Kepenatan setelah pulang dari 学会 (Conference) masih belum hilang namun ak terpaksa pergi juga ke 大学 (University) bagi membantu menjayakan オープンキャンパス (Open Campus) terakhir sebelum sesi pembelajaran bermula pada bulan depan.. Kali nih ak terpaksa membuat segala kerja2 mengangkat barang2 sorang2 memandangkan member2 lain dah "selamat" pulang ke 実家 (Parent's home) masing2 -_-" Terserempak ngan 高山先生 (Mr. Takayama) yang juga merupakan supervisor kepada rakan ak yg "bermasalah"; berita mengejutkan bahawa member yg disangkakan telah pulang ke Malaysia sebenar nye masih berada di Jpon dan kini keluarga dia terpaksa datang ke Jpon ntk "menjemput" dia pulang bersama.. Mujur supervisor tuh cakap member tuh masih memerlukan 3 単位 (Credit hour) ntk membolehkan dia 卒業 (Grad) tp dengan syarat perlu menghadirkan diri ke kelas! オープンキャンパス berakhir sekitar jam 1530 dan ak terpaksa bergegas pulang ke umah ntk bersiap bagi menghadiri program Iftar anjuran Masjid Kyoto..
Iftar bertemakan Islamic World Food Festival nih dianjurkan setiap tahun dalam pertengahan bulan Ramadhan; kali pertama ak menyertai program Iftar nih ialah sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di Jpon pada tahun 2008.. Tahun 2009 ak x sempat sertai kerana tarikh yang sama ak pulang ke Malaysia ;) Tahun nih merupakan kali kedua ia diadakan bertempat di 京都市勧業館 (Kyoto International Exhibition Hall)= Bergerak daripada 南草津駅 (Minami-kusatsu Station) sekitar jam 1650 menuju ke 京都駅 (Kyoto Station), dari situ kitorang naik bas menuju ke 東山ニ条 (Higashiyama-nijo).. Setelah berjalan kaki sekitar 10 minit, kitorang selamat tiba di destinasi sekitar jam 1745; waktu tuh dah ramai gak yang menghadirkan diri termasuk non-muslim kerana sesi pendaftaran bagi non-muslim sudah dibuka sejak jam 1600 lagi; terdapat sesi dialog dalam bahasa Jpon bagi membincangkan tentang Islam pada waktu tuh yg di laksanakan oleh seorang prof. daripada 京大 (Kyoto University)~
Alang2 dah sampai awal, ak try call keluarga angkat memandangkan tiket masuk diorang bersama ngan ak.. Terkejut bila mendapati diorang dah lama sampai ntk menghadiri "kuliah" jam 1600 tuh o_0 Dewan yang agak besar tuh menempatkan pelbagai juadah beraneka jenis daripada negara2 Islam seperti Mesir, Bangladesh, Indonesia, dan Iran.. Berbuka ringkas sebelum mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah; selesai solat kitorang diminta bergegas ke dewan makan kerana upacara bakal bermula lepas tuh.. Konon nyer 市長 (Mayor) akan merasmikan program Iftar nih seperti tahun lepas namun ak x perasan plak kelibat 市長 tuh; mungkin ak masuk lambat sket kot (笑) x boleh blah tgk pinggan bdk2 nih yang penuh dgn ayam tandoori; ghupe2 nyer Raju pon turut serta dalam program Iftar kali nih \(^o^)/ Selama nih dok bayar mahal2 ntk makan situ, kali nih amik free jer memang x leh lepaskan peluang aa~ (笑)
Sambil makan2, ak amik kesempatan ntk borak2 ngan beberapa orang Jpon yang turut hadir dalam program Iftar nih.. Terkejut gak bila satu pasangan Jpon nih memberitahu diorang dah hadir lebih daripada 4 kali program Iftar nih; konon nyer dapat tau daripada Kelas Bahasa Arab yang diorang sertai.. Bila di tanya kenapa nk blaja Bahasa Arab, diorang cakap "Nak berbaik dengan orang Arab~" Segan gile bagi seorang berketurunan Arab dan Islam yang x reti berbahasa Arab ;p Bile borak2 ngan orang lain, tetiba dia leh tanya samada kitorang daripada program JAD; ghupe2 nyer dia pernah mengajar 日本語 (Japanese) ntk JAD 3~5.. Kini mengajar di RITS ntk pelajar tahun 1 (笑) Nak masuk program Iftar kene ada tiket, tp tiket tuh hanyalah ntk menyertai acara cabutan bertuah lepas selesai makan.. Seperti biasa nombor yg ak dapat jarang bertuah (笑)
Selesai program sekitar jam 2030, waktu tuh keluarga angkat ajak g lepak2 tempat lain tp oleh kerana ak masih kepenatan x sudah2, ajakan mereka terpaksa ak tolak dengan baik.. Dalam perjalanan pulang, usha jap livescore, terkejut match Arsenal dah lama start dan waktu tuh Arsenal tengah leading 1-0 hasil jaringan Walcott.. Try usha kt iPhone menerusi app TVUlite; kagum gile dapat tengok laju jer tp ghupe2 nyer dia kasi tgk free selama 2 minit jer.. Kalo nk tengok lebih kene beli app full version nyer berharga 600円 (RM 22) -_-" Laju jer balik umah ntk tgk guna komputer, nasib baik menang 2-1 \(^o^)/
p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~
bagus aktiviti seperti ini
ReplyDeletetulah.. sekurang2 nyer satu jalan yg baik ntk mengajar Islam pada yg non-muslim..
ReplyDelete