Followers

Thursday 1 April 2010

New Home

23 Mac - KUSATSU

Alhamdulillah, ak kini telah selamat menduduki rumah baru di 野路町 (Noji Town) yang terletak tengah2 antara universiti dan stesen keretapi terdekat.. Proses pemindahan barang daripada umah lama ke umah baru mengambil masa 2 hari memandangkan aktiviti pemindahan barang melibatkan 3 umah sekaligus dan kereta yang digunakan hanyalah Honda Odessey kepunyaan penghulu Shiga.. Baru jer pindah umah tapi dapat duduk skejap jer minggu lepas sebab terpaksa bergegas ke 大阪 (Osaka) dan 東京 (Tokyo) selama beberapa hari benar2 memeritkan~ Kredit buat para 後輩 (junior) yang berjasa dalam memberikan kerjasama yang penuh semasa proses pemindahan barang dijalankan.. Umah baru ak nih ditingkat 2, umah lan pali plak kt tingkat 3, dan barang tumpangan Adib plak di tingkat 4; dan semuanyer berlainan tempat= Semalam (31hb) baru dapat selesai mengemaskan bilik dan memasang mesin basuh.. Rumit betul bila semua perkara terpaksa dilakukan seorang diri tapi bila difikirkan cabaran yang bakal mendatang, perkara kecil sebegini seharusnye tidak dianggap sebagai beban tapi sebagai persediaan~ Kedatangan peti sejuk 2nd hand yang ak beli melalui Yahoo Auction pada hari nih (1hb April) sekaligus melengkapkan segala mesin2 penting dalam sesebuah rumah.. Bermula esok, ak dah boleh mula pesan daging dan ayam melalui baticrom; sakit gak dok makan maggi jer sebelum nih -_-"


Sewa umah bulanan ialah sekitar 3.7万円 (RM 1290) dan ak menjangkakan jumlah kos yang perlu ak sediakan setiap bulan termasuk bil2 lain ialah dalam lingkungan 5~6万円; mujur duit biasiswa bagi pelajar sarjana lebih tinggi daripada pelajar sarjana muda, jadi ak yakin ak masih boleh menyimpan sedikit wang untuk kegunaan masa hadapan.. Umah baru yang dibawah kendalian 大学生協 (University Co-op) ni menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranye kemudahan internet dan peti simpanan sementara sekiranye posmen dtg waktu ak xde kt umah.. Ak sangkakan kelajuan internet setanding dengan kelajuan kt umah lama (59M), tp ternyata meleset apabila perbezaan nyer ialah 10x ganda lembap! Dengan perasaan yang x puas hati, ak terus report kt pihak berkenaan tentang kelajuan internet; maklum-balas yang diterima ialah diorang akan cuba menukar jenis modem sekarang (PnP) kepada model VDSL bagi setiap umah tapi 工事 (construction work) hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Jun~ siap suruh ak senyap2 jangan bagitau penduduk lain memang mencurigakan sebab kalo boleh ak nk mintak kebenaran tukar provider terus memandangkan kempen tengah berjalan sampai hujung bulan 5 nih..


Ternyata ada pro dan kontra bila nk pilih umah baru; umah baru ak skang nih dekat ngan landasan 新幹線 (bullet train) so kerap gak dengar bunyi 新幹線 lalu.. -_-" コンビに (convenience store), スーパー (supermarket), dan ガスト (Restoran Gasto) dekat giler \(^o^)/ Kalo dulu nak jalan kaki daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) ke umah lama mengambil masa 1 jam lebih, skang nih seronok jer jalan kaki dan tempoh waktu hanye dalam lingkungan 15 minit.. Sementara menunggu peti sejuk tiba petang tadi, teringin nak layan PS3 setelah sekian lama x pasang sejak balik semula ke Jpon, terkejut gile bila pasang2 xde keluar gambar.. try pasang kt monitor dengan menggunakan kabel HDMI tp tetap x menunjukkan apa2 perubahan.. sekali lagi pasang kt tv dengan menggunakan kabel asal yang dibekalkan sewaktu beli PS3 tapi tetap x menunjukkan apa2 hasil.. cuak gak bila usha laman web Sony ntk harga nk baiki PS3 kalo ada masalah gambar x kluar nih (melebihi 1万円)!! Mula timbul perasaan menyesal sebab bawa balik PS3 ke Malaysia dulu~ Last resort ak ialah membawa konsol PS3 ke umah Epul (後輩) ntk cuba pasang guna tv dia.. ghuper2 nyer perkara nih berlaku hanya kerana ak telah layan PS3 guna kabel HDMI sewaktu di Malaysia dulu.. Kt Jpon, ak guna kabel D2 jadi konsol PS3 perlu di reset seketika~ Mujur Epul dah penah kene kt PS3 dia sebelom nih dan dia dapat info nih melalui buku manual.. huhu, pengajaran yang amat berguna!


Untuk aktiviti memasak di dalam umah, berbeza ngan umah lan pali yang disediakan mesin IH (Induction Heater), umah ak hanya dilengkapi hot plate! Survey yang ak terima daripada 先輩2 (senior) yang dah lama dok 一人暮らし (living alone) bagitau better jangan guna hot plate sebab makan banyak tenaga elektrik di samping amik masa lebih waktu nk memasak.. dok usya harga mesin IH kat internet dan terperasan harga yang agak berpatutan di internet, cume tunggu masa jer nak sambar mesin tuh.. tp sorang lagi member sarankan beli dapur gas jer sebab kalo guna IH pon tetap ambil masa gak nk masak.. konon nyer dapur gas kecik nih agak 'saving' sket membuatkan ak akur dengan pendapat diorang.. Inilah umah baru ak~

3 comments:

  1. Living alone.Nampak mmg sgt mencabar.Kena cari orang rumah cpat ni bro. hehe

    ReplyDelete
  2. terkenang zaman student dulu...
    ganbatte!!!!

    super 10x sempai

    apsa kadir
    http://www.facebook.com/apsa.kadir

    ReplyDelete
  3. @ munsyi : hoho.. cadangan anda akan diusulkan waktu mesyuarat keluarga kelak.. (lol)

    @ weezerie : pergh.. super sempai! camne leh sesat kt blog hamba nih?? ape2 pon thanx 4 da wish..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC