Followers

Wednesday 21 April 2010

Majlis Ramah Mesra PM

20 April - TOKYO


Sempena lawatan rasmi PM ke Jpon sejak 18hb yang lalu, YPM telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia ntk menganjurkan Majlis Ramah Mesra PM bersama pelajar Malaysia di Jpon bertempat di Hotel New Otani, Tokyo. Sehubungan dengan itu, semua pelajar tajaan YPM di WAJIB kan hadir pada majlis tersebut, dengan elaun pengangkutan dan harian turut disediakan~ Sejak ak upload surat rasmi yang ak terima sekitar awal April tempoh hari, ramai pelajar JAD yang membincangkan kaedah pengangkutan yang sesuai memandangkan elaun pengangkutan akan disediakan; kos anggaran ntk pergi balik menggunakan 新幹線 (Bullet Train) ntk satu kepala budak RITS ialah sejumlah 28,000円..

Satu jumlah yang agak besar dan awal nyer cam x percaya jer YPM nk tanggung semua pelajar khusus nyer yang datang dari luar kawasan 関東 (Kanto).. Sebelum bertolak, ada khabar angin pihak YPM inginkan setiap universiti menghantar gambar terkini para pelajar secara rasmi dengan mengenakan kot.. Pelajar2 RITS dengan semangat nyer berkumpul pada hari Sabtu 17hb ntk bergambar ramai2; 2 pelajar x hadir membuatkan hanye 20 pelajar jer yang bergambar di hadapan landmark RITS kampus biwako-kusatsu nih.. Gambar ni turut dijadualkan ntk dihantar kepada pihak akhbar sempena salam perantaun sekitar Ogos nanti..



Awal nyer ak plan nk bergerak 1 rombongan pelajar 関西 (Kansai) menuju ke Tokyo; tapi bila dapat tau yang pendaftaran bermula pkl 5, dan majlis hanya bermula sekitar jam 1900 membuatkan ak membatalkan hasrat ntk bergerak awal bersama2 tapi memilih ntk bergerak keseorangan.. Asal nyer nk g 大学 (university) ntk makan tengahari dan print out 学割書 (Discount card) ntk naik 新幹線 tp hujan yang turun menambahkan kemalasan dalam diri ntk keluar umah membuatkan ak masak sendiri jer tengahari tuh.. Plan nk bertolak jam 1430 tapi sikap alpa memakan diri apabila sakit perut datang tanpa diundang..

Dengan hanya berbekalkan payung dan bahan bacaan 105円, ak bergerak dari umah menuju ke 南草津 (Stesen umah) sekitar jam 1500~ Memandangkan x print out 学割書, ak beli tiket 新幹線 dekat kedai tiket Ferie berharga 12,280円; dapat diskaun sebanyak 500円 jer.. Sampai jer di 京都駅 (Station Kyoto), punyalah gelabah giler nak amik train 新幹線 paling awal berlepas sampai x perasan ternaik ひかり (Hikari); train yang stop kt 5,6 perhentian sebelum tiba di Tokyo.. Disebabkan tengah mengejar masa, ak berhenti di 名古屋駅 (Station Nagoya) ntk tukar train のぞみ (Nozomi) yang hanya buat 3 perhentian jer.. Mujur 新幹線 berlepas setiap 10 minit secara amnye; ak naik のぞみ sekitar jam 1640 dan tiba di 品川駅 (Station Shinagawa) sekitar jam 1815..



Daripada 品川 kene naik JR menuju 有楽町 sebelom tukar kepada subway menuju ke 永田町.. Hairan giler kenapa Yahoo 路線情報 mencadangkan ntk berhenti di 品川 sedangkan kalo berhenti kt 東京 boleh terus naik subway menuju ke 永田町 -_-" Ak tiba di 永田町 sekitar jam 1850, kalo ikutkan access map dalam laman web hotel, perjalanan sepatut nyer mengambil masa sebanyak 3 minit jer daripada 永田町, tapi sebab salah keluar 出口 (exit) yang sepatut nyer membuatkan ak tercari2 Hotel New Otani dan akhir nyer selamat tiba sekitar jam 1905!

Dalam perjalanan waktu hari tengah hujan, ak mintak tolong 後輩 (junior) ntk carikan ak tempat duduk supaya leh duduk dengan orang yang kita kenal, tp 後輩 cakap tempat duduk cam dah xde! Konon nyer ada masalah berkaitan tempat duduk pada awal hari membuatkan tempat duduk berterabur~ Alahmdulillah, waktu sesi pendaftaran, tempat duduk ak telah di tetapkan, siap kene duduk ngan VIP tuh di bahagian meja depan~ Waktu claim duit tambang kt AsiaSEED, terkejut gak diorang terus kasi sampul berisi 31,000円 (Rm 1062) tanpa perlu menunjukkan bukti resit dsb.. Padanla ade member yang saving giler sampai sanggup pergi naik bas sbb elaun pengangkutan dan harian dah memang fix ntk setiap universiti..


Ketibaan PM lewat sedikit daripada yang dijadualkan benar2 melegakan hati memandangkan ak antara yang terlewat hadir :p Majlis bermula sekitar jam 1945 melalui nyanyian lagu Negaraku dan 1Malaysia.. Setelah itu, sedikit ucapan daripada Duta Malaysia ke Jpon, dan Pengerusi YPM ntk memberi laluan kepada ucapan PM yang agak panjang memandangkan beliau ingin berlepas ke Malaysia pada malam nih jugak ntk menyelesaikan masalah politik jadi xde sesi soal jawab bersama pelajar.. Majlis Ramah Mesra kali nih konon nyer majlis paling meriah pernah diadakan dengan jumlah tetamu yang hadir melebihi 300 orang dengan majoriti nyer pelajar2 yang datang dari seluruh pelosok negara Jpon~ Antara isi ucapan PM yang boleh dikongsi pada entri kali nih ialah 3 point penting mengapa kerajaan menghantar pelajar ke luar negara :-
  1. Menguasai ilmu Sains dan Teknologi, dan Matematik
  2. Membangunkan personaliti diri pelajar ntk meningkatkan daya saing
  3. Values of Education - Observe nilai2 murni masyarakat sekeliling
Memandangkan lawatan rasmi beliau ke Jpon nih merupakan kali pertama selaku PM, beliau kagum dengan orang Jpon siap beli gelaran 'Precision Society' kerana terlalu mementingkan masa~ Beliau juga sempat memberikan jawapan terhadap buah mulut orang dengan menekankan "Malaysia tidak akan melutut pada mana2 negara!" Makanan yang disediakan pada malam nih lebih kepada alas perut jer~ Tabik spring pada member2 yang diberikan perhormatan ntk duduk satu meja makan dengan PM! Sempat bergambar bersama PM meskipun tukang amik gambar tergesa2 sangat sampai main tekan jer punat tanpa adjust angle terbaek -_-"

Sedih gak x dapat 挨拶 (greeting) ngan semua tetamu yang hadir yang majoriti nyer rakan2 seperjuangan~ Kalo ikut kan hati, nak jer balik naik 新幹線 tapi malang nyer ade kelas pagi plak 21hb; memang x sempat nk balik naik 新幹線 pada 20hb so kene stay kt umah member dan bertolak lepas subuh 21hb kalo btol nak naik 新幹線~ Dahlah sampai lewat, tapi disebabkan ak ikut abang Amir balik naik kereta dia membuatkan ak terpaksa balik awal selepas PM ciow.. Bertolak sekitar jam 2300 dan selamat tiba di umah sekitar jam 0730! Sempat tido dalam 2,3 jam jer seblom bergegas ke 大学 ntk menghadiri kuliah~



p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini

4 comments:

  1. Aku bukan nak cakap apa.
    Duit byk dihabiskan utk panggil student dia.
    Agak kelakar juga.
    Kata Msia takde duit.

    ReplyDelete
  2. x minat politik so no comment~

    ReplyDelete
  3. hehe. aritu die datang uia,ramai gile bodyguard. lalu sebelah aku je xtegur aku..marah betul dgn die!! hehe

    ReplyDelete
  4. pasal bodyguard jangan cakap.. kt Jpon, SP (Special Police) sut hitam dok pandang jer tetamu waktu Najib tengah berucap.. macam drama la plak~ ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC