Followers

Saturday 7 May 2011

Lupe Fiasco


Lupe Fiasco (LF) atau nama asalnya Wasalu Muhammad Jaco merupakan seorang penyanyi rap, artis, dan penerbit di US.. Dilahirkan pada 16 Febuari 1982, LF membesar di Chicago dengan persekitaran yang kurang sihat yakni penuh dengan pelacur, jual-beli dadah, pembunuh dan kaki buli namun itu semua di luar rumah, di dalam rumah penuh dengan majalah informasi dsb.. Pada awalnya, beliau tidak menggemari muzik rap tetapi lebih kepada muzik jazz; konon nya rap banyak menggunakan ayat-ayat kotor dan bersifat keganasan.. Beliau mula berjinak-jinak dengan muzik rap ketika 13~14 tahun selepas mendengar lagu Nas.. Perkataan "Lupe" berasal daripada nama timangan beliau, "Lu" manakala "Fiasco" pula diambil daripada tajuk lagu kumpulan The Firm.. 

 "We had a song out about cocaine, guns, and women, and I would go to a record store and look at it and think, 'What are you doing?' I felt like a hypocrite. I was acting like this rapper who would never be judged, and I had to destroy that guy. Because what Lupe Fiasco says on this microphone is going to come back to Wasalu Jaco. When the music cuts off, you have to go home and live with what you say."

LF membuka sebuah band ketika berusia 19 tahun namun dibubarkan selepas menghasilkan 1 single.. Konon nya gaya muzik single tersebut tidak kena dengan imej rap yang ingin dibawa.. Beliau rapat dengan Jay-Z ketika bertemu dalam syarikat rakaman Arista, dan setelah itu Jay-Z membantunya masuk ke dalam Atlantic Records.. Ketika sedang menyiapkan lagu pertama dalam album, beliau menjadi terkenal di kalangan penduduk Islam apabila mengeluarkan sebuah lagu bertajuk "Muhammad Walks" dengan meniru lagu "Jesus Walks" oleh Kanye West (KW).. Beliau juga meniru lagu KW yang lain sehingga mendapat perhatian KW; KW siap ajak LF turut sama berganding dalam single "Touch the Sky"; lagu tersebut berjaya mendapat tempat #42 dalam carta Billboard Hot 100.. 


Album pertama yang dikeluarkan LF ialah "Food & Liquor" pada tahun 2006.. Menurut beliau, tajuk album tersebut memainkan peranan penting dalam hidup sebagai seorang Muslim; "Food" digambarkan sebagai benda yang baik, manakala "Liquor" pula digambarkan sebagai benda yang jahat, dan setiap orang dijadikan mempunyai sedikit daripada kedua-duanya.. Single "Daydreamin" berjaya meraih anugerah dalam Grammy Awards~ LF mengeluarkan album kedua berjudul "The Cool" pada tahun 2007 dengan mempertaruhkan single pertama, "Superstar"~ Album ketiga dan paling terbaru ialah "Lasers" dengan single, "The Show Goes On".. Beliau juga mempunyai band lain yang dinamakan, "Japanese Cartoon".. Ditubuhkan pada tahun 2008, LF menggunakan nama asal beliau dalam band ini.. Enjoy MTV terbaru single LF yang kini terhangat di pasaran~

      

p/s Mula minat terhadap pada LF apabila perasan lirik "The Show Goes On" ada menyentuh isu Gaza..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC