Followers

Thursday, 31 March 2011

日本文化体験 (Experiencing Japanese Culture)

29~31 Mac - OSAKA

Beberapa minggu yang lepas, ak telah menerima sebuah email daripada 国際センター (International center) yang menjemput ntk menyertai program 日本文化体験 bertempat di 関西国際センター (Japanese-Language Institute, Kansai).. Tambang perjalanan, servis makanan dan minuman terpaksa ditanggung sendiri tapi kos penginapan selama 2 malam ditanggung oleh pihak penganjur.. Program ini turut disertai oleh 21 研修生 (Trainee) daripada 13 buah negara yang berada di Jpon selama 4 bulan menggunakan biasiswa kerajaan Jpon.. Termasuk ak, seramai 9 orang daripada 3 buah universiti turut-serta dalam program nih; ak sorang jer lelaki dan ak sorang jer 理系 (Science stream) ;)


29 Mac
Kitorang diminta check-in di tempat yang dijanjikan sebelum jam 1500.. Shuttle bus disediakan khusus ntk kitorang pada jam 1415 dan masa perjalanan daripada りんくうタウン駅 (Rinkutown Station) ke destinasi sekitar 5 minit jer kot.. Masing2 dapat bilik sendiri; terbaik giler bilik yang dia kasi! Ingatkan 和室 (Japanese-style room) pastu ramai2 duduk 1 bilik cam backpackers (笑) Majlis bermula dengan sesi 自己紹介 (Self introduction) pastu kitorang dipecahkan kepada kumpulan kecil; 研修生 bawa kitorang mengelilingi institut tersebut.. Terkejut giler dengan kemudahan yang disediakan; daripada bilik karaoke, gymnasium, dewan besar, court tenis sehingga ada surau ntk lelaki dan perempuan!


Ak difahamkan yang institusi nih dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan Jpon dan orang luar tanpa urusan tidak dibenarkan masuk.. Institusi nih juga sering menerima kedatangan pegawai2 kerajaan luar negara yang datang untuk belajar budaya Jpon dsb.. Melalui sesi ice-breaking, ak dapat simpulkan majoriti 研修生 ialah pelajar universiti yang mengambil subjek bahasa Jpon sebagai tema thesis.. Majoriti adalah pelajar under-grad; berapa kerat jer yg post-grad dan sorang daripada 研修生 tuh jer yg 理系 cam ak dan kebetulan jugak daripada Malaysia ;) Bila ditanya camne leh join kursus 4 bulan nih, dia cakap budak2 lain x nak pergi~ (笑) Puas hati aa 研修生 nih sebab semuanya ditanggung, malah siap dapat duit belanja lagi! 


Makan malam di kafeteria yang disediakan; cuma x boleh blah harga makanan.. Malam tuh xde aktiviti jadi kitorang diberi peluang ntk menjalankan aktiviti masing2.. Ak ambil kesempatan ntk jalan2 sekitar Rinku Premium Outlets memandangkan x pernah pergi sebelum nih.. Naik shuttle bus sekitar jam 1945 dan tiba di destinasi waktu2 nk dekat jam 2000.. Cam segan plak nk usha2 pakaian kt kedai memandangkan orang pon sikit~ Puas hati dapat amik gambar pemandangan sekitar Outlets tuh waktu xde orang.. Bosan2 ak jalan keliling outlets sampai masuk kedai elektrik Yamada di belakang dia.. Terkejut ada live charity match bola Japan XL vs J-League All Stars o_0 Balik jer bilik, mujur dapat usha gol terakhir yang memang terbaekk! 


30 Mac
Aktiviti pada belah pagi ialah bertolak ke 紀泉わいわい村 (Kisen Waiwai Mura) ntk belajar cara membuat udon dan お箸 (Chopsticks).. Awalnya kitorang dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi 2 pek tepung udon.. Langkah pertama ialah menggaul tepung udon dengan air 200ml sehingga menjadi keras.. Kemudian tepung tersebut dimasukkan ke dalam plastik ntk di pijak selama beberapa minit! Tepung yg telah dilenyakkan itu hendaklah dibiarkan selama beberapa minit tanpa diusik.. Pada waktu inilah kitorang dikehendaki membuat お箸 daripada batang buluh dan pisau yg disediakan.. お箸 tersebut akan digunakan sewaktu makan udon~ 


Selesai menghasilkan お箸, aktiviti seterusnya ialah meleperkan tepung udon tersebut sebelum memotongnya.. Pada waktu yang sama juga kitorang dikehendaki menghidupkan sendiri api ntk masak air.. Tepung yang telah siap dipotong itu akan dimasukkan kedalam air selama beberapa minit dan selebihnya cam masak maggi.. Menu makan tengahari adalah udon masakan sendiri; memang harapan la nk kenyang sebab udon kosong jer ;) Macam biasa budaya Jpon, dah pandai guna, pandai2 la kemas balik~ Periuk yg digunakan ntk masak air semuanya dibasuh dan dipulangkan.. Gotong-royong membersihkan sekitar kawasan sebelum bertolak menuju ke destinasi seterusnya iaitu 浪花酒造 (Naniwa Sake Brewing)~ 


Di sini kitorang didedahkan tentang kaedah menghasilkan Sake (Arak Jpon).. Sake diperbuat menggunakan beras; lagi mahal beras tuh, lagi sedap sake yg dihasilkan dan lagi mahal la harga sake tuh.. Konon nyer kilang nih telah didirikan sejak 250 tahun yang lepas dan nama 浪花 (Naniwa) tuh merupakan nama lama bagi 大阪 (Osaka).. Seronok 研修生 nih bila disajikan arak berkualiti tinggi; memang syurga bagi peminat arak sebab sesapa yang kerja kt kilang nih memang dibenarkan minum sake bebila~ Konon nyer ada juga pekerja dia yg x minum arak.. Konon nyer arak yg diperbuat daripada anggur adalah sedap jika ditinggalkan lama2.. tp bagi sake, ada jenis yang sedap jika diminum terus apabila dihasilkan dan begitu juga sebaliknya.. 


Seperti biasa, tiada aktiviti pada waktu malam; disebabkan x mahu membazir duit makan di kafeteria, ak lari ke RinkuTown ntk makan malam di Saizeriya.. Plan asal nk usha Rinku Park waktu senja konon nyer pemandangan waktu matahari tergelincir lawa kt situ; malangnyer tertido plak -_-" Rinku Park memang berbeza sket daripada taman2 yang biasa ak pergi sebab kekurangan bunga (mungkin sebab musim bunga tahun nih lambat sket..) Tumpuan adalah struktur 四季の泉 (Fountain of the Four Seasons) yang agak unik kerana 3 lengkongan menunjukkan peredaran matahari dalam 4 musim.. Malam tuh sempat bermain badminton dalam dewan bersama pegawai kedutaan Azerbaijan pastu layan boxing ngan kerusi urut kt Gym.. 



31 Mac
Kitorang diminta check out daripada bilik sebelum jam 1000 dan maju ke 研修室 (Training room) bagi aktiviti terakhir iaitu スピーチ発表 (Speech presentation).. Ak dan beberapa 留学生 (Foreign students) lain telah diminta ntk memberikan ucapan berkenaan "sebab mempelajari bahasa Jpon" dan "kehidupan sebagai pelajar di Jpon".. Selain kitorang, beberapa 研修生 yang lain juga dikehendaki memberikan ucapan tentang universiti diorang dsb.. Terkejut gak dengan ucapan seorang 研修生 daripada Italy; konon nyer di sana peperiksaan lebih kepada 口頭試問 (Oral examination) jadi pelajar memang bersemangat giler la waktu amik kelas sebab nk lulus ibarat kene amik interview! 


スピーチ発表 berlangsung selama 1 jam; kemudian kitorang dipindahkan ke dewan ntk sesi pengenalan universiti bagi 留学生.. Wakil daripada RITS paling ramai iaitu seramai 4 orang; 3 daripadanya merupakan 院生 (Post-grad).. Tabik spring aa kt ahli group ak sebab diorang siap sediakan pamphlet lagi ntk diagihkan kepada semua 研修生! Waktu makan tengahari di kafeteria baru ak perasan yang ayam dan daging dijual menggunakan daging halal! Puas hati angkat chicken roast pada harga 750円 (RM 27); peha ayam paling besar pernah ak makan di Jpon.. Bertolak pulang sekitar jam 1300 dan selamat tiba di umah pada jam 1700; dalam perjalanan boleh tersilap naik 電車 (Train) 2x -_-" Masih blom biasa dengan 電車 di 大阪 ~ 

p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~              

Tuesday, 29 March 2011

Orientation

28 Mac - RITS

Bermula jam 0930 telah diadakan sesi orientasi bagi CALL staff bagi mereka2 yang berjaya terpilih.. Ini merupakan kali ke-5 ak terpilih dan kali pertama pula di suruh mengendalikan kumpulan kecil dalam menerangkan tugas2 staff.. Musykil giler sebab terpaksa menghadiri sesi orientasi nih meskipun dah jadi veteran ntk CALL staff nih.. 2 jam duduk mendengar benda yang sama tapi kali nih agak terkejut bila diberitahu semua PC di universiti telah digantikan dengan OS Windows 7 dengan kelajuan Core i5~ Cuma yang sengalnya 起動時間 (Operating hour) dia agak lembab berbanding PC lama -_-" Agak kekok bila kene terangkan dalam 日本語 (Japanese) sebab bajet dapat kumpulan yg dipenuhi 外人 (Foreigners) last2 sorang pon xde ;p

Sijil tamat belajar LSI

Pada belah petang iaitu jam 1330 pula telah berlangsung orientasi ntk pelajar Masters M2 dan juga pemberian slip keputusan peperiksaan semester lepas.. Ak hanya mengambil 3 subjek; English, LSI, dan 回路特論 (Advanced Circuit theory).. Paling cuak 回路特論 sebab exam susah giler tp Alhamdulillah dapat A!! Cuma x boleh blah keputusan LSI dapat B tp member2 lain dpt A padahal xde exam pon~ Mungkin gara2 ponteng bersebab sebanyak 3x ntk 学会 (Conference) telah mencacatkan pemberian markah -_-" Disebabkan dapat B lagi, GPA ak turun sebanyak 0.03 (泣) Bersyukur dah lepas semua subjek jadi yang tinggal kini hanya 研究 (Research) jer.. Lepas nih leh fokus kt 就職活動 (Job hunting) dan menikmati saat2 akhir sebagai seorang pelajar di negara orang..    

Monday, 28 March 2011

Mother


Lakonan pelakon cilik genius, Ashida Mana dalam drama "Mother" yang begitu memberangsangkan nih teleh berjaya menarik perhatian media Jepun malah pembabitan dia dalam Filem Terbaik Jpon 2010, "告白 (Confession)" juga telah menaikkan nama dia ntk memenangi anugerah pelakon baru terbaik= Drama nih mengisahkan seorang wanita yang menculik seorang kanak2 perempuan yang sering didera oleh ibu dia sendiri.. Jalan citer agak menarik kerana wanita tersebut juga sebenarnya merupakan anak angkat setelah ditinggalkan seorang diri oleh ibu kandung ketika berusia 5 tahun..

Feeling gila sewaktu sedang bercakap dengan ibu palsu dia.. 

Persoalan utama yang dilemparkan oleh drama nih ialah 'Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda melihat mangsa dera ibu bapa?' Pihak berkuasa hanya boleh bertindak apabila menerima bukti kukuh daripada kanak2 itu sendiri namun kanak2 x akan mampu memberitahu perkara sebenar kerana sayangnya dia kt ibu bapa sendiri~ Penonton sentiasa akan tertanya2 samada drama ini mempunyai "Happy Ending" atau x; mana x nyer setiap episod ada babak nangis (泣).. Pengorbanan seorang ibu jelas dirasai melalui drama nih; sesuai ntk ditonton oleh semua ibu dan bakal2 ibu~ Enjoy part best dalam drama nih..  

Sunday, 27 March 2011

Kos Sara Hidup Setahun di Jepun


2 tahun pertama di Jpon, ak tinggal serumah dengan 2 member jadi kos sara hidup yakni bil umah, bil api dan sebagainya dapat bahagi 3.. Namun bermula April 2010, masing2 ingin berdikari membuatkan kos sara hidup turut meningkat~ Entri kali nih akan membincangkan kos sara hidup ak selama setahun bermula Mac 2010 ~ Mac 2011..  Ak mula pindah di umah nih pada 23 Mac 2010; rumah ini dikendalikan oleh pihak 生協 (Co-op) universiti.. Menariknya rumah nih ialah selain bil elektrik, bil2 lain termasuk sewa rumah dihimpunkan dalam 1 resit dan setiap bulan bayaran yg dikenakan akan dipotong secara automatik melalui akaun bank ;) Berikut merupakan harga tetap yang ak bayar setiap bulan..

  • Sewa rumah = 37000円 (RM 1382)
  • Servis umah = 5000円 (RM 187)
  • Bil air = 2215円 (RM 83) 
  • Bil internet = 3150円 (RM 118)

Bil Rumah
Sengal gak bila dapat tau kene bayar 5000円 sebulan ntk servis rumah padahal perkhidmatan lift pon x disediakan.. Perkhidmatan yang ada selain sistem sekuriti yang ketat adalah mesin peti surat serbaguna yang mana posmen leh simpan barang yang kita tempah dalam mesin nih waktu kita xde di umah.. X payah susah2 nk kene call balik posmen tuh ntk hantar balik barang tuh waktu kita ada di umah.. Bil air tetap pon agak sengal sebab selain 夏 (Summer), x banyak guna air sangat pon sebab malas mandi~ Waktu awal2 dulu agak menyirap gak kene bayar bil internet pada harga yg tinggi sedangkan speed lembap giler; mujur bermula July pihak 生協 dah gantikan dengan modem baru yg membolehkan speed meningkat secara mendadak.. \(^o^)/


Air Panas
Penggunaan gas hanya digunakan ketika mandi sahaja memandangkan rumah nih x menyediakan perkhidmatan dapur gas.. Ak masak pon pakai botol gas yang dibeli di pasaraya sebab konon nyer lagi murah daripada pakai dapur elektrik pastu masa ntk memasak pon lagi pantas.. Melalui graf diatas, ternyata penggunaan air panas mempengaruhi jumlah bil rumah yang perlu dibayar.. Senang citer air panas hampir x digunakan ketika 夏 (Summer) tapi musim lain terutamanya musim sejuk, cari maut la kalau x pasang air panas.. Ada sekali ak panggil orang ntk check tekanan gas di rumah sebab x puas hati bil air panas tinggi sangat.. Rupa2 nye bayaran gas ntk umah 生協 memang lagi tinggi berbanding umah biasa -_-"  


Bil Elektrik
Bil elektrik kene bayar asing.. Bil elektrik umah ak agak tinggi sebab ada PC, PS3 ngan microwave.. Ak memang x main PS3 waktu hari sekolah, tp bila hujung minggu tuh memang main kaw2 gak aa (笑) Ntk jimat nyer pasal, ak hanya pasang air-cond bila ada tetamu jer dan waktu 冬 (Winter), dalam umah pon ak pakai pakaian tebal ntk jimat duit x pasang 暖房 (Heater)~ Waktu awal2 ak biarkan jer 電気ポット (Electric pot) membuatkan bil elektrik ak naik kaw2 bulan April tuh.. Lepas  ak cabut plug dan hanya gunakan bila ak perlu jer barulah bil turun balik.. Bil bulan July naik balik sebab ada hari tuh ak terlupa nk tutup pintu peti sejuk selama beberapa jam -_-" .. Antara bulan november ngan disember, bil elektrik mencapai angka terendah sebab 2 minggu balik Malaysia ntk 学会 (Conference) ;)  


Bil Telefon
Sebelum tukar kepada iPhone pada bulan Ogos, bil telefon ak boleh dikatakan agak rendah kerana langsung x menggunakan 3G.. Bila dah tukar iPhone, memang "nikmat" la bil telefon setiap bulan.. Ini pon dah kira rendah sebab ak dah lunaskan siap2 bayaran iPhone tuh jadi bil bulanan ak dipengaruhi oleh 通話料 (Charge calls); pakej 3G yang ak pilih ialah unlimited 4200円 yang membolehkan ak guna perkhidmatan 3G sesuka hati tanpa terhad.. Softbank menyediakan perkhidmatan telefon percuma antara pengguna Softbank daripada jam 0100~2100 manakala SMS adalah percuma 24/7.. Nasib hampir 100% orang yang ak call merupakan pengguna Softbank malah 先生 (Supervisor) pon pakai Softbank ;) 

   
Lain-lain
Graf untuk bil makanan dan pengangkutan memang x dapat dihasilkan sebab ak memang x simpan data (笑) Nak jimat nyer pasal, ak jarang gak makan di luar sebab mahal; masak sendiri di umah lagi jimat.. Kerap g 大学 (University) waktu tengahari jadi sebelum pergi dah leh makan tengahari siap2 pastu balik malam pon makan kt umah jer.. Kos pengangkutan pon agak rendah sebab pergi mana2 naik beskal jer.. Kluar berjalan ke 京都 (Kyoto) atau 大阪 (Osaka) pon jarang; memang untung aa sape dok 関西 (Kansai) nih~ Kalau nk kira secara kasar, kos bulanan ntk lain2 ialah sekitar 4万円 (RM 1500).. Duit insurans bulanan pula dalam sekitar 2000円 (RM 75)~ Duit simpanan banyak sebab biasiswa yang diterima bagi pelajar Masters lebih tinggi.. Kalo biasiswa pelajar 学部 (Undergrad), duit simpanan kurang sket kot peratusan dia..


Kesimpulan
Senang citer, ntk hidup sebagai seorang pelajar di Jpon nih, dalam sebulan anda memerlukan sekurang2nya 100,000円 (RM 3735)~ Ak x suka berjoli guna duit biasiswa, jadi setiap bulan ak buat part-time bekerja di 大学 sebagai TA.. Jangan lupa menyimpan duit sebab kita x leh ramal apa yang akan berlaku di masa depan; Jpon nih penuh dengan bencana alam jadi silap ari bulan apa yang kita ada skang x semestinya akan berkekalan sehingga kita pulang ke tanah air.. Peralatan elektrik yang kita sedang guna skang x semestinya akan berfungsi dengan baik sampai bebila.. Begitu juga dengan kesihatan kita dsb.. Penggunaan duit secara bijak amat penting terutamanya apabila seseorang itu akan memasuki alam pekerjaan.. 

Managing money requires more skill than making it! 


p/s Khusus buat para 後輩 yang akan melanjutkan pelajaran ke Jpon, entri kali nih hanya gambaran ringkas sahaja.. Ada yg bernasib baik dapat rumah lagi murah pastu barang2 perabut dan sebagainya dapat dari 先輩 jadi korang leh simpan duit lagi banyak.. Tapi ada juga yang terpaksa bayar sewa rumah yg tinggi pastu kene g 大学 (University) naik 電車 jadi memerlukan duit yg banyak.. Pandai2 lah menguruskan wang masing2~  

Saturday, 26 March 2011

Open Campus

26 Mac - RITS

Termasuk hari nih, dah 3 kali ak dikehendaki menjadi TA ntk オープンキャンパス (Open Campus) di RITS hanya kerana 先生 (Supervisor) ak merupakan 学科長 (Head of Department) dan setiap kali ada Open Campus memang kene "buka kedai"~ Istimewanya pagi nih boleh plak salji terun agak lebat; kalo bukan sebab ada event pagi nih, memang harapan la nk turun 大学 (Uni.) pagi2= Tugas TA secara umumnya ialah membantu 先生 sewaktu memberikan penerangan kepada pengunjung dan juga sebagai ガイド (Guide); x semua 研究室 (Lab) yang kene "buka kedai" bagi menjimatkan masa.. 


Terdapat 2 sesi pada hari nih; sesi pagi bermula jam 1100 manakala sesi petang pula bermula jam 1400.. Faktor salji pada belah pagi dan konon nyer berlaku kemalangan jalan raya di lebuhraya Meishin membuatkan bilangan pengunjung yang hadir pada Open Campus kali nih agak berkurangan.. Bilangan pengunjung yang hadir pada belah pagi ± 10 orang manakala belah petang pula cuma 2 orang jer! Memang 楽 (Rilex) giler aa Open Campus kali nih~ (笑) Beruntungnya menjadi TA selain dapat gaji ialah setiap sorang dapat kupon makan berharga 500円 ntk digunakan pada hari tuh jer ;)  

Friday, 25 March 2011

宗教 (Religion)

Introduction to Islam by Prof. Nakamura Kojiro

Apa yang membuatkan ak menyesal x prepare siap2 sebelum menjejakkan kaki di Jpon ialah pemahaman Islam dalam bahasa Jpon.. Jangankan dalam bahasa Jpon jer, kadang2 dalam bahasa ibunda sendiri pon masih banyak yang belum dipelopori hanya kerana di Malaysia, x pernah ditanya tentang agama sendiri kecuali di dewan peperiksaan jer.. Tp bila di negara orang, bila sebut sahaja Islam, pelbagai2 reaksi positif dan negatif tergambar pada raut wajah yang menanya..

Bila sentuh isu 宗教 nih, Jpon agak sensitif dek tragedi subway yang mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan hampir 5000 orang pada tahun 1995.. Aum Shinrikyo yang menjadi dalang disebalik agenda durjana tuh dikatakan masih wujud sehingga kini.. Sebab tuh sampai ada yang taboo bila disebut tentang agama meskipun ada jer agama2 baru yang muncul di Jpon (Kebanyakannye meminta penganut mereka membayar harga yang tinggi ntk turut-serta agama tuh~)

Senang citer agama asal di Jpon ialah 神道 (Shinto) iaitu agama yang mereka anuti sejak dilahirkan, namun ketika berkahwin, mereka tetiba jadi キリスト (Christian).. Menariknya bila meninggal, mereka dikebumikan mengikut cara berbeza-beza; umumnya ikut cara 仏教 (Buddhism).. Kefahaman mereka tentang agama terlalu jahil sehinggakan sebahagian mereka berani mengatakan semua agama yang bertuhankan satu yakni 唯一神教 (Monotheism) adalah sama! Betulke sama? Bila suruh terang x tau plak.. -_-"

Tabik spring akan sikap masyarakat Jpon terhadap ilmu kerana 好奇心 (Curiosity) mereka terhadap sesuatu memang kuat.. Pengaruh TV sedikit sebanyak menyumbang kepada kejatuhan martabat institusi agama terutamanya Islam sejak beberapa tahun yang lepas.. Jadi xleh nk salahkan 100% pada masyarakat Jpon apabila mereka melabel orang Islam tuh sukakan keganasan kerana apa yg mereka lihat pada TV memang begitu.. Bagaimana nk ubah stereotaip tersebut? Di situlah perlunya KOMUNIKASI~

Macam mana nk yakinkan orang lain yang agama yg kita anuti itu benar jika kita sendiri x yakin dengan jawapan yang diberi apabila disoal.. Ada kalanye dengan hanya menunjuk info ttg Islam dalam bahasa Jpon kepada mereka menggunakan iPhone memang xde masalah, tp sedikit sebanyak kita sendiri kene melatih diri ntk mudah berkomunikasi ttg Islam menggunakan bahasa mereka.. Sekadar membetulkan mentaliti mereka bahawa apa yg mereka lihat di TV ttg Islam itu adalam 100% lari daripada ajaran Islam yg dianuti majoriti penganutnya..

皆、がんばろうぜ!

p/s Entri nih ditulis sebagai reaksi apabila member lab cakap persepsi dia terhadap Islam berubah selepas berjumpa dengan ak..  

Thursday, 24 March 2011

Comedy Central Roast


Roast merupakan salah sebuah rancangan Comedy Central (CC) yang agak unik kerana mengaplikasikan 100% kebebasan bersuara di US ntk memaki orang.. Mula disiarkan sejak tahun 2003, sehingga kini rancangan nih sudah memasuki episod ke 11 kerana boleh kata setahun sekali jer rancangan nih disiarkan.. Di kendalikan oleh seorang hos, setiap episod, seseorang akan dipanggil ntk duduk diatas pentas dan bersedia menerima kata-kata keji daripada beberapa tetamu undangan~ Yang menariknya, tetamu tersebut akan maki sesama mereka ketika melakukan ucapan sebelum memaki orang "yang diraikan"~ Di akhir rancangan, orang yang diraikan tersebut akan diberi peluang ntk "membalas dendam" dengan memaki tetamu2 undangan.. Mungkin rancangan lawak seperti nih wajar dilaksanakan di negara kita kerana ahli2 politik gemar memilih jalan kotor daripada berdepan dengan rakyat -_-" Berikut merupakan sedutan video Roast yang ak minat~ 

Wednesday, 23 March 2011

Visual Impak Nuklear

Berikut merupakan beberapa gambar yang ak sempat tangkap daripada rancangan 学べるニュース (News you can learn) yang disiarkan selama 3 jam bermula jam 1900 har nih.. Rancangan ini dikendalikan oleh 池上亮 (Ikegami Akira) yang terkenal kerana bijak menyusun bahasa bagi memudahkan orang ramai memahami sesuatu perkara atau situasi.. Setakat nih, Jpon masih berada dalam keadaan membimbangkan apabila kesan radiasi telah menyebabkan air di sekitar Tokyo tidak selamat untuk bayi; namun nasihat pakar adalah air masih selamat diminum bayi pada jumlah yang kecil sekiranya gagal mendapatkan air botol yg kebanyakan nya sudah habis dijual~  

Keadaan sebelum gempa bumi 

Apa yang membuatkan gempa bumi berlaku pada 11hb..

Setakat nih lebih 260k orang yang dihimpunkan dalam tempat perlindungan di 16 buah negeri..

Masalah2 yang dihadapi skang ialah mengenal pasti mayat, pengebumian mayat, masalah kecurian yang semakin meningkat, dan masalah pelupusan sampah..

Kerajaan akan membantu menanggung kos makanan, perubatan. dll..

Reaktor nuklear yang dikendalikan oleh TEPCO

Jarak antara Fukushima Daiichi ngan Daini

Perbandingan antara saiz atom, epal, dan bumi

Nukleus

臨界 (Tindak balas kimia yang berkembang berkadar dengan masa)

Perbezaan antara Uran-238 dengan Uran-235 adalah dari segi bilangan 中性子 (Neutron)

Uran-238 lebih banyak digunakan..

Bagaimana gas uran dihasilkan daripada kristal yg kemudiannya dihancurkan menjadi serbuk..

Perbezaan ketara antara reaktor nuklear dengan bom atom iaitu dari segi ウラン濃縮 (Enriched uranium)

Bagaimana reaktor nuklear di Fukushima menghasilkan tenaga elektrik

Fungsi 制御棒 (Control rod) dalam tindak balas nuklear

54 reaktor nuklear di Jpon semuanya berdekatan dengan laut.. Sumber air penting  bagi proses penyejukan reaktor tersebut.. Kebanyakan reaktor di Eropah terletak berdekatan dengan sungai yang besar, namun oleh kerana Jpon tidak memiliki sungai yang besar, Jpon tiada pilihan ntk membina reaktor berhampiran laut..

Terdapat 432 reaktor nuklear di 30 buah negara..

Merit penggunaan reaktor nuklear adalah dapat menghasilkan tenaga yang besar dengan menggunakan sumber  yg kecil, tidak membebaskan CO2, dan bahan api boleh diguna-pakai banyak kali..

Demerit adalah bahaya sinaran pengion, penghasilan lebihan bahan bakar nuklear..

3 langkah keselamatan pada reaktor nuklear adalah matikan, sejukkan, dan tutup   

Imej kasar reaktor nuklear Fukushima yang bersaiz lebih kurang 34m

Imej kasar seorang manusia..

3 unit apabila membincangkan pasal tenaga nuklear adalah Becquerel, Gray, dan Sievert

Senang citer Becquerel adalah jumlah yang terhasil daripada bahan radioaktif, Gray pula adalah jumlah sinaran pengion yang diserap oleh bahan, manakala Sievert pula suatu kadar kesan kepada manusia..  

Jenis-jenis sinaran pengion dan sifatnya.. 

Bentuk monitoring post (mengambil bacaan radiasi) yang terdapat di sekitar tempat di Jpon..

Tangga yang menunjukkan tahap bahaya reaktor nuklear.. Level 7 adalah Chernobyl dan ketika nih Fukushima berada di level 5

Bilangan sinaran pengion dalam unit mSv.. 

Semakin kita menjauhi sumber sinaran pengion tuh, makin kurang sinaran pengion tuh akan kene kita.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC