Followers

Saturday, 14 May 2011

[内定] Fuji Furukawa E&C

12 May - KUSATSU

Alhamdulillah, panggilan daripada 人事 (Human Affairs) pada petang tadi memaklumkan berita yang ditunggu-tunggu sejak lama iaitu 内定 (Informal confirmation); perkataan ini membawa maksud syarikat telah menerima ak secara tidak rasmi.. Selepas ini, ak dikehendaki mengisi pelbagai borang dan menghantar balik kepada syarikat bagi "merasmikan" kemasukan ak ke syarikat tersebut.. Penghantaran 教授推薦書 (Professor's recommendation letter) benar-benar membantu dalam mendapatkan 内定 kali ini.. Jika segala-galanya berjalan seperti yang dirancang, ak akan menetap di Jpon selama 3 tahun sebelum dihantar pulang ke negara asal untuk bekerja di syarikat yang sama di Kuala Lumpur..InsyaAllah, bakal memulakan hidup baru di 川崎 (Kawasaki) mulai April tahun hadapan setelah 卒業 (Graduate).. 


Flashback
Manusia hanya merancang, tetapi hanya Allah yang menentukan segalanya.. Sewaktu kali pertama mendapat panggilan yang bertanyakan samada ak berminat untuk menghadiri 説明会 (Explanation) syarikat ini di 渋谷 (Shibuya), terus-terang ak sendiri macam malas nak pergi sebab jauh dan 交通費 (Transportation fees) tidak disediakan.. Kebetulan interview 関西ペイント (Kansai Paint) dijalankan sebelum 説明会 tersebut, jadi ak tiada alasan untuk menolak permintaan tersebut.. 関西ペイント merupakan 第一志望 (First choice) sebab boleh pulang ke Malaysia, namun tiada rezeki apabila gagal di 一次選考 (First selection) -_-" Tapi syarikat ini yang memang berminat untuk mengambil 留学生 (Foreign Students) memberikan peluang yang seterusnya membawa kepada 内定 pertama dan mungkin terakhir pada tahun ini =) 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC