Followers

Sunday 16 May 2010

葵祭 (Aoi Matsuri)

15 May - KYOTO

Wahai Manusia ! sesungguhnya kami [ Allah swt ] telah menciptakan kamu yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu [ manusia ] di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu . Sesungguhnya Allah swt Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti . 
-Al hujurah: 13-

葵祭 merupakan salah satu daripada 3 祭り (festival) terbesar di 京都 (Kyoto); Ia disambut pada 15hb May setiap tahun dan merupakan 祭り paling tua kerana mula dilaksanakan sejak 平安時代 (Heian-period) iaitu sekitar tahun 794-1185= Pada hari ni, 上賀茂神社 (Kamigamo Shrine) dan 下鴨神社 (Shimagoma Shrine) akan bergabung tenaga bagi melaksanakan upacara keagamaan yang dipanggil sebagai 葵祭, kerana daun 葵 (Aoi) merupakan kunci kepada rekaan perayaan nih.. Daun nih boleh didapati hampir pada setiap pegawai atasan, kereta penumpang, dan juga pada kepala setiap peserta dalam perarakan nih.. 葵祭 nih merupakan antara upacara penuh istiadat dan menarik di Jpon kerana telah dipelihara sejak abad ke 6! Perayaan nih juga dipandang sebagai suatu peringatan terhadap corak pemerintahan zaman lalu oleh sebilangan pakar sejarah.. Peristiwa paling menarik dalam 祭り nih ialah perarakan 勅使 (Imperial messenger) termasuk kereta penumpang mewah yang ditarik oleh seekor lembu jantan, payung berbunga (ala2 bunga mangga), orang istana (pengiring raja) dalam pakaian tradisional yang mengembalikan sejarah kegemilangan zaman 平安時代~


起源 (Origin)
Asal-usul perayaan ni bermula sekitar pemerintahan Maharaja Kinmei (abad ke-6), waktu tuh rakyat tengah dalam penderitaan yang teruk akibat ribut yang melanda seluruh negara.. Hasil pemeriksaan orang istana mendapati para sami di 賀茂神社 (Kamo Shrines) terlalu marah dengan sikap rakyat yang x gheti nk bersyukur dan x suka sembahyang.. Konon nyer nilah punca malapetaka yang melanda mereka~ (Agak2 cam pernah dengar x pasal balasan hukuman nih??) Oleh itu, maharaja menghantar wakil ntk ziarah para sami di tokong2 tersebut bagi melaksanakan upacara agama penuh istiadat~ Para sami berjaya ditenangkan dan akhirnya malapetaka ribut tersebut beransur reda.. Rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala dan hasil tanaman mereka membuahkan hasil dengan banyak.. Sejak daripada situ, upacara nih dianggap adat resam dan turun-temurun dari generasi ke generasi 平安時代~     

牛車

祭儀 (Ritual)
Upacara perayaan ni boleh dibahagi kepada 2 iaitu 路頭の儀 (Procession) dan 社頭の儀 (The rite held in front of the shrines).. 路頭の儀 paling popular kerana lebih meriah sambil melibatkan 511 peserta, 36 ekor kuda dan 4 ekor lembu jantan, 2 buah, dan 牛車 (kereta lembu jantan?).. Sejak daripada dulu lagi beribu masyarakat sekitar 京都 turut serta mengikuti perarakan tersebut mengikut jalan2 yang telah disediakan disamping berhibur dengan upacara2 yang ditunjukkan.. Perarakan bermula tepat jam 1030 di 京都御所 (Kyoto Imperial Palace) dalam urutan zaman2 sekitar 平安時代~ Perarakan ni boleh dibahagi kepada 2 iaitu perarakan para pengiring 勅使 dan 斎王代 (Saiodai); perempuan dalam usia 20-an yang merupakan seorang puteri maharaja ketika 平安時代.. Perarakan tersebut mengambil masa sekitar 50 minit kalo hanya dilihat di 京都御所~ Perarakan sebenar mengambil masa sampai jam 1530 kerana mereka akan singgah di 下鴨神社 ntk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke 上賀茂神社~ 
斎王代

感想 (Impressions)
Alhamdulillah, kehadiran ak ntk menyaksikan 葵祭 nih sekaligus melengkapkan kehadiran ak ntk menyaksikan 3 祭り terbesar di 京都 (pecah rekod diri sendiri).. Sememangnye 葵祭 paling singkat masa nye berbanding 2 祭り yang lain namun masing2 ada keisitimewaan tersendiri.. Bersyukur gak sebab keluarga angkat ak turut serta menemankan ak ntk menyaksikan perarakan 葵祭; terkejut gak bila dapat tau yang abang angkat ak pernah turut serta dalam 祭り nih sewaktu zaman universiti dulu.. Bilangan pengunjung memang gila babeng ramai! Pertama kali ak naik 満員電車 (Crowded train) di 関西 (Kansai); kalo kt 関東 (Kantou) dah cam perkara biasa.. Ini adalah kerana 15hb tahun nih jatuh pada hujung minggu membuatkan bilangan pengunjung lebih ramai daripada tahun2 sebelumnye.. Sengal gak sape yang bayar 2000円 ntk dapatkan tempat duduk dalam keadaan panas terik nih sebab tempoh masa perarakan hanya sekitar 50 minit jer~ Kali ni boleh tahan gak ramai pelancong asing yang hadir ntk menyaksikan perarakan nih.. Selesai perarakan, keluarga angkat ak belanja makan di restoran masakan Kyoto; pertama kali makan あなご天丼 (Garden eel tempura served with rice)~  


p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini

3 comments:

  1. bro adee join festival ni ker??

    ReplyDelete
  2. huhu.. ak jadi pengunjung jer bro..
    dalam islam ada batas2 nyer..
    x manis la plak kalo ak turut serta ntk aktiviti berkaitan dengan upacara keagamaan agama lain.. ;)

    ReplyDelete
  3. aku nk tempura..heheh.lgi terliur bile tgk crite ironchef.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC