4 Mei - HIKONE
Kedatangan member daripada 関東 (Kantou) tanpa menyediakan plan hendak ke mana membuatkan ak sendiri terpaksa berfikir destinasi percutian sepanjang 3 hari dia di 関西 (Kansai).. Ingatkan nak bawa dia pusing-pusing sekitar 京都 (Kyoto) tapi ada suara yang memberitahu ingin melihat びわ湖 (Lake Biwa).. Bila google tentang tempat menarik di 滋賀 (Shiga), rupa-rupa nya banyak juga tempat yang ak sendiri belum pernah pergi.. Akhirnya kami buat keputusan untuk pergi ke
彦根 (Hikone) yang terkenal dengan 彦根城 (Hikone Castle)~ Tambang perjalanan 往復 (Round trip) menaiki 電車 (Train) ialah sebanyak 1360円 (RM 50) dan masa perjalanan sehala hanya 30 minit dengan menggunakan 新快速 (Special rapid) !
 |
Nama-nama kelengkapan seorang samurai |
 |
Di hadapan Istana Hikone |
Tertarik dengan persekitaran 駅 (Station) yang penuh dengan ucapan "ようこそ (Welcome)".. Maskot bagi 彦根 ialah ひこにゃん (Hikonyan) iaitu sejenis arnab yang memakai topi ala samurai bertanduk panjang.. Jalan kaki daripada 駅 menuju ke 彦根城 hanya sekitar 10 minit.. Sempat melihat ひこにゃん keluar untuk mengadakan persembahan; tak sangka ramai juga peminat-peminat dia.. Ambil tiket 1000円 yang termasuk tiket 彦根城, tiket muzium, dan
玄宮園 (Genkyu-en) iaitu antara taman yang tertua sekali di Jpon..
Kesilapan besar ketika hadir ke 彦根 ialah tidak membawa kamera dan beg; banyak kertas yang diperoleh secara percuma ketika masuk ke muzium tapi malangnya tidak cukup tangan hendak membawa pulang -_-"
 |
玄宮園 |
 |
花の生涯 (Life of a Cherry Blossom) |
 |
Replika Istana Hikone |
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
No comments:
Post a Comment