Followers

Saturday 2 June 2012

Brastel Remit


Mula diperkenalkan dengan servis Brastel Remit (BR) ketika menghadiri gathering JAGONG (link) beberapa hari yang lepas; BR menyediakan servis penghantaran wang ke luar negara dengan menggunakan mesin ATM atau internet banking.. Buat masa ini mereka sedang buat kempen 手数料 (Transfer fee) serendah 880円 (RM35) sehingga hujung bulan July.. Selama ini 手数料 paling murah ialah 2500円 oleh ゆうちょ銀行 (Yucho bank)~ Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menggunakan perkhidmatan BR:


1) Daftar sebagai ahli
Anda boleh mendaftar sebagai ahli melalui laman web BR (link) dan selepas itu pihak BR akan menghantar dokumen berisi customer ID, username, dan password sementara.. Anda juga dikehendaki menghantar salinan dokumen peribadi untuk membuktikan anda menetap di Jpon melalui email atau sewaktu posmen hadir menghantar dokumen ke rumah anda.. 

2) Buat permohonan untuk menghantar duit
Login ke dalam website BR menggunakan maklumat yang anda terima daripada pihak BR.. Pergi ke "Remittance request" untuk mengisi butir maklumat ke mana duit anda akan hantar dsb.. Selepas itu pihak BR akan menyediakan akaun khas untuk tujuan 送金 (Remit)~ Untuk makluman, pihak BR beroperasi menggunakan みずほ銀行 (Mizuho Bank)..  


3) Hantar duit ke no akaun yang telah diberi oleh pihak BR
Sebelum 送金, pastikan anda menggunakan "Simulator" di dalam laman web BR untuk rekod peribadi mengenai berapa banyak perlu anda masukkan ke dalam akaun yang diberi dan juga berapa banyak yang akan di ambil oleh bank Malaysia apabila duit itu tiba nanti ;p Untuk makluman, BR hanya proses 25万円 untuk 1 transaksi dan had 50万円 untuk transaksi dalam sehari.. 


4) Selesai
Selesai memasukkan duit ke dalam akaun yang diberi, anda perlu menunggu 1~3 hari bekerja bergantung kepada situasi sebelum semak samada duit dah selamat masuk dalam bank di Malaysia atau belum.. Bagi yang belum pernah 送金 menggunakan servis bank di Jpon, jangan terkejut bila tengok bank ambil hampir RM300++ daripada duit yang anda telah hantar (笑)

p/s Elok 送金 waktu matawang tengah naik.. Nasihat daripada 先輩 (Senior) supaya simpan duit dalam bank Malaysia bagi memudahkan urusan pembelian rumah dsb 

3 comments:

  1. asalam bro...
    nk tnya ckit..kalau pkai atm bank lain blh transfer dlm mizuho bank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam
      takde masalah bro..
      sebab nanti BR akan kasi akaun baru khusus untuk hantar duit ke luar negara..

      Delete
    2. ok bro..
      bnyak2 tma ksh..
      very helpfull information...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC