Followers

Saturday 7 August 2010

びわ湖花火大会 2010

6 Ogos - BIWAKO

夏 (Summer) juga boleh di panggil musim 花火 (Fireworks)! Di undi sebagai pesta bunga api no. 7 paling popular di Jpon (link), びわ湖花火大会 (Biwako Fireworks Event) tahun nih juga x mengecewakan dengan sambutan yang begitu menggalakkan daripada seluruh Jpon.. Buat julung2 kali juga ak ajak ibu angkat ntk turut-serta layan 花火 bersama2; plan jumpe di 大津駅 (Otsu Station) sekitar jam 1730 tp boleh plak dia call ak dalam jam 1700 cakap dah sampai -_-" Terkial2 daripada 研究室 (Lab) terus ke umah ntk solat dan bergegas ke 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) tanpa sempat memakai pakaian rasmi 祭り (Festival) iaitu 甚平 (Jinbei).. X boleh blah bila jumpa bdk2 後輩 (Junior) dok kumpul ramai2 konon nyer nk tunggu bdk pompuan, last2 semua gerak gak sebab dah malas menunggu.. Dalam 電車 (Train) memang pack giler orang, tp kebanyakan daripada mereka turun di 膳所駅 (Zeze Station).. Selamat tiba di 大津駅 sekitar jam 1745, bukan main lagi beratur panjang nak kluar dari 駅 -_-"


Berbeza dengan tahun lepas, tahun nih memang dah plan nk cop tempat duduk; Abg Amir yang menetap di 膳所 (Zeze) telah bersetuju ntk cop tempat duduk btol2 depan tasik dengan keluasan yang boleh menampung melebihi 20 orang.. Skali boleh plak dapat panggilan daripada Abg Amir konon nyer tempat yang di cop telah kene kebas dek orang Jpon -_-" Asalnye Abg Amir dah cop semua satu tempat, tp mungkin angin yang kuat telah memisahkan tikar2 yang telah di pasang membuatkan orang Jpon fikir ruang tuh masih kosong. ;) Dok lepak2 di situ sekitar 1 jam setengah seblom 花火 mula dilancarkan pada jam 1930.. Ape yang ak perasan ialah ada 花火 baru tahun nih di mana ia boleh kekal pada satu tempat dan hilang tanpa jatuh ke bawah oleh tarikan graviti~  Seperti biasa ada macam2 bentuk 花火 yang dipamerkan seperti doraemon, smiley, rama2, logo BSN, pokeball, dsb..


Kesian jugak bile ada pengumuman memberitahu ada sorang 迷子 (Lost child) daripada 東京 (Tokyo) sedang mencari keluarga nyer dalam kesesakan orang ramai ;) Ternyata perasaan bila lihat secara terus depan mata lagi masyuuukkk daripada layan video~ Banyak gak gambar yang sempat di tangkap pada pesta kali nih~ Ak khususkan babak2 akhir yang memang gempak dalam bentuk video sebagai kenangan buat diri dan orang lain~ Enjoy!


花火 berakhir sekitar jam 2030; Jalan raya ketika itu penuh sesak dengan umat manusia yang bergegas ingin naik 電車; dikhabarkan setiap tahun jumlah pengunjung yang turun menyaksikan びわ湖花火大会 ialah melebihi 350 ribu orang.. Abg Amir ajak lepak2 di umah dia seperti biasa seblom pulang; dalam perjalanan, kempunan gile nk makan jagung bakar sampai sanggup bayar 500円 (RM 18) ntk sebatang! Lepak2 kt umah Abg Amir sampai jam 2330 baru pikir nk balik; mujur 終電 (Last train) hari tuh sekitar 0045 kalo x silap.. Terkejut gak waktu tiba di 膳所駅, masih ada lagi beberapa orang yang berpakaian tradisional Jpon ala2 祭り yang menunggu ketibaan 電車.. Mungkin ada kaitan dengan kelewatan 3 minit yang tercatit pada papan penanda elektronik di 駅 kot.. ;)

 

p/s Gambar2 lain boleh di layan melalui sini

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC