tahap kebahagiaan paling tinggi dicatatkan oleh kumpulan subjek yang pernah merasai 挫折 sebanyak 2~6 kali pada masa lepas, dan kumpulan ini juga paling kuat dari segi mental. Pendek kata, 温室育ち (Sheltered upbringing) adalah lemah, tapi terlalu banyak 挫折 adalah tidak baik. Mereka yang mempunyai pengalaman 挫折 yang sesuai dapat meredah halangan dengan mudah, malah turut sama berpuas-hati dengan keadaan semasa. 

"Bilangan adalah kunci," jawab Dr. Roxane. "Manusia akan berusaha apabila menghadapi pelbagai rintangan dalam hidup. Daripada situ, seseorang itu akan mengenali kebolehan diri, dan juga mengenal pasti sahabat sejati dan juga network yang memberikan sokongan. Pengalaman-pengalaman ini terlalu penting dalam menghadapi rintangan di masa akan datang."

 Meskipun 挫折 ini agak pahit untuk dibendung, ia akan tetap membantu dalam menghadapi dugaan di masa hadapan. Pengalaman 挫折 semestinya tidak akan menjadi suatu bentuk pembaziran! 

p/s Artikel ini diambil daripada link

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC