Followers

Wednesday, 13 June 2012

Volunteer Work: Day 4

31 May - ONAGAWA


Aktiviti hari ini bermula dengan 女川町見学 (Onagawa City Tour) melihat suasana persekitaran Bandar Onagawa, salah satu bandar yang rosak teruk akibat tsunami tahun lepas.. 10% daripada bilangan penduduk bandar ini kehilangan nyawa dan kini hampir 40% berhijrah ke tempat lain~ Terkejut dengan himpunan sampah sarap dan kesan tinggalan tsunami yang berbukit-bukit sewaktu bas membawa kami melalui jalan-jalan di bandar tersebut.. Kononnya jumlah sampah sarap tersebut bersamaan dengan jumlah sampah sarap untuk 100 tahun! Proses pelupusan sampah buat masa ini dibantu oleh pusat perbandaran di Tokyo namun yang pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk bandar ini kembali kepada yang asal..


Selepas itu kami singgah untuk membuat lawatan di sebuah kilang memproses 蒲鉾 (Kamaboko), sejenis makanan (kuih) yang diperbuat daripada ikan.. Kilang ini merupakan yang terawal sekali 復興 (Revival) selepas tsunami, malah bilangan pekerja sekarang terdiri daripada penduduk bandar terbabit.. Menariknya separuh daripada 180 pekerja di situ merupakan pekerja baru.. Kilang ini juga memberikan bantuan dengan menyedekahkan hasil 蒲鉾 untuk diagihkan kepada mangsa tsunami di 避難所 (Refuge)~ Selepas tamat lawatan, kami diberi juadah berupa 蒲鉾 panas~ Tertarik dengan slogan bandar ini yang menggunakan loghat mereka "がんばっぺ (Ganbappe)" yang bermaksud "Usaha"


Destinasi berikutnya ialah 北上町 (Kitakami City); juga salah satu tempat yang teruk dilanda tsunami~ Kami disambut oleh wakil NPO yang menceritakan saat-saat dia menyelamatkan keluarga dengan menaiki kereta menuju ke kawasan tanah tinggi sewaktu amaran tsunami berkumandang.. Sedih bila dengar dia cerita yang dia hanya dapat melihat jiran-jiran yang kebanyakannya golongan tua berteriak ketika arus tsunami menghempas rumah mereka~ Wakil NGO ini juga menunjukkan stor yang diubah suai menjadi rumah sementara kerana rumah dia turut dibawa arus tsunami pada tahun lepas.. Selesai makan tengahari, kami dibahagi kepada 2 kumpulan dan kumpulan ak dikehendaki membersihkan sebuah padang luas yang penuh dengan konkrit, sampah sarap yang dibawa tsunami..


Aktiviti ini paling sukar sepanjang ボランティア活動 (Volunteer work) kami sejak hari pertama kerana proses membersihkan kali ini memerlukan kami menggali batu konkrit, kemudian mengumpulkannya di tepi jalan.. Pelbagai jenis sampah yang ak jumpa antaranya kad keretapi, alat mengawal air panas dalam bilik air, kereta mainan dll.. Proses pembersihan berlangsung sehingga jam 1530; agak terkejut apabila diberitahu pekerjaan wakil NGO itu ialah pereka software 18SX (笑) Malam ini kami tidur di hotel sekitar 南三陸 (Minamisanriku)~ Memandangkan malam ini merupakan malam terakhir tidur di hotel, majlis makan malam juga agak panjang berbanding biasa dengan persembahan karaoke oleh wakil 研修生 (Trainee) dan juga 上司 (Superior) setelah "dipujuk" oleh kami ;p Malam itu duduk bersembang dengan 上司 dan member lain sehingga jam 0200 o_0

Menu hari terakhir paling sedikit (笑)

p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC