Followers

Monday 16 August 2010

京の七夕 (Kyoto's Tanabata)

15 Ogos - KYOTO

七夕 (Star Festival)
Sejarah mengatakan 七夕 berasal daripada Qixi Festival yang berlangsung di negara China; mula di raikan di Jpon sekitar 奈良時代 (Nara Period) dan kini Taiwan, Vietnam, Korea dll turut mengadakan perayaan yang sama setiap tahun~ Mitos perayaan nih ialah pertemuan antara 織姫 (Vega) dan 彦星 (Altair); menurut legenda, kedua pasangan kekasih nih telah dipisahkan oleh 天の川 (Milky Way); sungai yang dicipta daripada bintang2 yang bertaburan di langit dan mereka hanya dapat bertemu sekali jer setiap tahun.. Bagi agama 神道 (Shinto) pula, perayaan nih disambut dengan seorang 巫女 (Shrine maiden) menganyam sehelai kain bernama 棚機 (Tanabata) berdekatan dengan sungai ntk dihadiahkan kepada Tuhan sebagai suatu bentuk penyembahan meminta keselamatan buat padi daripada hujan ribut; dan juga supaya mendapat hasil penuaian yg baik di waktu 秋 (Autumn).. 


日本の七夕 (Japan's Star Festival)
Di Jpon pula, cara perayaan nih dijalankan ialah dengan menulis harapan, kadang-kala dalam bentuk puisi diatas 短冊 (Strip of paper) dan digantung kt 竹 (Bamboo) yg kadang-kala nyer dihias.. 竹 dan perhiasan tuh selalu nyer akan dibiarkan terapung di atas sungai atau dibakar selepas berakhir nyer perayaan tersebut, iaitu pada tengah malam atau keesokan hari nyer.. Cara sambutan 七夕 konon nyer berbeza mengikut tempat~


京の七夕
Walaupon pernah meraikan 七夕 ketika sedang menuntut 日本語 suatu ketika dahulu, ini mungkin kali pertama ak meraikan pesta yang agak meriah kerana dibanjiri dgn orang ramai.. 京の七夕 bermula sejak 6hb yang lepas dan hari nih merupakan hari terakhir pesta nih dijalankan.. Namun bilangan orang yg hadir tetap x boleh blah (笑).. Kagum dengan karya seni daripada 竹; kebanyakan yang hadir hanya ingin menyaksikan 光の天の川 (The lights of the Milky Way), di mana 80 ribu LED dipasang pada monumen gergasi diperbuat daripada 竹 di 堀川会場 (Horikawa Venue)~ Jalan kaki nk pergi jer ambil masa sejam, tp nak patah balik menuju ke 二条城前駅 (Nijojomae Station) pula mengambil masa hampir setengah jam! Pesta lampu hanya terpasang bermula jam 1900~2130.. Berat gile kaki waktu nak balik~ ;) 






p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC