Followers

Wednesday, 26 January 2011

関ペ (Kansai Paint)

20 Januari - OSAKA

Biasanya antara bahagian paling sukar skali waktu 就職活動 (Job hunting) ialah mendapatkan tempat dalam seminar kerana kebanyakan syarikat akan memilih calon yang hadir seminar2 yg dikendalikannya.. Waktu pemberitahuan mengenai seminar pon perlu diambil perhatian penting buat calon2 sebab tempat yang terhad dan persaingan yg sengit di kalangan pelajar.. Paling cuak bila dengar ada seminar yang mengambil masa x sampai 10 minit ntk 満席 (Full house) selepas dibuka penyertaan.. Waktu2 camni memang waktu kecemasan bagi para calon yg ingin mencari pekerjaan selepas graduasi pada Mac 2012~ Selepas menghadiri seminar, calon akan sibuk dengan pengisian エントリシート (Entry Sheet @ ES) yang berpuluh2 bergantung kepada jumlah syarikat yg dipohon dsb.. Seminar sedikit sebanyak dapat membantu ketika menulis ES dengan lebih baik..


Rezeki datang tanpa diduga apabila email yang dihantar bertanyakan cara nk turut-serta seminar penerangan syarikat tersebut dibalas dengan berita baik apabila ada kerusi kosong ntk diisi iaitu 2 hari selepas email ak hantar.. Mujur 本社 (Head Office) syarikat nih dekat area Osaka jer, kalo tempat lain pasti leceh bila diberitahu secara tetiba.. Seminar bermula pada jam 1400; selamat ak dah planning baik nyer ntk bergerak awal dari umah kerana masa perjalanan lebih kurang 1 jam setengah dengan menggunakan 電車 (Train) dari 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) menuju ke 淀屋橋駅 (Yodoyabashi Station).. Keluar jer dari stesen, mencanak gak nk mencari syarikat nih sebab x mau membazir masa; waktu2 camnih la bersyukur giler ada iPhone sebab leh GPS~ Jalan kaki x sampai 6 minit, ak tiba di 本社 lantas melapor diri.. 


Memandangkan nih merupakan seminar pertama ak turut-serta, kagum gak dengan suasana ala2 tengah menghadapi peperiksaan dengan semua yang hadir berpakaian segak dengan sut hitam dan duduk bersiaga menunggu waktu bermulanya seminar.. Awalnya kitorang dipersembahkan dengan tayangan video mengenai warna dan alam semulajadi dengan 関ペ cube mengutarakan perlunya memberi balik apa yg telah diterima daripada alam semulajadi~ Video berdurasi hampir 20 minit tuh kebanyakannya dalam 英語 (English) tp ada 字幕 (Subtitle) ;) Sesi seterusnya diteruskan dengan penerangan daripada salah seorang pekerja 関ペ tentang tugas dia, jadual harian, camne dia masuk 関ペ dsb.. Memandangkan pekerja tuh aliran kimia, kecewa gak sebab xde penerangan tentang aliran teknikal meskipun dah diberikan siap2 beberapa maklumat mengenai nyer-_-"


Seminar tamat sekitar jam 1545; dah jadi adat Jpon pasti ada borang survey ntk diisi sebelum meninggalkan dewan.. Sebelum pulang, ak sempat meminta kepastian tentang 特別枠 (Special frame) ntk 留学生 (Foreign Student) konon nyer selepas kerja di Jpon selama 3~5 tahun, akan di hantar pulang ntk berkhidmat dengan 関ペ di negara asal! Pelik gak x nampak kelibat 留学生 lain yg dtg seminar kali nih; nampaknya kene pikir banyak lagi pasal 関ペ nih sebelum membuat keputusan.. Waktu nk meninggalkan banngunan, tetiba dapat panggilan yg memaklumkan pemohonan ak ntk wat internship pada awal Mac nih telah berjaya! Huhu, orang lain tengah sibuk dengan 就職活動, ak plak buat internship (笑) Nak suka ke x berita tuh lain citer, yg penting pengalaman yg bakal diperoleh ;) 

1 comment:

  1. molek ni pendedahan awal untuk memasuki alam pekerjaan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC