Followers

Monday 10 May 2010

Arsenal 09/10 Season Review

最後の試合 (Last match)
EPL musim 09/10 menutup tirai semalam dengan menyaksikan kelab Chelsea meraih piala liga setelah berjaya menumpaskan Wigan 8-0 di gelanggang sendiri.. Perbezaan satu mata menyaksikan Manchester United (MU) kekal di tangga ke-2 liga sementara kelab yang ak sokong, Arsenal berjaya mengekalkan tempat ke-3 liga setelah berjaya menumpaskan Fulham 4-0 di gelanggang sendiri.. Kemenangan ke atas Fulham sememangnye sesuatu yang yang menggembirakan semua peminat Arsenal kerana rekod perlawanan Arsenal sebelum tuh menyaksikan Arsenal kalah dan seri 5 perlawanan=( Fulham bakal berdepan dengan Attletico Madrid yang dijadualkan berlangsung pada hari rabu minggu nih bagi merebut piala UEFA; oleh sebab tuh beberapa pemain utama Fulham x di turunkan sewaktu menentang Arsenal menyaksikan mereka bermain dengan agak buruk.. Perlawanan terakhir Arsenal nih juga menyaksikan gol pertama dalam EPL musim nih bagi penyerang muda sensasi antarabangsa Mexico, Carlos Vela= Turut membuat kemunculan pertama ialah Johan Djourou yang pulih daripada kecederaan lama dan juga pemain muda, Henri Lansbury~ Sekali lagi Arsenal menutup tirai bola sepak musim 09/10 tanpa memenangi sebarang piala; dah 5 tahun!


アーセナルのシーズンの流れ (Arsenal's Season)
Musim nih menyaksikan Arsene Wenger (AW) membawa masuk Thomas Vermaelen dan Sol Campbell; 2 pemain pertahanan dan mengucapkan selamat tinggal buat Adebayor, Toure, dan Senderos (loan)~ Skuad Arsenal sebelum stat musim di lihat agak lemah dari segi pengalaman dan kekuatan keseluruhan meskipun AW pernah cakap pasukan skang merupakan antara pasukan terbaek dia pernah uruskan.. Mulut media tertutup apabila Arsenal bermula garang di awal saingan liga dengan membelasah Everton 1-6 di gelanggang lawan.. Arsenal meneruskan rentak kemenangan berturut-turut sehinggalah tewas pada MU di gelanggang lawan dek jaringan sendiri Diaby -_-" Minggu berikutnye turut menyaksikan Arsenal tewas di tangan jiran MU iaitu Manchester City (MC) 2-4 di gelanggang lawan; mungkin di nobat antara perlawanan paling kontroversi kerana bekas pemain Arsenal, Adebayor pijak kepala Van Persie pastu bila dah skor, dia gi sambut depan penonton pasukan Arsenal~ Atas sikap x professional dia, pihak FA telah menjatuhkan hukuman sewajarnye dengan menggantung perlawanan malaun tuh~ Mujur Arsenal memulakan rentak tanpa kalah kepada 13 perlawanan (termasuk UCL dan Carling Cup) sebelum tewas mengejut kepada Sunderland 0-1 di gelanggang lawan.. 

Bulan November menyaksikan Robin Van Persie (RVP) terpaksa direhatkan lama akibat kecederaan buku lali sewaktu bermain ntk negara ntk perlawanan persahabatan bertemu Itali.. Keengganan AW ntk membawa masuk pemain penyerang baru sewaktu awal musim benar2 membawa padah kerana terpaksa bergantung harap kepada penyerang muda, Bendtner dan penyerang tidak konsisten, Eduardo dan Vela.. Kekalahan terhadap Chelsea di gelanggang sendiri juga merupakan sesuatu yang boleh dijangka kerana Arsenal bermain ibarat tanpa penyerang! Bulan Disember turut menyaksikan Arsenal tewas kali ke-2 di tangan MC bagi saingan Carling Cup~ Kekalahan yang boleh diduga kerana gaya AW yang gemar menurunkan pasukan simpanan ntk merebut saingan piala liga.. Sewaktu pintu pemindahan pemain bulan Januari dibuka, ramai yang mengharapkan AW ntk membawa masuk pemain penyerang bagi mengisi ruang yang ditinggalkan oleh RVP; banyak gak nama2 pemain terkenal yang dikaitkan dengan Arsenal ketika tuh antaranye Chamakh, David Villa, dan Edin Dzeko tapi last2 yang masuk ialah Sol Campbell -_-" AW memberikan alasan bahawa pemain2 tersebut ingin meneruskan perjuangan di kelab mereka sambil mengharapkan sesuatu daripada pemain muda, Bendtner yang baru pulih daripada kecederaan.. 

Bulan Januari turut menyaksikan penyingkiran Arsenal daripada saingan piala FA setelah tewas 1-3 kepada Stoke City di gelanggang lawan.. Arsenal turut di malukan 1-3 di gelanggang sendiri oleh MU dan juga tewas berturut2 kepada pendahulu liga, Chelsea 0-2 di gelanggang lawan di awal bulan Febuari.. Kemenangan ke atas Liverpool menyaksikan rekod pertemuan Arsenal bersih tanpa tewas pada musim nih= Kesengalan penjaga gol simpanan, Fabianski sewaktu beraksi menentang FC Porto membawa padah apabila Arsenal tewas pada babak pertama saingan.. Babak kedua perlawanan menyaksikan Arsenal berpesta gol di gelanggang sendiri dengan membelasah 5-0 sekaligus menempah perlawanan suku akhir saingan liga juara2 Eropah bertemu juara tahun lepas, Barcelona FC~ Bulan Mac juga menyaksikan Arsenal maju tanpa kalah tapi terpaksa membayar risiko apabila kapten pasukan, Fabregas terpaksa direhatkan sehingga habis musim kerana kecederaan.. Bulan April merupakan bulan paling suwey dalam jadual perlawanan Arsenal meskipun berjaya mendapatkan kemenangan di minit2 akhir permainan dengan Wolverhampton W. Selain tewas teruk kepada Barcelona @ Messi di gelanggang sendiri 1-4, nasib malang Arsenal berterusan apabila tewas buat kali pertama kepada Tottenham meskipun RVP membuat kemunculan kembali setelah berehat panjang!

Perlawanan bertemu Wigan boleh dikatakan antara "biggest comeback" yang pernah ak lihat kerana Arsenal yang selesa mendahului 2-0 boleh tewas 2-3 dengan 3 jaringan gol tersebut di jaringkan dalam masa 15 minit terakhir perlawanan! Kagum giler ak ngan penyokong pihak lawan di gelanggang sendiri yang tetap memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka sewaktu Arsenal masih selesa 2-0.. Kompem menangis giler penyokong pihak lawan yang balik awal kerana menyangkakan kelab mereka akan tewas; siapa leh sangka Wigan akan menang?! Perlawanan bertemu MC di gelanggang sendiri memang merupakan perlawanan yang ditunggu2 oleh semua penyokong Arsenal yang rata2 x puas hati ngan sikap Adebayor.. Kehadiran bekas pemain legenda Arsenal, Kolo Toure dan Patrick Vieira yang menyarung jersi lawan di gelanggang Emirates di sambut penuh sorakan oleh penyokong Arsenal.. Bunyi kutukan dan "死ね booooo~" memenuhi padang sebaik sahaja Adebayor memasuki padang ;) Teringin nak tengok Arsenal berpesta gol tapi kecewa dengan corak permainan MC yang lebih menumpukan pertahanan= Perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan.. Permainan psychology sebelum perlawanan oleh pengurus Blackburn menjadi apabila mereka berjaya menewaskan Arsenal di gelanggang sendiri 1-2 -_-" Rata2 penyokong Arsenal dah putus-asa dan yakin Arsenal akan tewas pada Fulham yang tengah on-form, tp alhamdulillah keputusan sebalik nyer yang berlaku~ 
source : link


我が感想 (My View)
Faktor kehilangan beberapa pemain utama pasukan mungkin merupakan faktor utama kenapa Arsenal gagal meraih sebarang piala lagi pada tahun nih sekaligus menjadikan almari piala x bersentuh selama 5 tahun berturut2.. (笑) Emirates Cup boleh di kira piala gak kot? Perlawanan terakhir Arsenal menyaksikan Arsenal beraksi tanpa kelibat Fabregas, Gallas, Vermaelan, Bendtner, Ramsey, dan Denilson~ Kehilangan inspirasi dan kebijakasanaan Fabregas dalam beberapa perlawanan penting Arsenal benar2 merugikan kelab.. Musim nih turut menyaksikan salah sorang pemain harapan Arsenal, Aaron Ramsey cedera teruk di tulang kaki akibat terjahan keras oleh pemain pertahanan Stoke City.. Trauma patah kaki pemain bukan sahaja di rasai oleh pemain pasukan malah para penyokong Arsenal yang dah serik melihat insiden tersebut berlaku bermula daripada insiden yang menimpa Eduardo~..4 gol jaringan Messi pada babak ke 2 saingan UCL memusnahkan harapan Arsenal; tapi sesape yang lihat perlawanan nih kompem tabik spring nyer kt persembahan solo Messi yang mengejar semula setelah ketinggalan 0-1 hasil jaringan awal Bendtner.. Persembahan buruk Arsenal di akhir musim benar2 mengecewakan penyokong termasuk ak sendiri.. Harapan terbesar agak AW membawa masuk pemain berpengalaman dan berstatus bintang bagi mengembalikan maruah pasukan di persada dunia (笑)



不満 (Dissatisfaction)
Agak lucu melihat tindakan beberapa member yang terlalu taksub dengan perkembangan bola sepak luar negara sehingga sanggup menyakitkan hati orang lain apabila pasukan yang di sokong oleh rakan tersebut tewas dsb.. Kalo happy sangat pon toksah lah sampai nk maki2 team yang kalah~ Pastu bile team yang di sokong tuh plak kalah, tau pon menyorok buat2 dono~ -_-" Menyokong biarlah berpada2, bukan nyer korang dapat habuan pon kalo kelab yang korang sokong tuh menang piala dsb (melainkan ade yang main judi?)~ Penyokong pon kalo boleh biarlah bersikap professional gak~ 

お知らせ (Notification)
Tahniah buat rakan2 forum Arsenal Malaysian Gunner (AMG) kerana berjaya menguruskan projek T-shirt rasmi= Ntk entri kali nih, izinkan ak promote skali design baju ntk para pengunjung blog sekali gus menjemput penyokong Arsenal ntk turut-serta berkongsi idea dan suka-duka di forum nih= Kita jumpe di sana~    

2 comments:

  1. arsenal still my favorite team.. season depan gerenti meletop..

    ReplyDelete
  2. yeah..
    harap2 nyer camtuh la..
    jangan lupe join AMG bro~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC