Followers

Thursday 12 August 2010

The Doha Debates

"The Doha Debates" merupakan sebuah rancangan berbentuk forum bebas bersuara dan berpusat di Qatar.. Rancangan nih mengetengahkan isu2 kontroversi dan hangat disamping cuba membawa mata dunia kepada Asia tengah sebagai satu cara menghubungkan dunia Islam kepada dunia barat.. Rancangan nih dikendalikan oleh Tim Sebastian, bekas koresponden ntk BBC dan penerima anugerah BAFTA (British Academy of Film and Television Arts) Richard Dimbleby pada tahun 1982~ Rancangan ini adalah sebahagian daripada Qatar Foundation, dan hak milik persiaran telah dijual kepada BBC World News dimana rancangan nih ditayangkan sebulan sekali, 8x setahun~


Corak debat ala2 parlimen olok2 dimana setiap siri akan mengetengahkan suatu topik hangat (motion); setiap pihak diwakili oleh 2 ahli panel dan setiap seorang akan diberikan masa ntk memberikan hujah; ahli panel dibenarkan menyuarakan pendapat setiap kali seseorang selesai memberikan hujah.. Setelah 4 ahli panel selesai menyuarakan hujah, tiba masa ntk para penonton di studio ntk mengemukakan soalan kepada ahli panel terbabit.. Rancangan nih mengambil masa hampir 50 minit dan sebelum berakhir, Tim akan meminta para penonton di studio ntk mengundi samada bersetuju dengan topik pada hari tersebut atau membangkang~ Keputusan undian akan ditunjukkan di akhir rancangan.. 


Rancangan ini bermula pada tahun 2004, dan sehingga kini telah masuk musim ke-6~ Setiap episod boleh di layan secara percuma melalui laman web nih~ Ak baru jer diperkenalkan dengan rancangan nih setelah membaca blog saifulislam dan setakat nih telah selesai layan 3 episod (笑) Lepas layan video di bawah, agak2 korang akan sokong pihak mane?

2 comments:

  1. Salam,

    rancangan realiti macam ni tak nak pulak dibuat orang kat Malaysia ni. orang luar buat reality show, Malaysia buat reality show tapi reality show yg tah ape2 yg nak ditiru.

    ReplyDelete
  2. bro, pada ak ape2 rancangan yg ditayang kt Malaysia tuh ikut demand penonton di Malaysia.. buat masa ni, rakyat di Malaysia terlalu gilakan rancangan realiti hiburan~ Mungkin blom sampai lagi masa ntk mereka layan rancangan realiti serius camni.. wallahua'lam~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC