Followers

Monday 31 January 2011

PlayStation Move


Sejak mencuba kali pertama ketika Tokyo Game Show tahun lepas, ak dah nekad giler ntk angkat PS Move~ Harga yang agak mahal waktu dia keluar memaksa ak menunggu lama sedikit kerana ak memang menunggu harga value pack beserta dengan game.. Hampir setiap hari kot ak dok usha harga menerusi kakaku.com sehinggalah harga yang tertera di Amazon menunjukkan potongan 20% daripada harga asal, ak terus menekan butang "Buy" serta-merta! Sports Champions value pack pada harga 6355円 walaupon agak mahal namun bagi ak bersesuaian dengan masa yang ak tunggu.. Terkejut gak waktu nk pasang PlayStation Eye, dia xde kasi hook ke ape, jadi sukar nak pastikan kamera tuh stabil di atas TV.. Buat sementara waktu, ak hanya menggunakan alas plastik jer supaya x jatuh.. Puas hati main Sports Champions walaupon agak letih menggerakkan otot.. Lepas nih nk angkat 肉弾 (NIKUDAN) plak ;) Tapi sebelum tuh kene kumpul duit ntk beli controller lagi satu supaya leh main ngan member~ ;)

2011 AFC Asian Cup

7~29 Januari - QATAR


Bola sepak piala Asia baru sahaja melabuh tirai pada hari kelmarin dengan menyaksikan Jpon berjaya menewaskan Australia 1-0 menerusi jaringan volley pada masa tambahan oleh pemain gantian.. Kemenangan Jpon telah membawa rekod baru apabila menjadi negara terbanyak memenangi piala tersebut iaitu sebanyak 4x.. K. Honda turut dipilih sebagai MVP kejohanan manakala pemain daripada Korea Selatan, Koo Ja-Cheol berjaya memenangi kasut emas apabila mengumpul jaringan tertinggi sebanyak 5 gol sepanjang kejohanan.. Qatar sebagai negara penganjur tewas kepada Jpon pada saingan suku akhir~ Lagu tema ntk kejohanan kali nih dinyanyikan oleh Jay Sean berjudul "Yalla Asia".. Entri kali nih akan menyentuh detik2 kejayaan Jpon daripada awal perlawanan kepada saingan akhir... Jpon berada di dalam kumpulan B bersama Jordan, Syria, dan Arab Saudi..

Jpon 1 - 1 Jordan
Perlawanan pertama menyaksikan Jpon seri 1-1 dengan Jordan meskipun Jpon dilihat menguasai perlawanan.. Gol pada separuh masa pertama; beberapa minit sebelum masa tamat menyaksikan Jordan mendahului hasil jaringan Abdel Fattah~ X boleh blah bila melihat iklan yang mana pengulas dok seronok menaik-naikkan nama Kagawa selaku orang yang perlu menjaringkan gol dalam perlawanan.. Gol mata penyamaan Jpon hadir pada masa kecederaan hasil jaringan pemain pertahanan menerusi tandukan pada sepakan sudut.. Ternyata Kagawa gagal menyerlah pada pusingan pertama~

Syria 1 - 2 Jpon
Jpon bermula garang pada perlawanan ke-2 apabila mendahului perlawanan menerusi jaringan daripada kapten pasukan pada separuh masa pertama namun segala2 nyer berubah apabila keeper Jpon dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan pemain lawan.. Memang lawak giler dengar suara pengulas yang seolah2 x dpt mempercayai keputusan pengadil~ Sepakan penalti oleh pasukan Syria berjaya menyamakan kedudukan namun nasib menyebelahi Jpon apabila mereka juga turut mendapat hadiah sepakan penalti tidak lama selepas tuh apabila Okazaki dijatuhkan.. Honda dengan tenang menyumbat masuk gol sekaligus menamatkan kemaraan Syria..

Saudi Arabia 0 - 5 Jpon
 Permainan paling bosan kot meskipun Jpon pesta gol dengan Okazaki mendapat hatrik pertama dalam persaingan antarabangsa.. Saudi Arabia yang tewas dalam dua perlawanan sebelumnya ternyata gagal memberikan saingan kepada pasukan Jpon.. Paling menyirap dengar pengulas ketika Jpon sedang mendahului 0-3; waktu tuh permainan Jpon berentak perlahan, namun pengulas cakap Jpon sengaja main camtuh sebab x nak malukan Arab Saudi seperti yang dibuat oleh Brazil pada saingan World Cup 2002.. Hina siot! Last2 bantai 5-0 gak.. -_-" Jpon melangkah ke pusingan suku akhir dengan menduduki tangga teratas dalam saingan kumpulan..

Jpon 3 - 2 Qatar
Perlawanan saingan suku akhir agak menarik kerana Jpon bertemu dengan negara tuan umah dan penyokong yang hadir majoriti penyokong Qatar.. Perlawanan agak kontroversi apabila tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol padahal offside namun Jpon berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum rehat separuh masa pertama.. Mimpi ngeri Jpon datang lagi apabila pemain pertahanan dilayangkan kad merah dan Jpon ketinggalan buat kali kedua apabila tuan rumah menjaringkan gol yang begitu cantik menerusi sepakan percuma.. Perlawanan menentang Qatar turut menyaksikan kehebatan Kagawa mengemudi jentera serangan Jpon yang akhirnya membuahkan hasil apabila Jpon menyamakan kedudukan buat kali kedua beberapa minit selepas tuh.. Kagawa sepatutnya menjaringkan hatrik namun gol ke-3 Jpon datang daripada pemain pertahanan pada minit2 terakhir perlawanan..

Jpon 2* - 2 South Korea
Perlawanan ala final antara 2 negara jiran yang sama hebat sememangnye suatu perlawanan yang xleh dilepaskan.. Korea selatan berjaya mendahului perlawanan menerusi sepakan penalti namun Jpon kembali mengejar apabila pemain penyerang Maeda berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama.. Perlawanan maju kepada masa tambahan dan Jpon mengejutkan Korea apabila mendapat penalti namun di saat2 akhir Korea pula mengejutkan Jpon apabila menjaringkan gol penyamaan yang membawa kepada sepakan penentuan penalti.. Jpon menang 3 - 0 apabila kesemua pemain Korea Selatan gagal mendapatkan gol.. 

Jpon 1- 0 Australia
Purata usia pemain Jpon adalah sekitar 25 tahun manakala purata usia pemain Australia dalam lingkungan 30 tahun.. Sebelum perlawanan lagi pengulas dah mengagak Jpon bakal menang atas perbezaan usia (笑).. Separuh masa pertama menyaksikan Jpon banyak bertahan apabila serangan bertubi-tubi oleh Australia berjaya dipatahkan oleh Kawashima.. Jurulatih Jpon menukar corak permainan Jpon buat pertama kali dengan membawa masuk pemain pertahanan dan memberi peluang kepada Nagatomo yang merupakan SB ntk bermain WF! Gol perlawanan tiba pada minit ke 109 hasil jaringan volley pemain gantian, Lee Tadanari hasil lambungan Nagatomo.. Australia cuba menyamakan kedudukan namun berjaya dikawal oleh benteng pertahanan Jpon.. 


Footnote
Penulis berasa pelik apabila menyaksikan pemain pasukan lain terutamanya pemain pertahanan kerap memarahi antara satu sama lain namun perkara yang sama agak sukar ntk dilihat berlaku di kalangan pemain Jpon.. Bila ditanya kepada member, konon nyer ni sume sebab hubungan senior-junior yang kuat di kalangan masyarakat Jpon.. Kebanyakan pemain pertahanan Jpon adalah pemain junior?! Penulis merasakan Nagatomo yang sepatutnye dianugerahkan MVP kerana persembahan dia lagi best daripada Honda~ Tabik spring kt penyokong Jpon yang berpakaian ala orang Arab; ternyata mereka pandai mengambil hati orang luar ;)

 

Friday 28 January 2011

食中毒 (Food poisoning)

23 Januari - KUSATSU

Malam selepas menikmati juadah lamb chop di kedai RAJU, ak mula rasa x sedap badan dengan menjangkakan diri demam; tp lepas makan ubat Panadol, siap leh seronok lagi layan bola malam tuh membuatkan ak yakin demam nih hanya demam biasa, esok mesti pulih nyer tapi ternyata sangkaan ak meleset bila perasaan yang begitu meloyakan memulakan pagi ak dengan muntah yang banyak! Terhuyung-hayang jalan menuju ke bilik air dan selepas keluar, badan terasa lemah giler membuatkan ak terlantar terus di atas katil dengan cuaca balik pada pagi tuh di bawah suhu 10℃.. Ak terus terbaring di atas katil; setiap kali minum air, terus muntah.. Petang sket call member minta jasa baik ntk datang ziarah sambil bawa air 100 plus kerana perkara yang sama pernah berlaku waktu kene denggi dulu.. Nasib baik hari hujung minggu, member x sibuk dengan urusan lab jadi dia x banyak bunyi waktu dalam telefon.. 


Ingatkan nk masak tapi ntah kenapa langsung xde tenaga dan xde selera kendatipun ntk menjamah biskut.. Sepanjang hari ak langsung x menjamah apa2 dan hanya terlantar di atas katil berselimut; pertama kali kot solat secara baring sebab x larat nk berdiri.. Member ada tanya samada nk g hospital ke x, tapi kudrat nk bangun pon tiada membuatkan ak terpaksa menolak.. Malam tuh buat pertama kali ak pasang 暖房 (Heater) aircond setelah dinasihati oleh mak angkat~ Waktu2 camnilah yang membuatkan keinginan ntk balik bekerja di Malaysia sahaja kerana sekurang2 nyer dekat dengan keluarga yang boleh tlg tengok2kan.. Kalo x pun, mungkin dah tiba masa ntk mencari teman hidup~ Hmm, ternyata waktu sakit banyak mengajar manusia erti hidup.. Hanya tinggal setahun lebih sahaja lagi sebelum ak meninggalkan alam pendidikan buat sementara, ya Allah berikanlah ak kekuatan ntk meneruskan perjuangan di negara matahari terbit nih~

p/s Pertama kali kot kene demam seteruk nih di Jpon.. Waktu sakit memang sadis bila duduk sorang, kalo dulu sekurang2 nyer member leh tolong masakkan bubur ke ape.. ;)

Thursday 27 January 2011

Basmati

Kalo di Malaysia, beras basmati akan digunakan dalam majlis besar2 kerana harga yang mahal dan berkualiti tinggi.. Kelazatan apabila dijadikan nasi beriani memang mengiurkan~ Beras basmati nih datang daripada India dan Pakistan nih konon nyer mempunyai penghasilan yang rendah tetapi permintaan yang tinggi membuatkan harganya tinggi di pasaran dunia termasuk Jpon~ Sepanjang 2 tahun pertama di Jpon, memang x pernah beli pon beras basmati nih walaupon ada terdetik nk cuba.. Segala2 nyer berubah bila lepak umah member di 関東 (Kanto) beberapa bulan yang lepas di mana setiap hari diorang makan menggunakan beras basmati jer! Mungkin sebab terlalu kerap makan beras Jpon membuatkan ak nekad ntk membeli 10kg beras basmati pada harga melebihi 5千円 (RM 185); padahal harga yang sama boleh beli 2x ganda beras Jpon gred rendah.. 

Mantap giler beras siap diletakkan dalam beg kain tuh~

Beza dengan beras Jpon yang mempunyai kanji yang tinggi, beras basmati memerlukan air yang banyak ketika nk masak.. Yang best nyer waktu nasi tengah masak, keharuman asap yang keluar dari mesin memenuhi ruang bilik ;) Kalo beras Jpon, tinggalkan lama sket dalam periuk nasi, warna dia ubah kepada warna coklat dan nasi menjadi keras.. Kompem semua beras jadi camtu bila tinggal lama dalam periuk nasi, tp ntk beras basmati, dia amik masa lama sket ntk jadi camtuh~ Terkejut gak bila mendapati khasiat basmati dengan beras biasa x banyak beza pon mengikut link nih~ ".. Mengenai khasiat basmati, Shamsudin berkata, ia tidak banyak berbeza dengan beras biasa kerana kandungan kanji, kalsium, protein, serat, karbohidrat dan lemak hampir sama dengan beras biasa.".. Hmm, mungkin xleh istiqamah sangat makan beras basmati sebab ekonomi, lepas beras nih abis nk angkat beras thai semula la ;) 

p/s x kisah nasi ape yang dimakan, kalo x di makan dengan kicap tetap rasa kureeennggg~ argh, apsal la kicap manis Tamin leh abis stok kt baticrom nih (-.-")     

Wednesday 26 January 2011

関ペ (Kansai Paint)

20 Januari - OSAKA

Biasanya antara bahagian paling sukar skali waktu 就職活動 (Job hunting) ialah mendapatkan tempat dalam seminar kerana kebanyakan syarikat akan memilih calon yang hadir seminar2 yg dikendalikannya.. Waktu pemberitahuan mengenai seminar pon perlu diambil perhatian penting buat calon2 sebab tempat yang terhad dan persaingan yg sengit di kalangan pelajar.. Paling cuak bila dengar ada seminar yang mengambil masa x sampai 10 minit ntk 満席 (Full house) selepas dibuka penyertaan.. Waktu2 camni memang waktu kecemasan bagi para calon yg ingin mencari pekerjaan selepas graduasi pada Mac 2012~ Selepas menghadiri seminar, calon akan sibuk dengan pengisian エントリシート (Entry Sheet @ ES) yang berpuluh2 bergantung kepada jumlah syarikat yg dipohon dsb.. Seminar sedikit sebanyak dapat membantu ketika menulis ES dengan lebih baik..


Rezeki datang tanpa diduga apabila email yang dihantar bertanyakan cara nk turut-serta seminar penerangan syarikat tersebut dibalas dengan berita baik apabila ada kerusi kosong ntk diisi iaitu 2 hari selepas email ak hantar.. Mujur 本社 (Head Office) syarikat nih dekat area Osaka jer, kalo tempat lain pasti leceh bila diberitahu secara tetiba.. Seminar bermula pada jam 1400; selamat ak dah planning baik nyer ntk bergerak awal dari umah kerana masa perjalanan lebih kurang 1 jam setengah dengan menggunakan 電車 (Train) dari 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) menuju ke 淀屋橋駅 (Yodoyabashi Station).. Keluar jer dari stesen, mencanak gak nk mencari syarikat nih sebab x mau membazir masa; waktu2 camnih la bersyukur giler ada iPhone sebab leh GPS~ Jalan kaki x sampai 6 minit, ak tiba di 本社 lantas melapor diri.. 


Memandangkan nih merupakan seminar pertama ak turut-serta, kagum gak dengan suasana ala2 tengah menghadapi peperiksaan dengan semua yang hadir berpakaian segak dengan sut hitam dan duduk bersiaga menunggu waktu bermulanya seminar.. Awalnya kitorang dipersembahkan dengan tayangan video mengenai warna dan alam semulajadi dengan 関ペ cube mengutarakan perlunya memberi balik apa yg telah diterima daripada alam semulajadi~ Video berdurasi hampir 20 minit tuh kebanyakannya dalam 英語 (English) tp ada 字幕 (Subtitle) ;) Sesi seterusnya diteruskan dengan penerangan daripada salah seorang pekerja 関ペ tentang tugas dia, jadual harian, camne dia masuk 関ペ dsb.. Memandangkan pekerja tuh aliran kimia, kecewa gak sebab xde penerangan tentang aliran teknikal meskipun dah diberikan siap2 beberapa maklumat mengenai nyer-_-"


Seminar tamat sekitar jam 1545; dah jadi adat Jpon pasti ada borang survey ntk diisi sebelum meninggalkan dewan.. Sebelum pulang, ak sempat meminta kepastian tentang 特別枠 (Special frame) ntk 留学生 (Foreign Student) konon nyer selepas kerja di Jpon selama 3~5 tahun, akan di hantar pulang ntk berkhidmat dengan 関ペ di negara asal! Pelik gak x nampak kelibat 留学生 lain yg dtg seminar kali nih; nampaknya kene pikir banyak lagi pasal 関ペ nih sebelum membuat keputusan.. Waktu nk meninggalkan banngunan, tetiba dapat panggilan yg memaklumkan pemohonan ak ntk wat internship pada awal Mac nih telah berjaya! Huhu, orang lain tengah sibuk dengan 就職活動, ak plak buat internship (笑) Nak suka ke x berita tuh lain citer, yg penting pengalaman yg bakal diperoleh ;) 

Thursday 20 January 2011

Mumford & Sons


Mumford & Sons merupakan sebuah folk rock bank yang terdiri daripada 4 orang; Marcus Mumford (vokal, gitar, drum, mandolin), Ben Lovett (vokal, keyboard, accordion, drum), Winston Marshall (vokal, banjo, dobro), dan Ted Dwane (vokal, string, bass, drum).. Band nih ditubuhkan pada Oktober 2007; kesemua anggota band nih mahir bermain pelbagai alat muzik yang jarang didengari dan kebijaksanaan mereka menggubah lagu yang unik berjaya menarik ramai peminat ntk mendengar lagu2 mereka.. Album debut mereka, Sigh No More telah dilancarkan pada bulan Oktober 2009 di UK.. Single "Little Lion Man" gempak giler sehingga dicalonkan ntk anugerah Grammy ntk kategori lagu rock terbaeek! Enjoy!

Wednesday 19 January 2011

fakta menarik


Source: Mastika Januari 2011

  • Kekayaan menarik sahabat2mu, kemiskinan menjadi penolaknya. Jangan tertawa melihat orang jatuh kerana jarang seseorang itu jatuh dgn sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika x jatuh dalam perjalanan yg sulit..
  • Zirafah membersihkan telinganya menggunakan lidahnya sepanjang 50cm!
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  • Kuda tidur secara berdiri..
  • Obor2 mengandungi 95% air
  • Kanggaru boleh melompat sejauh 9m sekali lompatan..
  • Seekor lembu kentut sebanyak 200x lebih banyak berbanding manusia..
  • Ikan jerung kebal terhadap penyakit barah
  • Jika seekor katak membuka mulutnya terlalu lama, ia akan mati lemas..
  • Udang karang mengambil masa selama 7 tahun ntk mencapai berat 500g=
  • Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru2 dgn kelajuan 60mph.. Seseorang yg sering ketawa juga memiliki risiko penyakit 40% lebih rendah daripada orang yg murung..
  • Salji juga turun di permukaan atmosfera planet Marikh.. Tetapi belum sempat sampai ke tanah, ia telah mengewap..
  • Planet Marikh melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi matahari dengan mengambil masa selama 687 hari..
  • Planet Marikh kelihatan berwarna merah kerana didalamnya terdapat banyak besi yg berkarat tertanam!
  • Planet Jupiter mempunyai 60 bulan mengelilinginya.. Tapi sebahagiannya kecil dan sukar ntk dilihat melalui teleskop~
  • Jantung angkasawan mengecil ketika berada di angkasa..
  • Sepasang tikus boleh menghasilkan sebanyak 2 ribu ekor warisnya dalam setahun!
  • Siput babi mempunyai 25 ribu batang gigi..
  • Seekor tiram mengambil masa selama 7 tahun ntk menghasilkan sebiji mutiara..
  • 1 sudu kecil gula membekalkan 20 kilo kalori.. Berat 1 sudu kecil gula = 5g; oleh itu 1 kg gula =200 sudu kecil gula?!
  • Organisma hidup yg terdapat pada kulit seorang manusia lebih banyak dari seluruh jumlah manusia yg hidup di muka bumi nih~
  • Otot2 yg terdapat dalam tubuh manusia membentuk separuh dari berat badan..:
  • Lemak dalam tubuh manusia cukup ntk menghasilkan 7 buku sabun mandi..
  • Zirafah x batuk?!
  • Tulang belakang seekor unta adalah lurus meskipun mempunyai bonggolan?!
  • Sebuah komet yg melintasi atmosfera bumi biasanya ekor komet tuh menghala ke matahari?!
  • Seorang angkasawan xleh sendawa di angkasa lepas..
  • Ketika bulan purnama, bumi 0.02 darjah lebih panas?!
  • Pengasas Spongebob, Stephen Hillenberg pernah belajar berkaitan laut di Universiti dan pernah mengajar biologi kelautan di Orange County Marine Institute, California dan kemudian mengambil program Masters dalam animasi eksperimental di Institut Seni California.. Pengalaman dan hobi itulah yg kemudiannye melahirkan kartun Spongebob Squarepants pada tahun 1996! 
  • Ahli matematik India, Lagadha merupakan perintis yg mengaplikasikan trigonometri dalam pengiraan bidang astronomi sebelum diperkembangkan oleh ahli matematik Yunani, Hipparchus..

Tuesday 18 January 2011

Ryo Miyaichi


Pemain muda dari negara matahari terbit, Ryo Miyaichi muncul sebagai pemain ke-2 Jpon yang dibawa masuk oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger.. Pemain penyerang yang berpotensi besar kerana kelajuan yg selaju Walcott (100m dalam 10 saat) nih juga mahir menggunakan kedua2 kaki di samping tahap kawalan bola yg tinggi.. Mula menarik perhatian beberapa kelab terkemuka dunia termasuk Arsenal pada awal tahun 2010 setelah turut-serta training bersama kelab eropah.. Arsenal mengikat kontrak bersama Ryo selama 5 tahun pada bulan lepas namun oleh kerana gagal mendapatkan visa, Ryo bakal dipinjamkan kepada kelab lain konon nyer kelab dari liga belanda ntk suatu tempoh yg tertentu sehinggalah diberikan permit visa oleh badan FA~ Pemain harapan Jpon nih turut beraksi dalam piala sekolah menengah tinggi di Jpon yang bermula awal tahun nih tp malangnya sekolah yg diwakilinya tewas di pusingan pertama ;) 

Monday 17 January 2011

海遊館 (Osaka Aquarium)

15 Januari - OSAKA


Tamat sahaja 就職フェア (Job Fair), ak bergegas menaiki subway terdekat di 堺筋本町 (Sakaisuji Honmachi) dan bertolak ke 大阪港 (Osakako) ntk aktiviti seterusnya iaitu melawat 海遊館; Mujur ak dah beli siap2 tiket OSAKA海遊きっぷ yang berharga 2400円 = Tiket masuk 2000円 berserta 全線一日乗り放題 (1-day pass train) bagi 大阪市内版~ Dah plan ngn keluarga angkat sekian lama nk g sini, alang2 dekat giler ngan venue 就職フェア, peluang nih memang xleh dilepaskan lebih2 lagi skang nih 海遊館 tengah wat イルミネーション (Illumination) sampai bulan depan jer.. 海遊館 dinobatkan antara akuarium awam terbesar di dunia dan memiliki hampir 29 ribu hidupan laut termasuk ikan jerung, singa laut, dan penguin.. Malang nyer kitorang terlepas sesi "Perarakan Penguin" yang berlangsung pada waktu Asar; pastu lampu ruang pameran habitat Penguin juga terpaksa dimalapkan bagi membenarkan para Penguin itu ntk berehat.. Konon nyer waktu rehat Penguin juga berubah mengikut musim o_0


Hidupan laut terbesar di dalam 海遊館 ialah ジンベイザメ (Whale Shark) yang bersaiz 4.89m dan berat 1300 kg! Kalo lihat secara kasar, kaca yang digunakan xdelah tebal sangat tp sebenarnya mempunyai ketebalan 30cm menggunakan  アクリルグラス (Acrylic Glass).. Tumpuan kali nih bersempena ulangtahun ke-20 penubuhan 海遊館 ialah クマノミ (Clownfish) yang mirip ikan dalam "Finding Nemo" ;) Tempat yang paling "geli" ialah クラゲ館 (Jellyfish museum) yang menempatkan pelbagai jenis クラゲ~ Ni merupakan pertama kali kot ak melihat クラゲ secara langsung; biasa tgk melalui TV jer.. Lagi menarik bila Jellyfish bukan nyer spesis ikan pon (笑) Sebelum pulang, seperti biasa ak beli poskad sebagai kenangan; terlupa plak sebenarnye dah dapat poskad waktu beli OSAKA海遊きっぷ awal2 tuh yg berserta bulu Penguin -_-" Perut yang kelaparan kaw2 kerana x makan tengahari tuh di puaskan dengan melantak makanan ala buffet di sebuah restoran Turki, Bab-ul Hayat yang terletak bersebelahan ngn 海遊館.. Mahal gak sebab 1 kepala 1620円 kalo x silap -_-" Nasib ada pertunjukan Belly Dance waktu tgh makan (笑) 

Sebahagian spesis クラゲ
Tempat makan malam..
Penulis dijemput gak ntk menari tapi sempat lari sebab lapar sangat.. (笑)

p/s Sampai umah sekitar jam 2330, tensen giler bila mendapati terlupa tutup lampu pintu sehari suntuk -_-"  Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

Sunday 16 January 2011

就職フェア (Job Fair)

15 Januari - OSAKA


Satu lagi 合同企業説明会 (Job Fair) khas ntk 外国人留学生 (Foreign Student) yang ingin mendapatkan pekerjaan di Jpon telah diadakan bertempat di MyDome Osaka.. Bermula jam 1000, ramai giler yang hadir sebab kali nih bukan sahaja yang sedang belajar, yang dah grad dan bakal grad tahun nih pon turut-serta dalam Job Fair kali nih~  Bukan main semangat ak bersiap awal (bangun waktu subuh) tp sengaja gerak lambat konon nyer nk turut-serta seminar kerjaya ntk 留学生 pagi tuh (100 orang yang terawal jer dpt join), skali terlepas gak -_-" Dapat masuk dewan sekitar jam 1030, setiap ブース (Booth) mengambil masa penerangan sekitar 30 minit ~ 1 jam, pastu sumer skali ada 60 syarikat yang datang.. Memang harapan la nk g sumer ブース m(_ _)m Paling susah nk g ブース Panasonic sebab ramai 留学生 yg sampai beratur kt depan ブース tuh ;)


Pada hemat ak, x rugi g 合同企業説明会 nih sebab ntk join, kita kene sediakan 出席カード (Attendance Card) siap2 ntk diberi kepada ブース syarikat yg kita nk masuk.. Malah, memang banyak syarikat yang ak g dengar merupakan syarikat yg x pernah didengari sebelum nih; tp apa yg diorang buat menarik minat ak ntk mencuba.. Ada sesetengah maklumat yang begitu berbaloi lebih2 lagi ntk 留学生.. Sesetengah syarikat akan memberitahu bilangan 留学生 yang ingin mereka ambil secara kasar dan apa yang perlu dilakukan ntk memasuki syarikat tersebut.. Jarang ada syarikat yang menyediakan kelebihan ntk 留学生 yang ingin bekerja sebentar di Jpon pastu pulang ke negara asal kerana Jpon merupakan antara negara yang mengamalkan polisi 終身雇用 (Permanent Employment).. Memang kebanyakan apa yg diperkatakan dlm 説明会 tuh boleh didapati dalam laman web syarikat tuh, tp apa yg dikejari ialah Q&A secara terus dengan orang 人事 (Human Affairs)~

Format standard ntk mana2 syarikat.. 

Boleh lihat betapa semangat giler pengunjung yg datang; bukan sekitar 関西 (Kansai) jer tp paling jauh ada yg dari 別府 (Beppu); datang naik feri semata2 nk cari keje?! Geng Malaysia yg datang dari jauh pon sekitar 名古屋 (Nagoya) kot.. Selepas nih makin rancak ler マイナビ ngan 陸ナビ sebab kebanyakan syarikat akan mengaplikasikan kedua2 laman web nih dalam pemberian maklumat berkenaan 会社説明会 dan seminar.. Paling menyirap bila nk book tempat ntk seminar sebab ada yang x sampai 10 minit dibuka pon dah full -_-" 競争 (Competition) memang tinggi giler di Jpon, tu pasal kalo gagal cari kerja, ada yg sanggup buat バイト (Part time) selama setahun dan tunggu peluang ntk tahun berikutnye o_0 Biasanya syarikat akan memberi 2 pilihan kepada pelajar ntk 応募 (Apply) masuk, 学校推薦 (School's recommendation) ngan 自由応募 (Apply Freely); hanya leh guna skali jer 学校推薦 jadi ak kene guna peluang nih sebaik yg mungkin =) 

p/s Dapat ke x dapat lain citer, ak lebih suka mencuba~ ;)    

Thursday 13 January 2011

90分周期 (90 Minutes Cycle)


Ak sering tertanya2 tentang isu masa bagi 1 kelas pembelajaran bagi universiti di Jpon adalah 90 minit dan bukannye 2 jam (120 minit); ini adalah kerana 90 minit (1.5 jam) x 15 kali kelas = 22.5 jam tp umumnya ntk mendapat 2 単位 (Credit Hour), seseorang harus melengkapi jumlah pembelajaran selama 1 semester sebanyak 30 jam; maknanye 1 単位 = 15 jam~ (need citation) Hasil rujukan daripada internet membawa ak kepada teori 90分周期 yang mana 集中力 (Ability to concentrate) seorang manusia adalah 90 minit; malah stamina berfikir seorang manusia juga didalam lingkungan 90 minit! (link) Logik gak memandangkan kebanyakan filem pon sekitar 90 minit ntk kasi penonton beri konsentrasi penuh~ Penemuan seterusnya tentang teori 90分周期 juga menarik iaitu berkisar REM (Rapid Eye Movement) yang boleh dibahagi kepada 2:-


REM Sleep
REM Sleep ialah keadaan tidur normal yang dikategorikan daripada pergerakan rancak mata.. Dikatakan manusia itu tidur di dalam setiap pusingan 90 minit~110 minit dan biasanya, seseorang itu akan merasai lebih kurang 4,5 kali pusingan REM sleep pada waktu tidur yang normal.. Jumlah relatif REM sleep juga berubah mengikut usia seseorang; seorang bayi yang baru lahir menggunakan 80% daripada jumlah waktu tidurnya didalam REM.. Meksipun kita x sedar, otak kita sedang aktif; selalunya lebih aktif daripada waktu kita berjaga.. Pada waktu ini lah seseorang itu bermimpi~ Waktu yang sama juga kadar degupan jantung dan pernafasan berada dalam keadaan tidak teratur, namun kita x rasa ape2 pon sebab badan berada di dalam keadaan "lumpuh"~ Selepas REM Sleep, segala pusingan berlaku semula..



Non-REM (NREM) Sleep 
NREM Sleep ialah 4 peringkat yang berlaku sewaktu kita tidur:-

  • Light Sleep - Peringkat awal ketika tidur, kita berada didalam keadaan separuh sedar dan separuh x sedar.. Aktiviti pergerakan otot mula menurun, dan sedikit kekejangan mungkin dirasai.. Ia dinamakan light sleep kerana kita boleh dikejutkan dengan begitu mudah pada ketika nih...
  • True Sleep - Dalam 10 minit Light Sleep, kita akan memasuki peringkat ke-2 yang mana mengambil masa hampir 20 minit.. Corak pernafasan dan degupan jantung mula menurun; hal ini merupakan bahagian terbesar dalam tidur manusia..
  • Deep Sleep - Sewaktu peringkat ke-3, otak mula mengeluarkan gelombang delta; sejenis gelombang yang mempunyai amplitud yg tinggi dan berfrekuensi rendah.. Kadar pernafasan dan degupan jantung pada ketika nih berada di tahap terendah.. Peringkat ke-4 boleh dikategorikan oleh irama pernafasan dan aktiviti otot yang terhad.. Sekiranya kita dikejutkan pada peringkat nih, kita x dapat atur dengan cepat dan selalunya berasa bingung selama beberapa minit selepas bangun dari tido.. Konon nyer sleepwalking juga berlaku pada peringkat nih ;) 


Fakta ringkas
  • Kajian mendapati orang yg mempunyai waktu tidur yg x mencukupi boleh tidur dengan lebih efisien!
  • Orang yg kurang tidur memasuki peringkat ke-3, ke-4, dan REM Sleep lebih pantas
  • REM Sleep membantu dalam proses membina daya kreativiti seseorang..
  • Kajian mendapati 10 minit tidur sebentar membantu meningkat daya produktiviti lebih baik daripada tidur lama..
  • Dikatakan Winston Churchill dan Napoleon merupakan antara tokoh yang mengguna-pakai tidur sebentar dan tidur terhad?!

Utk pembacaan lanjut, sila kunjungi laman web berikut (1), (2), (3), (4), (5)

Monday 10 January 2011

成人の日 (Coming of Age Day)

10 Januari - JAPAN


Setiap hari Isnin kedua dalam Januari, Jpon akan menyambut 成人の日 di mana 成人式 (Coming of Age Ceremony) akan diadakan hampir di seluruh bandar.. Tujuan ia diadakan adalah ntk meraikan seterusnya menggalakkan seluruh belia yang mencecah usia 20 tahun supaya mereka sedar bahawa mereka sudah masuk alam dewasa.. Jika mengikut sejarah, 成人式 sudah lama termasuk dalam adat masyarakat Jpon sejak tahun 714 namun cuti umum hanya bermula pada tahun 1948; beberapa tahun selepas WWII.. Di Jpon, kebanyakan undang2 mereka menegaskan usia 20 tahun termasuk larangan merokok dan minum arak selagi belum mencapai usia tersebut.. Konon nyer selepas tamat 成人式, para belia nih akan "minum" dengan sepuas2 nyer bak kata omputih All Hell Break Loose.. Anda hanya akan dikira sebagai dewasa setelah berusia 20 tahun, jadi walaupon anda berusia 19 tahun 11 bulan, anda masih perlu mendapatkan kebenaran ibu-bapa sewaktu nk mendaftar telefon bimbit (笑)


p/s Ak baru perasan RITS pon cuti 成人の日; padahal cuti umum sebelum x pernah pon cuti -_-"

Sunday 9 January 2011

MyKyoto New Year Party

9 Januari - KYOTO


Sebuah majlis sambutan tahun baru telah dianjurkan oleh MyKyoto telah selamat diadakan di 京都大学国際交流会館 (Shugakuin International House) bermula sekitar jam 1200.. Warga 滋賀 (Shiga) yang majoritinya masih 独身 (Single) hanya diminta membawa perut dan air minuman sebagai backup kerana segala juadah telah dikendalikan oleh golongan berkeluarga yg menetap di 京都 (Kyoto).. Plan nk jumpa di 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) sekitar jam 1100 tapi seperti yg dijangka ramai lewat; last2 gerak jam 1200!! (笑) Kalo g naik 電車 (Train), total harga lebih 800円 membuatkan kitorang naik bas jer.. Selama nih naik bas di 京都 harga tetap 220円; tp disebabkan destinasi; 修学院 (Shugakuin) tuh jauh x hengat, dan mengambil masa lebih 1 jam ntk sampai daripada 京都駅 (Kyoto Station), jumlah harga yg perlu di bayar ialah 270円 o_0 Waktu kitorang tiba sekitar jam 1330; mujur juadah masih banyak dan orang masih ramai ;)

Abg Amir memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis...

Hari yang sama juga pihak KCIF (Kyoto City International Foundation) turut mengadakan party Tahun Baru dan ak sudah memberikan nama ntk turut-serta; namun ak batalkan penyertaan oleh kerana antara sebab utama MyKyoto mengadakan party kali nih ntk meraikan pemergian salah sorang otai 滋賀, Abg Amir yang bakal meninggalkan kami ntk meneruskan kehidupan di Malaysia ditemani anak lelaki dia.. Antara jasa2 Abg Amir yang sukar dibalas dengan wang ringgit ialah membantu memindahkan barang waktu kitorang pindah umah awal tahun lepas; x jadi nk sewa lori pon sebab Abg Amir tegas menyuruh kitorang guna kereta dia jer.. Rasa bersalah giler sebab x dapat balas budi waktu Abg Amir pindah umah awal tahun nih sebab waktu tuh ada di 関東 (Kantou) -_-" Seperti biasa, walaupon ada muka2 yang bakal pergi, akan ada juga muka2 yg bakal masuk.. "Hidup nih harus diteruskan.." bak kata Remy (笑) Majlis makan2 berterusan sehingga Maghrib; pastu ada 二次会 (After party) di RAJU ;)

Warga 滋賀 bergambar kenangan bersama Abg Amir

Warga 滋賀 bergambar kenangan bersama Amar a.k.a Justine Bieber Jr. (笑)

p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

Saturday 8 January 2011

Lesley Hazleton


Lesley Hazleton dilahirkan di England pada tahun 1945 namun 50 tahun kemudian mengangkat sumpah menjadi rakyat US merupakan penerima anugerah British-American Writer yang mana hasil kerja beliau melibatkan tentang ideologi politik, agama, sejarah terutamanya di Timur Tengah.. Laporan beliau banyak tersiar di dalam pelbagai akhbar terkemuka termasuk NYT dan Time.. Sehingga kini beliau telah menulis 6 buah buku dan buku terbaru yang bakal dipasarkan sekitar tahun hadapan adalah berkisarkan tentang biografi junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Beliau juga mempunyai blog yg bergelar The Accidental Theologist =) Agak janggal apabila menceritakan tentang seorang yang bukan beragama Islam yang ingin menulis buku tentang Islam tetapi penulis tertarik dengan cara penyembahan beliau sewaktu memberikan ucapan ntk TED beberapa bulan yang lalu.. Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau; Insya-Allah~

Friday 7 January 2011

Ghost of Sparta


Siri terbaru God Of War; Ghost of Sparta ntk pelantar PSP mula dilancarkan pada bulan November yang lalu telah selamat ak abeskan beberapa hari yang lepas~ Berbanding dengan GOW 3 yang memakan masa yang agak lama, kali nih ak hanya mengambil masa yang agak singkat; main sebelum tido waktu g Snowboard dulu dengan waktu balik ketika dalam bas.. Plot kali nih mengisahkan Kratos yang mempunyai seorang adik lelaki yang telah diculik dan disangkakan mati buat sekian lama tetiba muncul kembali dan nyawa dia di dalam bahaya.. Kratos dikehendaki menyelamatkan adik dia dan bermulalah pengembaraan GOW~ Sedih gak x banyak puzzle dalam siri kali nih namun jalan citer tetap superb! Ending game kali nih agak berlainan daripada siri sebelum nye kerana pemain akan mengawal Kratos dan adik dia.. Walaupon sekejap sangat dah abis, siri GOW tetap terbaek!! 


p/s Skang nih tengah gile main Angry Birds kt iPhone.. 

Thursday 6 January 2011

Arsenal in 2010






Meskipun gagal meraih sebarang piala berprestij sepanjang tahun nih, Arsenal tetap boleh berbangga kerana berjaya memenangi piala Emirates di tempat sendiri =) Prestasi Nasri dan Wilshere semakin menyerlah tatkala kelibat Fabregas yang kerap hilang akibat kecederaan; x sabar menanti kemunculan Ramsey pada bulan nih setelah menghilang selama 9 bulan~ Harap2 x cedera semula -_-" Kehadiran Chamakh menambah seri di bahagian serangan meskipun masih belum nampak keserasian yg menyerlah bersama pasukan.. Vermaelan lama giler injured!! Peluang tipis ntk menang piala Champions League kerana bakal berjumpa Barcelona pada bulan depan; namun dunia bola sepak x boleh di ramal keputusannya.. Piala EPL ngan FA pon masih blom nampak kelab mane yg bakal menang.. Harap2 Carling Cup leh makan sebab cuma Arsenal jer kelab besar yg tinggal~ Walau ape yg berlaku, Arsenal tetap akan ak sokong sampai bebila !!




*********************************************************************

09/10 Arsenal 4-2 Bolton - Vermaelen

JANUARY

Arsenal started the year with a late comeback to beat West Ham in the FA Cup but they fluffed their lines against Everton, needing a last-gasp Rosicky strike to draw 2-2 in the snow at Emirates Stadium. All was forgiven when back-to-back wins over Bolton in the space of three days - including a stunning fightback on home soil - propelled Arsenal to the top of the table. But January didn't end so well: a weakened side lost at Stoke in the Cup and one point from two games against Aston Villa and Manchester United dented their title challenge.
Aaron Ramsey

FEBRUARY

Drogba continued to be the scourge of Arsenal with a match-winning brace at Stamford Bridge but Diaby's fine header saw off Liverpool at Emirates to keep Wenger's side in the title race. Fabianski had a night to forget as Porto edged the first leg of the Champions League last-16 tie and Ramsey was stretchered off at Stoke but his team-mates dug deep to secure a courageous win thanks to late strikes from Fabregas and Vermaelen.
09/10 FC Barcelona 4-1 Arsenal - Nicklas Bendtner

MARCH

Brimming with confidence after that gutsy win at Stoke, Arsenal rattled off four straight victories. Walcott produced the decisive strike against Burnley and Nasri scored the goal of the season in a 5-0 thrashing of Porto, weaving past three defenders before firing in from a narrow angle. Bendtner kept the momentum going with a stoppage-time winner at Hull and West Ham were beaten at Emirates despite Vermaelen's early red card. A freakish late equaliser at Birmingham ended the winning run and March ended with an altogether more fortunate draw after Barcelona threatened to run riot in north London.
09/10 Arsenal 1-0 Wolverhampton Wanderers - Nicklas Bendtner

APRIL

Bendtner was the hero as Arsenal kept their title hopes alive with a last-gasp winner against Wolves but hopes of silverware were dashed by the end of the month. Bendtner actually fired Arsenal ahead in the Nou Camp but Messi's awesome foursome saw Barcelona through in the Champions League. Domestic defeats at Spurs and Wigan ended the Gunners' title challenge but they did arrest their slump with a goalless draw against Manchester City.
09/10 Arsenal 4-0 Fulham - Carlos Vela

MAY

Blackburn inflicted another defeat on Arsenal - their fourth in five games - but the season ended on a high note with a thumping 4-0 win at home to Fulham. Arshavin and Van Persie made the game safe before Vela applied the coup de grace with a delicious finish six minutes from time. May ended with the signing of Chamakh as Wenger wasted no time getting some transfer business done.
10

JULY

The World Cup took centre stage in June but the focus switched back to Arsenal in July. The month started with the signing of Laurent Koscielny and continued with three friendly victories. Barnet were beaten in the traditional pre-season curtain-raiser and Wenger's side limbered up with two more wins during their Austria training camp. Arsenal returned to London for the Emirates Cup at the end of the month and kicked off with a 1-1 draw against AC Milan.
Wallcott 2nd goal

AUGUST

Arsenal lifted the Emirates Cup after beating Celtic and edged an 11-goal thriller in their final pre-season game at Legia Warsaw. Things were rather tighter at Liverpool on the opening weekend of the season and Arsenal nicked a point thanks to a late Pepe Reina own goal. Theo Walcott made a flying start to the campaign with a hat-trick in a 6-0 thrashing of Blackpool and the England man was at it again with a venomous finish to help beat Blackburn.
10/11 Tottenham Hotspur 1-4 Arsenal - Henri Lansbury

SEPTEMBER

The goals flew in at the start of September. Bolton shipped four at the Emirates and Braga were hit for six as Arsenal's European campaign began with a bang. A late equaliser frustrated Wenger's side at Sunderland after a freakish goal from Fabregas but that disappointment soon faded with a memorable Carling Cup win at Spurs, sealed with two Nasri spot-kicks. Arsenal crashed back down to earth when West Brom won in North London but the month ended well with a victory at Partizan Belgrade - where Fabianski made a penalty save.
10/11 Manchester City 0-3 Arsenal - Alex Song

OCTOBER

Arsenal left Stamford Bridge with nothing at the start of the month but then rattled off five straight wins. Birmingham were seen off by Chamakh's clever finish and a highly-rated Shakhtar team were thrashed in the Champions League. Nasri inspired a significant win at Manchester City and Newcastle were brushed aside in the Carling Cup before a late Song diving header ended West Ham's resistance at the Emirates.
10/11: Everton 1-2 Arsenal - Bacary Sagna

NOVEMBER

Wenger's side were rocked at home and in Europe as Newcastle and Shakhtar earned narrow victories at the start of November. Fine goalkeeping from Fabianski helped the Gunners to back-to-back away wins at Wolves and Everton but their home form showed no sign of improving as Tottenham turned a two-goal deficit into a 3-2 victory at the Emirates. A lacklustre defeat at Braga compounded those woes but Arsenal steadied the ship with welcome wins over Aston Villa in the Premier League and Wigan in the Carling Cup.
10/11: Arsenal 3-1 Chelsea - Theo Walcott

DECEMBER

Nasri's fine form continued into December with two wonderful individual strikes against Fulham. Another hard-fought home win followed against Partizan Belgrade to book Arsenal's place in the Champions League knockout stages - and set up a tie with Barcelona. A defeat at Manchester United dented the Gunners' title hopes but their championship credentials were underlined by a fine win over Chelsea. Two points were dropped at Wigan two days later but Wenger's side ended 2010 in contention for four trophies.
copied from link




Wednesday 5 January 2011

御殿場 (Gotemba)

1 Januari - SHIZUOKA

Berdiri megah berlatar-belakangkan Gunung Fuji..

Dinobatkan kawasan Outlets paling luas di Jpon, Gotemba Premium Outlets semestinya tempat tumpuan acap kali tahun baru mendatang.. Ak bukan nyer jenis suka 買い物 (Shopping) lebih2 lagi kejar "Sale" ape sumer, tp dah alang2 tahun baru dan dah jadi adat bdk2 関東 (Kantou) yang memiliki kereta ntk pergi bersama2 ke sini ntk mencuci mata dsb (笑) Bertolak daripada 生田 (Ikuta) sekitar jam 0800 dan tiba di kawasan parkir sekitar jam 0930.. Memandangkan tahun baru, perkhidmatan shuttle bus disediakan dan kedai2 tersebut buka sekitar jam 1000.. Ingatkan naik bas sekejap jer sampai sebab 2km jer, x bajet plak kesesakan jalan dengan orang ramai jalan kaki jer ke situ.. Melepas gak nk tgk "Dark Side" orang Jpon yang konon nyer akan merampas apa yg ada di depan mata secepat yang mungkin; dah ambik baru pilih yang xleh blah tuh.. Persaingan kaw2 o_0

Kaw2 banyak 福袋 kt kedai Adidas!!
1 baju sejuk, 1 set baju sukan, 2 T-shirt, 1 tuala kecik
Famous ke ek??

福袋 (Happy Bag) semestinya menjadi rebutan; xleh blah masuk kedai Nike tanye 福袋 dah abis padahal x sampai 1 jam pon kedai tuh bukak!! Dengan laju ak memecut ke kedai Adidas plak, last2 terkejut bilangan 福袋 dia bukan nyer 袋 (Bag) tapi dia kasi 缶 (Can)!! Tanpa diberitahu apa yang ada di dalam dia, ak terus angkat 1 saiz O pada harga 10500円; tunjuk jer kat budak2 nih bila keluar kedai, terus diselongkar apa yang ada kt dalam baldi tuh -_-" Boleh tahan gak apa yang dia kasik; 6 benda bila di kira jumlah keseluruhan tolak dengan harga yang ak bayar, ak untung sekitar 2万円!! Lepas tuh masuk plak kedai minyak wangi, entah kenapa duit rasa senang sangat keluar sampai ak beli lagi 福袋; 4 botol minyak wangi pada harga sekitar 5千円.. Konon nyer 1 botol pon dah berharga sekitar tuh=) Jalan2 lepas tuh masuk plak kedai Nikon; kalo ada 福袋 DLSR best2 nk gak angkat; malang nyer yang ada pon sumer nye 10万円 ke atas! -_-"

Yang 10万円 nyer siap Sold Out!! 


Puas berjoli sakan sekitar jam 1500 baru gheti nk balik.. Disebabkan datang 4 kereta, tp 2 kereta masih blom puas berjoli, kitorang pakat ntk tunggu mereka di perhentian R&R pertama selepas masuk 高速道路 (Highway) .. Ternyata itu merupakan kesilapan terbesar dibuat kerana beberapa minit selepas tuh, satu kemalangan telah berlaku di atas jalan raya yang membuatkan kitorang tersangkut di R&R selama 1 jam lebih!! Kaw2 kereta langsung xleh bergerak= Konon nyer setiap kali tahun baru jer jalan raya mesti 渋滞 (Traffic jam) dan kalo nk berhenti pon, make sure bukan di R&R pertama?? o_0 Malam tuh asalnya nk makan di sebuah restoran makanan Jpon di area 東海大学 (Tokai U); malang nyer bila kitorang sampai, kedai tuh tutup la plak -_-" Last2 singgah di ガスト (Gusto) jer.. Sebelum balik, lepak2 di umah pasangan suami-isteri sambil layan bola dengan TV 48 inci? yg menggunakan スカパー.. 

Menu yang x pernah di cuba selama nih..

Mata khusyuk tgk bola..


Tuesday 4 January 2011

謹賀新年 (Happy New Year)

31 Disember - IKUTA


Berbeza dengan tahun2 sebelumnya, tahun nih ak menyambut tahun baru di 関東 (Kanto) konon nyer nk g tempat2 yang happening sket.. Tengahari tuh solat Jumaat di umah 後輩 (Junior); rasa janggal sket apabila dengar member yg bacakan teks khutbah pastu makmum nyer seperti biasa dalam lingkungan 10 orang jer.. Petang tuh dok layan movie "Four Lions" sambil menunggu waktu siaran "笑ってはいけない (Don't Laugh)" yang kali nih bertemakan "Spy".. Selama nih x pernah plak semangat layan melalui TV; mula pada jam 1830 dan berakhir sekitar jam 0030! Sepanjang masa boleh kata dok lekat jer depan TV sambil ketawa bagai nk pecah umah.. 6 jam pastu siap ada iklan; cam tgk citer hindustan 2x berturut2 la plak..  Lagu terakhir memang 最高 (Mantap) sebab tiru lagu "それが大事" =)  Korang boleh layan lagu dia melalui video dibawah~

p/s Agak terlewat ntk mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua pembaca!   

 

Monday 3 January 2011

JAD 6 Snowboard

28~30 Disember - NIIGATA


Event Snowboard yang dirancang oleh Roy telah selamat dijalankan yang mana seramai 14 orang pelajar JAD 6 dan 2 orang pemain "import" telah menyertai.. Bertempat di 妙小杉の原 (Myoko Suginohara) iaitu tempat snowboard yang sama telah ak pergi tahun lepas bersama geng 高専~ Tempat nih dipilih konon nyer kerana pakej yang disediakan agak murah berbanding tempat lain.. Perjalanan dengan menaiki bas bermula daripada 新宿 (Shinjuku) pada jam 2215 27 Disember dan tiba di destinasi tepat jam 0630 keesokan hari nya~ Jumlah perbelanjaan yang wajib dibayar oleh setiap sorang ialah 21500円 yang termasuk penginapan, sewa pakaian dan board.. 


28 Disember 
Sebaik sahaja keluar daripada bas, kitorang lantas menuju ke rumah penginapan yang terletak x berapa jauh daripada tempat kitorang turun.. Awalnye plan asal hanya nk letak bagasi di situ dan terus bergerak ke スキ場 (Ski area) kerana waktu check-in ialah jam 1500; namun atas kata sepakat yang ingin masuk bilik awal ntk tukar baju dsb, setiap sorang dikehendaki bayar 500円 ntk check-in awal.. Lepas semua dah siap, bertolak pula ke kedai ntk sewa kelengkapan snowboard; dah pilih ape sumer pastu patah balik ke tempat penginapan ntk tukar baju dsb.. Senang citer dapat mula meluncur sekitar jam 1000~ Pergh, dah lama x main jadi awal2 tuh jangankan nk buat "S", nk berdiri pon cam susah giler jer.. Bila dah seronok sket main, berlaku sesuatu yang x diingini; waktu tengah terjatuh masa tgh praktis "S", lutut terhantuk dekat batu sampai terluka -_-" Lepak kt kedai makan lebih daripada sejam; sempat tido sat sebab kepenatan.. Hari pertama cuma dapat naik gondola 3x jer ;) Malam tuh memang kaw2 tido sebagai persiapan ntk keesokan hari nyer..

Luka gara2 pad lutut senget sket -_-"

29 Disember 
Bangun jer pagi usha kt luar terus bersemangat sebab salji turun dengan lebat nyer.. Ramalan cuaca tunjuk hari nih salji satu hari! Berbeza dengan hari sebelumnya, track meluncur memang layan giler sebab salji tebal, jadi kalo jatuh pon x sakit sangat.. Cuma yang leceh nye ialah kene pakai goggle sepanjang masa ;) Sejak semalam lagi ak dok sangkut ngan Abul dan Joe ntk ajar diorang main snowboard; jadi x dapat bergambar banyak dengan member2 yang lain.. Main snowboard nih memang perlukan keazaman yang tinggi serta kesungguhan ntk bangun selepas banyak kali jatuh.. Munngkin salji hari nih lebih mantap membuatkan mereka berdua bermain dengan lebih seronok.. Ntk merasai keseronokan awal snowboard, seseorang tuh kene cuba bermain dengan mengurangkan bilangan jatuh.. Petang sket salji turun dengan lebih lebat, ingatkan nk teruskan gak main tapi terpaksa mengalah sebab langsung x nampak jalan hadapan dek goggle yang berkabus -_-" 

Penulis meluncur dengan macho~

30 Disember
Hari nih merupakan hari terakhir ntk meluncur.. Kebetulan Aiba-san (Member Jpon waktu main snowboard tahun lepas) turut-serta bermain dengan kitorang hari nih.. Ramalan cuaca tunjuk salji x turun, tp bila sampai bahagian atas, boleh plak salji turun.. Fail plan nk amik gambar kt atas tuh -_-" Asalnye nk main rilek2 jer hari nih, sekali member2 lain dok ajak g main track yang ak blom pernah layan sebelum nih; track tuh dah la lagi atas pastu lebar giler! Waktu main memang seronok sebab dapat praktis "S" dengan jayanye tapi bila dah lama2, kaki pon dah penat membuatkan ak dok main brek jer kt hujung2.. Pulang ke tempat penginapan sekitar jam 1400 ntk bersiap kerana bas pulang adalah jam 1700.. Hampeh nk mandi pon kene bayar 500円 -_-" Petang tuh memang seksa giler nk pulangkan kelengkapan snowboard, mujur x kene caj lebih sebab ada kerosakan sket pada board ;p Selamat tiba di 新宿 sekitar jam 2200~


皆、三日間お世話になりました。今度ともどうぞよろしくお願いします。

p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC