Followers

Monday, 3 January 2011

JAD 6 Snowboard

28~30 Disember - NIIGATA


Event Snowboard yang dirancang oleh Roy telah selamat dijalankan yang mana seramai 14 orang pelajar JAD 6 dan 2 orang pemain "import" telah menyertai.. Bertempat di 妙小杉の原 (Myoko Suginohara) iaitu tempat snowboard yang sama telah ak pergi tahun lepas bersama geng 高専~ Tempat nih dipilih konon nyer kerana pakej yang disediakan agak murah berbanding tempat lain.. Perjalanan dengan menaiki bas bermula daripada 新宿 (Shinjuku) pada jam 2215 27 Disember dan tiba di destinasi tepat jam 0630 keesokan hari nya~ Jumlah perbelanjaan yang wajib dibayar oleh setiap sorang ialah 21500円 yang termasuk penginapan, sewa pakaian dan board.. 


28 Disember 
Sebaik sahaja keluar daripada bas, kitorang lantas menuju ke rumah penginapan yang terletak x berapa jauh daripada tempat kitorang turun.. Awalnye plan asal hanya nk letak bagasi di situ dan terus bergerak ke スキ場 (Ski area) kerana waktu check-in ialah jam 1500; namun atas kata sepakat yang ingin masuk bilik awal ntk tukar baju dsb, setiap sorang dikehendaki bayar 500円 ntk check-in awal.. Lepas semua dah siap, bertolak pula ke kedai ntk sewa kelengkapan snowboard; dah pilih ape sumer pastu patah balik ke tempat penginapan ntk tukar baju dsb.. Senang citer dapat mula meluncur sekitar jam 1000~ Pergh, dah lama x main jadi awal2 tuh jangankan nk buat "S", nk berdiri pon cam susah giler jer.. Bila dah seronok sket main, berlaku sesuatu yang x diingini; waktu tengah terjatuh masa tgh praktis "S", lutut terhantuk dekat batu sampai terluka -_-" Lepak kt kedai makan lebih daripada sejam; sempat tido sat sebab kepenatan.. Hari pertama cuma dapat naik gondola 3x jer ;) Malam tuh memang kaw2 tido sebagai persiapan ntk keesokan hari nyer..

Luka gara2 pad lutut senget sket -_-"

29 Disember 
Bangun jer pagi usha kt luar terus bersemangat sebab salji turun dengan lebat nyer.. Ramalan cuaca tunjuk hari nih salji satu hari! Berbeza dengan hari sebelumnya, track meluncur memang layan giler sebab salji tebal, jadi kalo jatuh pon x sakit sangat.. Cuma yang leceh nye ialah kene pakai goggle sepanjang masa ;) Sejak semalam lagi ak dok sangkut ngan Abul dan Joe ntk ajar diorang main snowboard; jadi x dapat bergambar banyak dengan member2 yang lain.. Main snowboard nih memang perlukan keazaman yang tinggi serta kesungguhan ntk bangun selepas banyak kali jatuh.. Munngkin salji hari nih lebih mantap membuatkan mereka berdua bermain dengan lebih seronok.. Ntk merasai keseronokan awal snowboard, seseorang tuh kene cuba bermain dengan mengurangkan bilangan jatuh.. Petang sket salji turun dengan lebih lebat, ingatkan nk teruskan gak main tapi terpaksa mengalah sebab langsung x nampak jalan hadapan dek goggle yang berkabus -_-" 

Penulis meluncur dengan macho~

30 Disember
Hari nih merupakan hari terakhir ntk meluncur.. Kebetulan Aiba-san (Member Jpon waktu main snowboard tahun lepas) turut-serta bermain dengan kitorang hari nih.. Ramalan cuaca tunjuk salji x turun, tp bila sampai bahagian atas, boleh plak salji turun.. Fail plan nk amik gambar kt atas tuh -_-" Asalnye nk main rilek2 jer hari nih, sekali member2 lain dok ajak g main track yang ak blom pernah layan sebelum nih; track tuh dah la lagi atas pastu lebar giler! Waktu main memang seronok sebab dapat praktis "S" dengan jayanye tapi bila dah lama2, kaki pon dah penat membuatkan ak dok main brek jer kt hujung2.. Pulang ke tempat penginapan sekitar jam 1400 ntk bersiap kerana bas pulang adalah jam 1700.. Hampeh nk mandi pon kene bayar 500円 -_-" Petang tuh memang seksa giler nk pulangkan kelengkapan snowboard, mujur x kene caj lebih sebab ada kerosakan sket pada board ;p Selamat tiba di 新宿 sekitar jam 2200~


皆、三日間お世話になりました。今度ともどうぞよろしくお願いします。

p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini~

2 comments:

  1. uu wow!!!
    seronok , tp sure sejuk !! cannot stand with that , im fail. hahah

    luke tuh , mcm sgt sakit , pliz put some medicine pliz ~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC