Followers

Monday, 9 August 2010

高齢化 (Aging)

Sejak menuntut bahasa Jpon lagi ak telah diperkenalkan dengan perkataan 少子高齢化 (Low Birth Rate and Aging); suatu masalah yang melanda Jpon sejak dulu.. Bila borak ngan member2 Jpon, sumer akan terkejut bila diberitahu bilangan adik-beradik ak yang ramai kerana 基準 (Standard) keluarga Jpon ialah ibu, ayah, dan 2 orang anak.. Berbeza dengan rakyat di 中国 (China) yang melarang keluarga memiliki lebih daripada 1 orang anak; konon nyer hanya keluarga yang berpendapatan tinggi jer boleh memiliki lebih daripada sorang~ Semestinye kos tanggungan yang tinggi menjadi isu utama, tp perkara nih mungkin sukar ntk difahami oleh rakyat Malaysia kerana jika dilihat di kampong2, keluarga berpendapatan rendah tp anak ramai dipandang "murah rezeki" (笑)..
Birth and death rates in Japan since 1950.

Jpon mengatasi negara lain apabila memiliki kadar tertinggi penduduk tua; 21% daripada seluruh rakyat Jpon berusia 65 ke atas.. (link) Konon nyer peratusan terendah pernah di capai ialah 4.7% pada tahun 1935, kini angka tersebut kian meningkat dan dijangka mencapai 30% pada tahun 2025~ (link) Kalo di Malaysia, nk tengok orang tua jalan2 di pasaraya agak sukar, tp di Jpon golongan berusia lah yang monopoli aktiviti 登山 (Mountain Climbing)~ Teknologi perubatan yang begitu maju, membuatkan 死亡率 (Death rate) yang rendah turut menyumbang kepada 高齢化社会 (Aging society)~ Kalo bersua ketika berjalan di mana hatta x kenal sekalipun, orang2 tua gemar memberi salam lebih2 lagi kepada 外人 (Foreigners)~ Bagus nyer Jpon kerana memiliki bilangan penduduk tua yang ramai kerana ak pernah dengar sebuah hadis yang menunjukkan kemurkaan Tuhan atas sikap hamba-Nya namun masih bersabar kerana kewujudan bayi dan orang tua (need citation)..


Orang tua di Jpon pada ak semua nyer baik2 belaka; meskipun kebanyakan ホームレス (Homeless) yang di jumpai adalah dikalangan mereka.. Terkejut bila layan video dibawah yang menunjukkan Jpon memiliki "penjara khas" ntk golongan berusia memandangkan kes jenayah melibatkan mereka semakin meningkat setiap tahun.. Misteri terbongkar apabila penjara dianggap sebagai 介護室 (Nursing home) bagi mereka2 yang kebanyakan nyer ホームレス kerana di sana makan, minum, dan tempat tinggal mereka terjaga.. Namun, ternyata ada suara2 yang x puas hati kerana pihak penjara menggunakan duit cukai rakyat ntk menampung perbelanjaan mereka.. Sedih juga bila melihat seorang lelaki dalam usia 80-an di masukkan ke dalam penjara kerana kesalahan mengganggu lalu lintas.. Lelaki tuh menghidap penyakit dementia sehingga leh lupa no bilik meskipun dah menginap di situ bertahun lama nyer.. 

 


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia ” [23] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. [24] 
Al-Isra': 23-24

2 comments:

  1. laa, kesiannya lelaki tu, dia dah nyanyuk dah tu - takkan kena masuk penjara?

    macam2 pulak dunia ni...

    ReplyDelete
  2. tulah pasal..
    penjara nih dah cam rumah orang tua2 la plak.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC