Followers

Sunday, 22 May 2011

眼鏡市場 (Megane Ichiba)

22 May - KUSATSU

眼鏡市場 merupakan sebuah kedai cermin mata paling terkenal di Jpon kerana CM (TV Commercial) paling kerap disiarkan di kaca TV.. Cermin mata yang ak gunakan sebelum ni sudah berusia 2 tahun dan malangnya bingkai jenama Reebok itu gagal menahan lengkungan lensa membuatkan ia senang tertanggal.. Rancangan untuk menukar baru ketika pulang ke Malaysia gagal kerana cermin mata lama sudah nyawa-nyawa ikan.. Setelah survey ke merata tempat kedai cermin mata di Jpon, ak membuat keputusan untuk membuat cermin mata baru di 眼鏡市場 kerana harga promosi serta bingkai berjenama =)


Mujur kedudukan kedai dari tempat tinggal ak tidak jauh, jadi tak perlu bersusah-payah untuk pergi menggunakan 電車.. Bezanya kedai cermin mata di Jpon ialah staff yang bertugas akan menerangkan sedalam yang mungkin tentang cermin mata daripada jenis lensa dan sebagainya sebelum maju ke 視力検査 (Eye sight check).. Jika di Malaysia, staff akan memakaikan cermin mata ujian sambil menukar lensa satu demi satu di dalam bilik gelap; tapi di Jpon, ada mesin yang menukarkan kanta dan keadaan bilik pula seperti biasa tidak berubah.. Bersyukur apabila kekuatan mata ak tidak berubah seperti yang dahulu malah dikurangkan sedikit konon nya kerana tidak perlu~ 

Siap ada warranty card selama setahun! 

Selepas selesai 視力検査, maju pula ke peringkat memilih bingkai.. Oleh kerana ak tidak suka contact lens, jadi cermin mata yang ak gunakan mestilah sesuai ketika bermain sukan.. Harga pakej (bingkai + lensa) yang disediakan paling rendah ialah 1.5万円~ tapi bingkai tidak berapa menarik.. Bingkai Nike sekitar 1.8万円 tapi entah mengapa lebih tertarik dengan jenama Plusmix walaupun harga agak mahal~ Sanggup tambah 2.1千円 semata-mata nak kasi lensa bertukar warna ketika terkena sinar UV.. Terpaksa tunggu 1 minggu sebab lensa istimewa, jika tidak dah boleh pakai on the spot! Hmm, sebelum ini guna kanta yang berubah warna hitam, tapi kali ini minta kanta yang berubah kepada warna coklat bagi memadankan dengan warna bingkai..    


p/s Cermin mata paling mahal pernah ak beli -_-" Semoga pelaburan ak berbaloi..  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC