Followers

Friday 27 August 2010

Sebastien Squillaci

Arsenal telah berjaya melengkapkan pembelian ketiga dan kemungkinan besar terakhir sewaktu pintu perpindahan musim panas apabila membawa masuk pemain pertahanan berpengalaman, Sebastien Squillaci daripada kelab Sepanyol, Seville pada harga yg dilaporkan sebanyak 5.3 juta pound.. Dilahirkan pada 11 Ogos 1980, Squillaci akan memakai jersi bernombor 18 ntk pasukan Arsenal.. Karier bola sepak professional Squillaci adalah bersama kelab Sporting Toulon sekitar tahun 1997 sebelum berpindah ke AS Monaco pada tahun 1998~ Dibawah pengurusan Didier Deschamps, Squillaci berjaya membantu pasukan menuju ke pusingan akhir UEFA Champions League 2004 setelah menumpaskan Real Madrid dan Chelsea.. 


Squillaci berpindah ke kelab Lyon pada tahun 2006 dan berjaya memenangi juara Ligue 1 sepanjang bersama kelab tersebut~ Squillaci bersetuju ntk dijual ke Seville pada tahun 2008 pada harga sekitar 6 juta pound~ Pada peringkat antarabangsa, Squillaci mula bermain ntk negara sejak tahun 2009 dan kini telah mengumpul sebanyak 21 caps.. Kehadiran Squillaci ke dalam skuad Arsenal diharapakan dapat mengukuhkan barisan pertahanan yang sememangnya menjadi isu sejak beberapa musim yang lepas khususnya setelah Arsenal melepaskan 4 pemain pertahanannya sewaktu pintu perpindahan baru2 nih..


p/s Penulis masih mengharapkan kemasukan ramai pemain berpengalaman dalam skuad Gunners bagi menambahkan saingan dari segi mental dan fizikal ntk merebut piala musim nih~

3 comments:

  1. wah!!
    masyukk la cm ni.
    go ARSENAL!!!

    ReplyDelete
  2. yaaay, saya nampak anda didalam paper =)

    ReplyDelete
  3. @firfa: harap2 dia nih bukan injury-prone~

    @yanee: haha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC