Followers

Monday, 18 June 2012

現場実習 (Site training)

7 June - UTSUNOMIYA

Dalam masa setahun 研修 (Training), kami akan ditempatkan ke 3 現場 (Site) berbeza dan menariknya setiap orang berpeluang untuk merasa hidup di レオパレス21 (Leopalace21) iaitu rumah sewa bagi mereka yang ditempatkan di 現場 (Site) di luar 神奈川県 (Kanagawa Pref)~ Untuk 現場実習 (Site training) pertama, ak ditempatkan di Honda R&D bertempat di 栃木県 (Tochigi Pref) untuk kerja 復興工事 (Reconstruction) memandangkan banyak kelengkapan yang rosak dek gempa bumi tahun lepas.. Bakal hidup selama hampir 2 bulan di 北関東 (North Kantou), wilayah yang belum pernah ak tiba sebelum ini.. 


Bagi mereka yang ditempatkan di 地方 (Countryside), kami diberi sehari suntuk untuk proses perpindahan manakala rakan-rakan lain pula sudah mula bergerak ke 現場 masing-masing sejak awal pagi.. Ak sudah menghantar 2 bagasi terlebih dahulu semalam dan dijangka sampai pada petang ini.. Bertolak dari 寮 (Hostel) sekitar jam 1030; naik 新幹線 (Bullet train) daripada 東京駅 (Tokyo Station) menuju ke 宇都宮駅 (Utsunomiya Station).. Pertama kali naik 新幹線 yang mempunyai 2 tingkat; malangnya 指定席 (Reserved seat) yang diberi oleh pihak syarikat menempatkan ak di tingkat 1 sebelah tingkap (笑)

Bentuk rumah

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam menggunakan 電車 (Train) biasa tapi 新幹線 hanya mengambil masa 1 jam dan ak selamat tiba di destinasi sekitar jam 1200.. 上司 (Superior) akan menjemput di 宇都宮駅 sekitar jam 1330 jadi ak ada masa untuk makan tengahari sambil usha sekitar 駅 (Station)~ Senang cerita, 宇都宮市 (Utsunomiya City) saling tak ubah macam 滋賀 (Shiga) tapi 草津市 (Kusatsu City) lagi "maju" (笑) Rezeki apabila terjumpa Saizeriya di hadapan 駅 membuatkan ak tidak perlu mencari restoran lain untuk mengisi perut tengahari itu.. Nak pusing banyak pun tak larat memandangkan ak bawa 3 beg pada ketika itu membuatkan ak hanya lepak di 駅 menunggu 上司.. 


Pertama kali diperkenalkan dengan 上司 yang mempunyai pengalaman bekerja selama 20 tahun.. Wajah beliau mirip 八重樫先生 (Yaegashi Sensei), salah seorang pensyarah JAD yang mengajar subjek 情報処理 (Programming) ketika di tahun 1 UniSEL.. Destinasi pertama ialah mengambil kunci di Leopalace Center sebelum maju ke rumah yang bakal ak duduki selama hampir 2 bulan.. Rumah yang diberi agak besar, lengkap dengan TV, internet fiber optic, mesin basuh, peti ais, air cond, dan microwave.. Selebihnya kena bawa sendiri! Terlupa membawa alat pemanas air (Camne nak masak Maggi?!) Selepas bagasi tiba, gerak ke supermarket yang mengambil masa 10 minit perjalanan dari rumah untuk membeli barangan keperluan seperti sabun basuh dsb.. Mujur コンビニ (Convenience store) terdekat hanya 3 minit daripada rumah~

p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC