Followers

Sunday, 9 January 2011

MyKyoto New Year Party

9 Januari - KYOTO


Sebuah majlis sambutan tahun baru telah dianjurkan oleh MyKyoto telah selamat diadakan di 京都大学国際交流会館 (Shugakuin International House) bermula sekitar jam 1200.. Warga 滋賀 (Shiga) yang majoritinya masih 独身 (Single) hanya diminta membawa perut dan air minuman sebagai backup kerana segala juadah telah dikendalikan oleh golongan berkeluarga yg menetap di 京都 (Kyoto).. Plan nk jumpa di 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) sekitar jam 1100 tapi seperti yg dijangka ramai lewat; last2 gerak jam 1200!! (笑) Kalo g naik 電車 (Train), total harga lebih 800円 membuatkan kitorang naik bas jer.. Selama nih naik bas di 京都 harga tetap 220円; tp disebabkan destinasi; 修学院 (Shugakuin) tuh jauh x hengat, dan mengambil masa lebih 1 jam ntk sampai daripada 京都駅 (Kyoto Station), jumlah harga yg perlu di bayar ialah 270円 o_0 Waktu kitorang tiba sekitar jam 1330; mujur juadah masih banyak dan orang masih ramai ;)

Abg Amir memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis...

Hari yang sama juga pihak KCIF (Kyoto City International Foundation) turut mengadakan party Tahun Baru dan ak sudah memberikan nama ntk turut-serta; namun ak batalkan penyertaan oleh kerana antara sebab utama MyKyoto mengadakan party kali nih ntk meraikan pemergian salah sorang otai 滋賀, Abg Amir yang bakal meninggalkan kami ntk meneruskan kehidupan di Malaysia ditemani anak lelaki dia.. Antara jasa2 Abg Amir yang sukar dibalas dengan wang ringgit ialah membantu memindahkan barang waktu kitorang pindah umah awal tahun lepas; x jadi nk sewa lori pon sebab Abg Amir tegas menyuruh kitorang guna kereta dia jer.. Rasa bersalah giler sebab x dapat balas budi waktu Abg Amir pindah umah awal tahun nih sebab waktu tuh ada di 関東 (Kantou) -_-" Seperti biasa, walaupon ada muka2 yang bakal pergi, akan ada juga muka2 yg bakal masuk.. "Hidup nih harus diteruskan.." bak kata Remy (笑) Majlis makan2 berterusan sehingga Maghrib; pastu ada 二次会 (After party) di RAJU ;)

Warga 滋賀 bergambar kenangan bersama Abg Amir

Warga 滋賀 bergambar kenangan bersama Amar a.k.a Justine Bieber Jr. (笑)

p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC