Followers

Tuesday, 31 August 2010

独立記念日 (Independence Day)

31 Ogos - MALAYSIA

Negara Malaysia menyambut kemerdekaan kali ke-53 pada hari ini.. Tahun ke 3 ak menyambut kemerdekaan di tanah bekas penjajah..  Erti kemerdekaan menurut Arkib Negara ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah (link).. Mungkin ramai akan akur apabila dikatakan cengkaman kuasa asing masih kekal di bumi Malaysia; bukan dari segi fizikal tetapi lebih kepada aspek rohani di mana saban hari media massa kerap mengutarakan gejala2 sosial yang sememangnya bukan budaya orang Timur.. Ramai menunding jari ke arah Barat atas segala yang berlaku tp adakah kita lupa ntk muhasabah diri ntk berubah? 

"People of the world don't look at themselves, and so they blame one another"
-Rumi-

Bila di imbas kembali, setiap kali hari kemerdekaan, orang akan mempersoalkan soalan yang sama; adakah kita ni benar2 sudah merdeka? Laungan "Merdeka" sebanyak 7x di laungkan di hadapan bekas penjajah pada tarikh yang sama tahun 1957, agak2 tahun berikut nye rakyat masih mempersoalkan negara sudah merdeka ke blom x ek?? Mengapa status kemerdekaan negara sering di persoalkan hanya apabila melihat gejala sosial yang x surut2 meskipun kini kita berada di bulan Ramadhan?? Mengapa status kemerdekaan negara masih dipersoalkan meskipun keadaan negara masih aman dan makmur tanpa peperangan atau darurat?? Mengapa status kemerdekaan negara masih dipersoalkan meskipun dah 53 tahun kita bergelar "rakyat yang merdeka"??


Teringat waktu mengikuti kursus BTN sebelum fly dulu, kitorang dipertontonkan tayangan video mengenai perjuangan rakyat dan pemimpin yang berganding bahu ntk mencapai kemerdekaan negara; yang perempuan menggadaikan barang kemas bg membantu pemimpin ntk belayar ke barat dalam proses kemerdekaan manakala yang lelaki pula mengerah keringat menyebarkan risalah2 patriotik kepada seluruh masyarakat.. Jika dahulu rakyat boleh berganding bahu bersama pemimpin ntk mencapai objektif yang sama, pelik gile bila melihat situasi kini yang mana rakyat boleh berpecah-belah atas nama politik?? Bila rakyat x bersatu, macam2 isu boleh timbul sehingga meleret membawa kepada isu besar.. Mujur iklan2 petronas setiap tahun menjelang hari kemerdekaan sentiasa mempunyai mesej patriotik ntk disampaikan..






MERDEKA!

3 comments:

  1. iklan yang baru nie aku tak syok sangat..yang little indian boy tue best :)

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut hari kemerdekaan.. harapnya semakin lama rakyat boleh memahami dengan lebih jelas lagi

    ReplyDelete
  3. @ Marcelo: iklan arahan arwah Yasmin Ahmad.. memang terbaek!

    @ etomyam: huhu.. tinggal harapan jer kot~ ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC