Followers

Tuesday 17 August 2010

Words of Wisdom


  • Jangan sekali2 kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupon hanya sekadar senyuman
  • Dunia nih umpama lautan yg luas.. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnye.. Andai muatan kita adalah iman dan layarnye adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup nih~
  • Hidup x selalu nyer indah tp yg indah tuh tetap hidup dlm kenangan~
  • Setiap yg kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran tuh terlalu penting dlm sebuah kehidupan.. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang~
  • Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnye
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dgn ketenangan dan keamanan.. Hidup tanpa pegangan ibarat buih2 sabun. Bila2 masa ia akan pecah~
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.. Memberi sedikit dgn ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tp diiringi dgn riak
  • Tidak ada insan suci yg x mempunyai masa lampau dan x ada insan yg berdosa yg x mempunyai masa depan
  • Kata2 yg lembut dpt melembutkan hati yg lebih keras dr batu. Tetapi kata2 yg kasar dpt mengasarkan hati yg lunak seperti sutera.
  • Lidah yg panjang nyer 3 inci boleh membunuh manusia yg tinggi nyer 6 kaki~
  • Agama x pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yg selalu mengecewakan agama.
  • Nafsu mengatakan perempuan tuh cantik atas dasar rupanye.. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannye.. Dan hati mengatakan perempuan tuh cantik atas dasar akhlaknye..
  • Keikhlasan tuh umpama seekor semut hitam di atas batu yg hitam di malam yg amat kelam.. Ianya wujud tp amat sukar dilihat..
  • Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagianan.
  • Seseorang yg bijak melahirkan kata2 selalu nyer disanjung sehingga ia mula bercakap kosong..
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu ttp sebalik nyer ilmu akan berkembang jika ianye digunakan.
  • Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh tuh jika anda memiliki kedua2 nyer janganlah anda lupa pd Yang Maha Berkuasa.
  • Sahabat yg x jujur ibarat dapur yg berhampiran. Jikalau pun kamu x terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnye..
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan..
  • Kita sentiasa muda ntk melakukan dosa ttp x pernah tua ntk bertaubat.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Setiap mata yg tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yg rendang di mana insan dpt berteduh. Jgn seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api..
  • Menulis 10 jilid buku mengenai falsafah lebih mudah drpd melaksanakan sepotong pesanan..
  • Jgn menghina barang yg kecil kerana jarum yg kecil tuh kadang2 menumpahkan darah..
  • Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainye sema akan dapat merasa harumnya. Oleh tuh berikanlah walau secebis kegembiraan yg anda miliki tuh kepada teman anda..
  • Esok pasti ada tp esok belum pasti ntk kita.. Beringat2 lah ntk menghadapi esok yg pastikan mendatang..
  • Reaksi emosi jgn dituruti kerana implikasinya x seperti yg diimaginasi~
  • Sahabat yg beriman ibarat mentari yg menyinar. Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan.. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..
  • Orang yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu ntk membaca kerana membaca itu sumber hikmah; menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa; menyediakan waktu ntk berfikir kerana berfikit tuh pokok kemajuan; menyediakan waktu ntk beramal kerana beramal tuh pangkal kejayaan; menyediakan waktu ntk bersenda kerana bersenda tuh akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat tuh adalah ibu dari segala ketengangan jiwa..
  • Penglihatan itu sebagai panah iblis yg berbisa, maka siapa yg mengelakkannye kerana takut pada-Ku, maka Aku akan menggantikannya dgn iman yg dirasakan manisnya dalam hati..
  • Wanita yg cantik tanpa peribadi yg mulia, umpama kaca mata yg bersinar2 ttp x lihat apa2.
  • Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup=
  • Tanda orang bijaksana ialah hatinye selalu berniat suci; lidahnye selalu basah dgn zikrullah; matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa); sabar terhadap perkara yg dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia
  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka tuh adalah dendam.. Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa~ Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim~ Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji!
  • Hidup umpama aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair =)
  • Kata2 itu sebenarnyer x mempunyai makna ntk menjelaskan perasaan; manusia boleh membentuk 1000 kata, 1000 bahasa~ tp kata2 bukan bukti unggulnye perasaan..
  • Hidup x leh berpandukan perasaan hati yg kadangkala leh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu @ membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan~
  • Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang~ Malang nyer bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati x sanggup menerima penderitaan..
  • Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri @ emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan..
  • Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, jgnlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain~
  • Dunia ini ibarat pentas, kita adalah pelakonnye.. Maka berlumba2 lah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat..
  • Akal itu menteri yg menasihati, hati tuh ialah raja yg menentukan, harta tuh satu tamu yg akan berangkat, kesenangan itu satu masa yg ditinggalkan..
  • Selemah2 manusia ialah orang yg xleh mencari sahabat dan orang yg lebih lemah dari tuh ialah orang yg mensia2 kan sahabat yg telah dicari~
  • Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dr nenek moyang..
  • Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman, dan mati x berteman~
  • Lidahmu adalah bentengmu, jika ko jaganye maka ia akan menjagamu, dan jika ko biarkan nyer, maka ia x akan pedulikanmu~
  • Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dpt menguasai dirinye sendiri~
  • Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang; sedangkan orang lain menganggapnye sebagai batu loncatan..
  • Kalo kita lakukan semua yg kita upaya lakukan.. sesungguhnye kita akan terkejut dgn hasilnye..
  • Kita selalu lupa @ jarang ingat apa yg kita miliki, tp kita sering kali ingat apa yg orang lain ada..
  • Apa yg diperolehi dlm hidup ini adalah sepenuhnye daripada apa yg kita berikan padanye..
  • Fikirkan hal2 yg paling hebat, dan ko akan menjadi terhebat.. Tetapkan akal pd hal tertinggi, dan ko akan mencapai yg tertinggi..
  • Dunia nih xde jaminan melainkan satu peluang..
  • Kehidupan kita di dunia nih x janjikan satu jaminan yg berkekalan.. Apa yg ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.. Jaminan yg kekal abadi hanya dpt ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi~
  • Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia ntk menyambut kesempatan yg menjelma..
  • Kekuatan x dtg dari kemampuan fizikal, tp ianye dtg dari semangat yg x pernah mengalah..
  • Mengetahui perkara yg betul x memadai dan bermakna jika x melakukan perkara yg betul..
  • Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yg ingin sentiasa melakukan yg terbaik; jadikan sebagai aturan hidup ntk melakukan yg terbaik dlm apa jua yg dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

3 comments:

  1. Didunia ini hanya sementara diakhirat yang kekal abadi.. Kita hendaklah sentiasa besyukur dgn nikmatNya..

    ReplyDelete
  2. Setuju Bro,

    nk yg terbaek, kite dulu jadi terbaik..

    Kurangkan mencari, bykkan 'menjadi'

    ReplyDelete
  3. everyday kene nyanyi selamat hari jadi la camnih.. (笑)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC