Followers

Friday 14 May 2010

日本のモスク (Masjids in Japan)

 Semua orang tau yang Jpon bukan sebuah negara Islam; nak kata diorang agama ape pon diorang sendiri x tau -_-" Bilangan penganut agama Islam di Jpon juga walaupon semakin meningkat tapi masih dalam bilangan yang kecil berbanding negara bukan Islam yang lain.. Persoalan kat sini ialah brape banyak masjid ade di Jpon nih? Orang cakap cume ade 2 jer, ada yang kate bawah 10, yang blank cakap xde langsung masjid kt Jpon.. Mujur ade badan yang berhati mulia ntk tolong kira bilangan masjid di Jpon.. Berdasarkan pengiraan sehingga disember tahun lepas, terdapat lebih 50 masjid diseluruh Jpon dengan 9 daripada nye terletak di 東京 (Tokyo).. (link)

Masjid di luar negara agak lari skit daripada persepsi kebanyakaan penganut Islam terutama nye daripada Malaysia kerana bentuk bangunan dan keluasan dalaman masjid di luar negara secara purata lebih kecil dan tiada kubah.. Kalo dari mata rakyat Malaysia, sepatut nye dipanggil "surau" ;) Kebanyakan masjid di Jpon di bina sekitar 10 tahun yang lepas~ Masjid pertama yang siap di bina ialah Masjid Kobe; di bina pada tahun 1935 dan masih kukuh sehingga sekarang.. Kuasa Allah apabila masjid nih selamat ketika zaman perang dunia dan peristiwa gempa bumi terbesar di Kobe sekitar tahun 1995~


Selama berada di Jpon sehingga kini, ak berkesempatan ntk menziarah 3 buah masjid; Masjid Kyoto, Masjid Kobe, dan Masjid Hachioji (東京).. Masjid Kobe paling cantik seni bina antara 3 buah masjid yang pernah ak lawati kerana dibina oleh arkitek Czech mengikut gaya tradisional Turki.. Banyak kedai dan restoran makanan halal boleh didapati sekitar masjid.. Ade 1 restoran india muslim di Kobe yang agak terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana restoran tersebut pernah dilawati oleh penyanyi Siti Nurhaliza.. Masjid yang paling dekat dengan tempat tinggal ak ialah Masjid Kyoto; tp nak g sana amik masa 1 jam dengan menggunakan perkhidmatan 電車 (train)~

Masjid Kyoto agak unik kerana ruang solat dia terletak di bawah tanah.. Meskipun ruang yang disediakan agak kecil, lebih kurang 110 orang boleh muat ntk mengerjakan ibadah di situ.. Imam kebanyakan masjid merupakan orang luar; wallahua'lam kalo ade orang Jpon yang jadi imam, jadi makmum boleh tahan gak jumlah nyer= Setiap tahun, komuniti Islam di Kyoto mengadakan majlis berbuka puasa bersama2 dengan juadah yang terhidang merupakan masakan daripada wakil pelbagai negara yang menetap di sekitar Kyoto.. Tahun lepas ak x dapat g sebab balik Malaysia; harap2 tahun nih dapat g~ (28/8);)  (link)

p/s Kalo nak g naik bas ke Masjid Kyoto, kene amik bas daripada Stesen Kyoto di pondok A2 dan turun di 荒神口= Lintas jalan kt simpang menghala ke arah timur, pasal jalan terus menuju arah utara dalam 10,20 meter nanti akan nampak papan tanda "Islamic Cultural Center" Masjid Kyoto terletak di bawah tanah bangunan nih.. ;) (link)

8 comments:

  1. brsyukurlah kita lahir kat malaysia yg masih blh beramal ivadat dgn tnteram kan??

    kat negara2 lain terutama palestin..kuatnya dugaan mereka

    got fren..syahid kat sana..sedih;D

    btw..hope dpt jejak ke jepon one day..

    ReplyDelete
  2. prnah dgr yg org jepun kbanyakannya xde agama.. btol ke?

    ReplyDelete
  3. @ jane : innalillah.. best nyer kalo dapat jejak kaki ke bumi anbiya.. ;)

    @ fatimah : yup, memang btol pon.. hampir majoriti xde agama tetap.. main belasah jer sumer= ;)

    ReplyDelete
  4. masjid tuh masih berdiri teguh selepas atom singgah ke jepun bro??

    ReplyDelete
  5. Masyaallah...maha suci tuhan pencipta seluruh alam...

    ReplyDelete
  6. bguslah de masjid kt cne. kat malaysia nie harap je byk, tpi cume penuh time solat jumaat jer..lbih baik ada sikit je masjid, tpi digunakan sebaik2nya..

    ReplyDelete
  7. hmm.. wallahua'lam la bro..
    ak pon bukan jenis kaki masjid gak waktu kt Malaysia dulu ;)

    tp setau ak, setiap masjid ada program2 berciri keagamaan yang dijalankan lepas isya' dsb.. bukan setiap malam, tp dalam seminggu ade la 3,4 kali kot..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC