Bagi penggemar filem barat, pasti filem A Beautiful Mind merupakan filem yang sudah ditonton berulang kali dek kehebatan jalan cerita dan keberkesanan lakonan Russell Crow membawa watak lelaki bernama John Nash dalam filem ini.. Penulis begitu terkejut apabila mendapat tahu watak John Nash sebenarnya wujud dan filem ini juga boleh dikatakan autobiografi tentang kisah hidup beliau yang juga penerima anugerah Nobel pada tahun 1994 atas sumbangannya dalam bidang sains ekonomi.. John Nash merupakan seorang yang begitu arif dalam bidang matematik dan menuntut di Princeton Universitiy..
Schizophrenia
Ketika dilanda stress apabila melihat rakan-rakannya sudah banyak menghantar journal, John begitu tertekan sehingga menghadapi masalah Schizophrenia.. Masalah ini membuatkan John mempunyai seorang kawan imaginasi yang beliau fikirkan wujud secara realiti.. Imaginasi itu menjadi semakin kritikal apabila John mula membuat kerja secara sembunyi konon nya untuk tentera tetapi segala-galanya hanyalah di dalam minda John.. Pengorbanan isteri John yang sanggup menemani beliau sehingga ke hari tua benar-benar menyentuh perasaan~ Video dibawah menunjukkan kata-kata John sewaktu menerima anugerah Nobel.. Bagi penulis, kata-kata tersebut begitu bermakna buat setiap pasangan~
p/s Seronok bila layan semula filem ini dalam resolusi 720p~
No comments:
Post a Comment