Followers

Thursday, 29 April 2010

死 (Death)

28 April - MALAYSIA

Tarikh yang bakal di kenang sampai bebila kerana pada tarikh nih, salah sorang sepupu ak telah kembali ke rahmatullah.. Ak dapat tau berita kematian nyer waktu dok usha facebook pada petang tersebut; terpandang status salah sorang sepupu yang meminta para saudara dan rakan2 nyer ntk menyedekahkan Al-Fatihah di atas pemergian "baby cousin" nyer.. pada mula nyer ak x perasan sape, tp sepupu ak siap tag nama arwah dan bila dibuka profile page dia, siap penuh wall post dengan ucapan takziah dsb.. Innalillah Wa Inna Ilaihi Rojiun~ Kali terakhir ak bertemu dengan arwah ialah pada bulan raya tahun lepas sewaktu rumah terbuka ayah saudara ku.. Bukan main happy lagi arwah bila bertemu dengan ak setelah sekian lama x berjumpe sampai amik gambar ak banyak kali.. Arwah memang pandai berjenaka, cume kadang2 terover skit.. (笑) Ak difahamkan yang kematian dia adalah disebabkan jantung yang lemah.. Konon nyer dia ikut 'school trip' naik puncak Batu Caves, dan bila sampai puncak, dia tumbang.. Arwah telah selamat di kebumikan di Johor pada hari nih, berdekatan dengan kubur ayah saudara nye.. Semoga roh nyer ditempatkan bersama orang2 yang beriman, Insya'Allah~

Gambar penulis bersama arwah pada raya tahun lepas..
p/s Penulis ingin meminta tolong kepada para pembaca supaya menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah, dan berdoa semoga arwah ditempatkan ke dalam syurga bersama2 orang yang beriman.. terima kasih~

Wednesday, 28 April 2010

BBQ Kansai


25 April - KUSATSU

Gathering rasmi pertama bagi meraikan kehadiran 後輩 (junior) JAD 8 telah berjaya dilaksanakan di 草津 (Kusatsu).. Majlis dirasmikan dengan permainan futsal pada malam 24hb pada sekitar jam 1900 bertempat di BB Minami Kusatsu tapi malang nyer hanya dapat tempah padang selama 1 jam jer jadi setelah selesai bermain futsal, masing2 pergi membawa hala tuju sendiri.. Otai giler dak2 yang baru datang kerana main masuk jer BB tanpa daftar dan main futsal pastu blah camtuh jer tanpa buat bayaran! Alasan yang diberikan ialah xde orang yang jaga kaunter waktu diorang kluar masuk, dan diorang x tau?!! Selesai layan BB, kitorang pakat makan kt restoran India terkenal di Kusatsu meskipun diberitahu kedai tersebut akan 閉店 (close shop) pada jam 2300~ Lawak giler sebab kitorang order sekitar jam 2230 dan makanan tiba sekitar jam 2300= Awal nyer kene sound suruh makan cepat skit pastu bila datang lagi 後輩 ntk makan kt situ, baru diorang cakap xpe makan slow2 -_-" Aktiviti BBQ anjuran pelajar2 JAD 7 bermula sekitar jam 1030: siap ade photographer khas di ambil dari 芝浦工大 (Cbora)..Agak kecewa kerana beberapa orang pelajar 近大 (Kinki University) gagal menghadirkan diri ntk majlis nih tanpa memberikan alasan yang munasabah.. Majlis kali nih disertai hampir 30 orang pelajar dan family warga Malaysia sekitar 関西 (Kansai) bertempat di ろくは公園 (Rokuha Park); kene 予約 (book) dulu tempat kalo nk buat kt sini! Majlis bersurai sekitar jam 1600.. selesai majlis, ak g lab sebab nak surprise SV last2 kene sangkut kt situ sampai jam 2200 -_-"

p/s Semoga majlis2 begini dapat di jalankan dengan lebih kerap bagi mengukuhkan ikhwah yang terjalin antara penduduk 関西 (Kansai)~ Gambar2 lain boleh dilihat melalui sini

Monday, 26 April 2010

研究 (Research)

Alhamdulillah, ak dapat nampak hikmah mengapa ak ditakdirkan ntk meneruskan pengajian di Rits dan bukan nyer di Titech, universiti yang ak gila2 kan sejak di JAD lagi.. Titech merupakan universiti ranking ke 4 terbaik seluruh Jpon terutama dalam bidang kejuruteraan; semestinye pelajar2 yang 卒業 (grad) daripada universiti tuh memiliki masa depan yang cerah dan mudah mendapat pekerjaan.. Keinginan untuk masuk Titech telah ak suarakan sejak tahun 3 pengajian sarjana muda sehinggakan ramai pensyarah di UniSEL termasuk staf YPM masih tersilap universiti mana ak menuntut skang ;) 専門 (major) ak ialah パワーエレ (Power Electronics) yang membincangkan 3 subjek teras iaitu 電力工学 (Power Engineering), 制御工学 (Control Engineering), dan 電子工学 (Electronics Engineering).. Ak diperkenalkan ttg 専門 nih oleh 水野先生 (Prof. Mizuno) sewaktu tengah sibuk nak pilih 大学 (universiti) seblom fly dulu.. Waktu yang sama jugak ak diperkenalkan dengan 小松先生 (Prof. Komatsu) yang mengajar subjek パワーエレI di Rits.. Hasil siasatan ak mendapati, daripada 3 universiti yang mendapat bantuan COE program, hanya Rits jer yang memiliki lab パワーエレ dan point nih menguatkan lagi pemohonan ak ntk masuk Rits~

Sepanjang ak mengikuti pengajian パワーエレI sewaktu semester 1, ak x berapa berkenan ngan cara ajar 小松先生 yang agak berserabut membuatkan ak terfikir nak cari lab lain.. Sewaktu di beri masa melawat setiap lab dalam 学科 (faculty), ak hanya ade 2 pilihan jer memandangkan lab yang mempunyai kaitan dengan パワーエレ hanya 小松研 (Komatsu Lab) dan 川畑研 (Kawabata Lab).. Subjek パワーエレII yang diajar oleh 川畑先生 mudah di fahami tapi malang nyer, waktu tuh yang tinggal cume pelajar M2 jer dlm 川畑研 disebabkan oleh faktor kesihatan 川畑先生~ Bahaya kalo masuk lab yang xde 先輩 (senior) sebab banyak benda yang di perlu bimbingan 先輩~ Waktu lawat 小松研, ak di tegur oleh 小松先生 yang berminat tanye ak nak buat 研究 pasal ape, laju jer ak jawab ak nk buat 研究 pasal "Brushless Motor (BLDC)" kerana tertarik dengan konsep motor yang xde gigi.. Serta-merta dia ajak ak masuk lab beliau siap plan macam2 ntk ak buat 研究 yang 100% di pelopori oleh nyer.. Perasan jugak riak muka wajah beliau bila di beritahu ak nk masuk Titech, lebih2 lagi Power Electronics Lab yang 担当 (supervisor) nyer 赤木先生 (Prof. Akagi) yang merupakan 'musuh ketat' beliau.. Ak siap tukar 卒業研究 (Final year Research) kepada 瞬時電力 (Instantaneous Power) memandangkan kt Titech xde 研究 pasal motor..

卒業研究 ak lebih pada simulation dan agak bosan menunggu komputer memproses data2 yang kadang-kala mengambil masa berjam2.. Punya lah nak masuk Titech sampai ak pilih 研究 yang ak sendiri x minat benar2 menyedarkan ak tentang satu perkara; berbeza dengan 学部 (bachelor) yang lebih kepada ranking universiti, 大学院 (Graduate School) dah x tengok ranking universiti tp lebih beri tumpuan kepada 研究 yang kita buat.. Ak buat keputusan untuk berserah pada ketentuan ilahi dan hasil nyer, jalan ak menuju ke Rits lebih terbuka luas.. Setelah berita kejayaan mendapat biasiswa ntk meneruskan pengajian selamat ak terima, dengan serta-merta ak beritahu 小松先生 mengenai hajat ak ntk tukar topik semula apabila naik M1 kelak, dan hajat ak disambut dengan baik oleh beliau.. Hanya sorang jer pelajar B4 yang buat 研究 pasal motor jadi ak banyak belajar daripada dia tentang cara pengendalian dan sebagai nyer.. Naik jer M1, 3 orang termasuk ak bakal meneruskan 研究 mengenai BLDC~ 小松先生 agak terkenal dalam bidang motor memandangkan dia telah berjaya mengubah-suai BLDC sedia ada bagi menambah kelajuan dan 効率 (efficiency) pada motor tersebut sehingga berjaya mendaftar 特許 (patent) ntk hasil kerja beliau..


Sejak 2 tahun lepas beliau telah bertungkus-lumus ntk membaik-pulih motor tersebut dan kebetulan tahun nih merupakan masa yang sesuai ntk beliau 'memperkenalkan' motor tersebut kepada dunia menerusi 国際会議 (International Conference) dsb.. Menjadi sorang jer 外人 (foreigner) dalam lab boleh jadi tuah dan malang terutama dalam isu 翻訳 (translation).. Bertuah bila ak di minta ntk menyiapkan kertas kerja ntk di hantar kepada ahli panel sesuatu 学会 (conference), tapi sakit btol bila ada pembetulan -_-" Nasib baik penggunaan printer percuma jer kt lab, kalo x dah brape banyak kertas yang telah dibazirkan ntk sesi pembetulan jer.. Untung jugak la sebab nama ak tercatit dalam setiap kertas kerja yang dihantar~ Semangat nyer 小松先生 sampai suruh ak yang gi 発表 (present) pasal hasil kerja dia di 国際会議 sedangkan ak baru jer nak 'langkah setapak' dalam dunia BLDC nih.. Tahun nih mungkin tahun paling sibok dalam sejarah hidup ak sebagai seorang pelajar universiti memandangkan hampir setiap bulan ade 学会 dan prosedur penghantaran kertas kerja ntk turut-serta hendaklah di lakukan sebelum tarikh 学会 tersebut.. 小松先生 plak jenis suka buat kerja last minit membuatkan hampir setiap hari ak kene g lab= (xde masa nk layan PS3 kt umah).. Berikut dilampirkan jadual ak sepanjang tahun nih :-

Jun - SPEEDAM 2010 (Pisa, Italy)
July - ISFA 2010 (Tokyo, Japan)
August - 電気学会 (Tokyo, Japan)
September - Hari Raya (Selangor, Malaysia) [hopefully]
October - ICEMS 2010 (Incheon, Korea)
November - IECON 2010 (Arizona, USA)
December - ICCAIE 2010 (Kuala Lumpur, Malaysia) & 電気学会 (Shiga, Japan)

Buat masa nih, kertas kerja ntk ISFA, ICEMS, dan IECON telah selamat di hantar dan kini hanya menunggu maklum balas daripada pihak berkenan samada lampu merah atau lampu hijau.. Best nyer kalo dapat pergi sumer 学会 terutama skali ICCAIE; ak dah lama pasang hajat ntk 発表 di Malaysia menggunakan nama universiti di Jpon.. Dah la proses nak hantar kertas kerja jer dah amik masa yang lama, kalo sumer 学会 dapat lampu hijau, makin bertambah sibuk la ak nak buat poster dan sebagai nyer= Kedekut nyer Rits bila diberitahu diorang cume support tambang pergi balik pelajar yang ingin 発表 di luar negara sekali jer setahun~ YPM plak hanya sediakan peruntukan sebanyak 138,000円 dalam tempoh 2 tahun pengajian.. Harapan la ak nk turut-serta sumer 学会 luar negara guna duit poket sendiri :p Selain kertas kerja ntk 学会, ak juga turut ditugaskan ntk semak ジャーナル (journal) dan 特許 (patent) sebelum dihantar kepada pihak penerbit= Skang ni dalam proses nk cucuk SV (supervisor) ntk benarkan ak letak nama sendiri dalam senarai penulis ジャーナル tuh (笑)

p/s Setakat nih x berkesempatan ntk buat 実験 (experiment) langsung sebalik nyer lebih kepada 理論 (theory) jer.. しかし、シミュレーションよりよっぽどましです!

Sunday, 25 April 2010

秒速 5 センチメートル (5 cm/s)

Antara anime yang wajib di tengok oleh semua penggemar anime, 5 Centimeters Per Second merupakan sebuah anime yang mengandungi 3 episod pendek dengan jumlah masa hampir 1 jam.. Pertama kali ak layan anime nih waktu menuntut di UniSEL dulu; waktu tuh layan gitu2 jer= Ape yang membuatkan ak tergerak hati ntk carik balik anime nih ialah bila terjumpa link yang menunjukkan top 18 聴けば 100% 泣ける曲 (Song which can make you 100% cry if you hear) yang mana lagu tema anime nih jatuh pada tempat ke 16.. Banyak btol nostalgia lama yang muncul waktu layan btol2 lagu nih ngan jalan citer anime dia~ Gaya persembahan dan teknik lukisan yang dipamerkan merupakan antara anime yang terbaik pernah ak lihat; terperinci btol sampai seakan sejibik pemandangan yang terpapar dengan realiti contoh nyer cam kat 駅 (railway station) dsb.. Kenangan2 lama bila dikenang semula benar2 mencerminkan sejauh mana yang telah kita pergi dan berapa jauh lagi yang bakal kita lalui seperti mana yang di ucapkan oleh bekas PM UK~ Semoga jalan yang kita pilih nih diredhai-Nya, insya'Allah..

The further backward you look, the further forward you can see..
Winston Churchill


Friday, 23 April 2010

Forever Young



Let's dance in style
Let's dance for a while
Heaven can wait we're only watching the skies
Hoping for the best but expecting the worst
Are you gonna drop the bomb or not?

Let us die young or let us live forever
We don't have the power but we never say never
Sitting in the sandpit
Life is a short trip
The music's for the sad man

[chorus]
Forever young I wanna be, forever young
Do you really want to live forever, forever and ever
Forever young I wanna be, forever young
Do you really want to live forever, forever, forever

So we livin life like a video
Where the sun is always out and you never get old
and the champagne is always cold and the music is always good
and the pretty girls just happen to stop by in the hood
and they hop they pretty ass up on the hood of that pretty ass car
without a wrinkle in today cuz there's no tomorrow
just a picture perfect day that last a whole lifetime
and it never ends because all we have to do is hit rewind

so lets just stay in the moment smoke some weed drink some wine
reminisce talk some shit forever young is in your mind
leave a mark they can't erase. Neither space nor time
So when the director yells "cut!" I'll be fine
I'm forever young, I'll be fine

[chorus]

Fear not where, fear not why, fear not much while we're alive
Life is for living not living uptight until you're somewhere up in the sky
Fear not die I'll be alive for a million years bye bye are not for legends
I'm forever young my name shall survive
Through the darkest blocks, over kitchen stoves, over Pyrex pots,
My name shall be passed down to generations while debatin' up in barber shops

Young slung, hung here, Showed that a nigga from here,
With a little ambition, just what we can become here.
And as the father pass the story down to his son's ear
Younger kid, younger every year,yeah
So if you love me baby this is how you let me know, Don't ever let me go,
that's how you let me know, baby

[chorus]

Slammin' Bentley doors, hoppin' outta Porsche
Poppin' Up on Forbes list Gorgeous,
hold up, Niggas thought I lost it,
They be talking bullshit, I be talking more shit, They nauseous,
Hold up I'll be here forever You know I'm on my four shit I ain't with foreclosure,
I will never forfeit Less than four bars
Guru bring the chorus in
Did you get the picture yet I'm painting you a portrait of Young
...

[chorus]

Thursday, 22 April 2010

Multitasking Has Its Limits


THURSDAY, April 15 (HealthDay News) -- For those who think they can juggle several tasks at once with ease, new research from France suggests that humans may not be able to perform more than two complicated jobs at one time.

That doesn't mean you can't walk and chew gum simultaneously, but it probably means you can't talk about astrophysics on the phone while doing your taxes. And you definitely can't add solving calculus equations to the mix, at least if you want to perform any of these tasks with some proficiency.

"They are suggesting that you can only handle two things at once, but they're cognitively demanding tasks," said Mark Mapstone, an associate professor of neurology at the University of Rochester Medical Center in Rochester, N.Y.

The reason: The human brain has two lobes that divide the responsibility equally when two tasks are being carried out at the same time.

"Three-tasking [overwhelms] the capacity of human frontal function. Dual-tasking is alright," explained study co-author Etienne Koechlin, whose research appears in the April 15 online issue of Science. "Human higher cognition is dual in essence, which can explain why people like binary choice and have difficulties in multiple choices [people can easily switch back and forth between two options before making a decision, but not across three alternatives]."

The results could eventually have some real-world applications.

"Frontal lobe function is the most fragile human brain function, and is altered in aging and impaired in most neuropsychiatric diseases [schizophrenia, autism, dementia, depression]," said Koechlin, a professor with the French National Institute for Health and Medical Research in Paris. "Understanding how the frontal lobe function works is fundamental to understanding cognitive aging and the nature of neuropsychiatric mental alterations."

The work could also have "important practical applications to areas such as traffic safety [e.g., air traffic control, or driving while using a cell phone], and neurological disorders such as dementia where the ability to multitask is lost," added Dr. Fatta B. Nahab, an assistant professor of neurology at the University of Miami Miller School of Medicine.

"Knowing our limitations is [being able to] not overwhelm them, so in a business like air-traffic control, you would want to limit the number of tasks everyone is responsible for and divide the responsibilities across those people," Nahab said.

These authors used functional MRI to study the brains of people while they were performing fairly complicated tasks involving letter sequencing.

In the first scenario, volunteers were asked to alternate between two different tasks. In the second scenario, participants were told to postpone one task while completing the other one.

The most surprising finding, Koechlin said, was that when volunteers postponed a task, rather than substituting one for another, the two frontal lobes lit up as they focused on the one task.

Introducing a third task increased the error rate.

"This inferred that the brain was inherently unable to do three tasks simultaneously, so the assumption is because we have two hemispheres [of the brain], we are able to do two tasks at the same time," said Dr. Michael Hutchinson, an associate professor of neurology at NYU Langone Medical Center in New York City.

"It happens as if each frontal lobe is pursuing its own goal!" Koechlin said. "This finding . . . suggests that the frontal function cannot keep track of more than two goals/tasks at the same time."

source : link


p/s Leave multitasking to the technologies~

Wednesday, 21 April 2010

Majlis Ramah Mesra PM

20 April - TOKYO


Sempena lawatan rasmi PM ke Jpon sejak 18hb yang lalu, YPM telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia ntk menganjurkan Majlis Ramah Mesra PM bersama pelajar Malaysia di Jpon bertempat di Hotel New Otani, Tokyo. Sehubungan dengan itu, semua pelajar tajaan YPM di WAJIB kan hadir pada majlis tersebut, dengan elaun pengangkutan dan harian turut disediakan~ Sejak ak upload surat rasmi yang ak terima sekitar awal April tempoh hari, ramai pelajar JAD yang membincangkan kaedah pengangkutan yang sesuai memandangkan elaun pengangkutan akan disediakan; kos anggaran ntk pergi balik menggunakan 新幹線 (Bullet Train) ntk satu kepala budak RITS ialah sejumlah 28,000円..

Satu jumlah yang agak besar dan awal nyer cam x percaya jer YPM nk tanggung semua pelajar khusus nyer yang datang dari luar kawasan 関東 (Kanto).. Sebelum bertolak, ada khabar angin pihak YPM inginkan setiap universiti menghantar gambar terkini para pelajar secara rasmi dengan mengenakan kot.. Pelajar2 RITS dengan semangat nyer berkumpul pada hari Sabtu 17hb ntk bergambar ramai2; 2 pelajar x hadir membuatkan hanye 20 pelajar jer yang bergambar di hadapan landmark RITS kampus biwako-kusatsu nih.. Gambar ni turut dijadualkan ntk dihantar kepada pihak akhbar sempena salam perantaun sekitar Ogos nanti..



Awal nyer ak plan nk bergerak 1 rombongan pelajar 関西 (Kansai) menuju ke Tokyo; tapi bila dapat tau yang pendaftaran bermula pkl 5, dan majlis hanya bermula sekitar jam 1900 membuatkan ak membatalkan hasrat ntk bergerak awal bersama2 tapi memilih ntk bergerak keseorangan.. Asal nyer nk g 大学 (university) ntk makan tengahari dan print out 学割書 (Discount card) ntk naik 新幹線 tp hujan yang turun menambahkan kemalasan dalam diri ntk keluar umah membuatkan ak masak sendiri jer tengahari tuh.. Plan nk bertolak jam 1430 tapi sikap alpa memakan diri apabila sakit perut datang tanpa diundang..

Dengan hanya berbekalkan payung dan bahan bacaan 105円, ak bergerak dari umah menuju ke 南草津 (Stesen umah) sekitar jam 1500~ Memandangkan x print out 学割書, ak beli tiket 新幹線 dekat kedai tiket Ferie berharga 12,280円; dapat diskaun sebanyak 500円 jer.. Sampai jer di 京都駅 (Station Kyoto), punyalah gelabah giler nak amik train 新幹線 paling awal berlepas sampai x perasan ternaik ひかり (Hikari); train yang stop kt 5,6 perhentian sebelum tiba di Tokyo.. Disebabkan tengah mengejar masa, ak berhenti di 名古屋駅 (Station Nagoya) ntk tukar train のぞみ (Nozomi) yang hanya buat 3 perhentian jer.. Mujur 新幹線 berlepas setiap 10 minit secara amnye; ak naik のぞみ sekitar jam 1640 dan tiba di 品川駅 (Station Shinagawa) sekitar jam 1815..



Daripada 品川 kene naik JR menuju 有楽町 sebelom tukar kepada subway menuju ke 永田町.. Hairan giler kenapa Yahoo 路線情報 mencadangkan ntk berhenti di 品川 sedangkan kalo berhenti kt 東京 boleh terus naik subway menuju ke 永田町 -_-" Ak tiba di 永田町 sekitar jam 1850, kalo ikutkan access map dalam laman web hotel, perjalanan sepatut nyer mengambil masa sebanyak 3 minit jer daripada 永田町, tapi sebab salah keluar 出口 (exit) yang sepatut nyer membuatkan ak tercari2 Hotel New Otani dan akhir nyer selamat tiba sekitar jam 1905!

Dalam perjalanan waktu hari tengah hujan, ak mintak tolong 後輩 (junior) ntk carikan ak tempat duduk supaya leh duduk dengan orang yang kita kenal, tp 後輩 cakap tempat duduk cam dah xde! Konon nyer ada masalah berkaitan tempat duduk pada awal hari membuatkan tempat duduk berterabur~ Alahmdulillah, waktu sesi pendaftaran, tempat duduk ak telah di tetapkan, siap kene duduk ngan VIP tuh di bahagian meja depan~ Waktu claim duit tambang kt AsiaSEED, terkejut gak diorang terus kasi sampul berisi 31,000円 (Rm 1062) tanpa perlu menunjukkan bukti resit dsb.. Padanla ade member yang saving giler sampai sanggup pergi naik bas sbb elaun pengangkutan dan harian dah memang fix ntk setiap universiti..


Ketibaan PM lewat sedikit daripada yang dijadualkan benar2 melegakan hati memandangkan ak antara yang terlewat hadir :p Majlis bermula sekitar jam 1945 melalui nyanyian lagu Negaraku dan 1Malaysia.. Setelah itu, sedikit ucapan daripada Duta Malaysia ke Jpon, dan Pengerusi YPM ntk memberi laluan kepada ucapan PM yang agak panjang memandangkan beliau ingin berlepas ke Malaysia pada malam nih jugak ntk menyelesaikan masalah politik jadi xde sesi soal jawab bersama pelajar.. Majlis Ramah Mesra kali nih konon nyer majlis paling meriah pernah diadakan dengan jumlah tetamu yang hadir melebihi 300 orang dengan majoriti nyer pelajar2 yang datang dari seluruh pelosok negara Jpon~ Antara isi ucapan PM yang boleh dikongsi pada entri kali nih ialah 3 point penting mengapa kerajaan menghantar pelajar ke luar negara :-
  1. Menguasai ilmu Sains dan Teknologi, dan Matematik
  2. Membangunkan personaliti diri pelajar ntk meningkatkan daya saing
  3. Values of Education - Observe nilai2 murni masyarakat sekeliling
Memandangkan lawatan rasmi beliau ke Jpon nih merupakan kali pertama selaku PM, beliau kagum dengan orang Jpon siap beli gelaran 'Precision Society' kerana terlalu mementingkan masa~ Beliau juga sempat memberikan jawapan terhadap buah mulut orang dengan menekankan "Malaysia tidak akan melutut pada mana2 negara!" Makanan yang disediakan pada malam nih lebih kepada alas perut jer~ Tabik spring pada member2 yang diberikan perhormatan ntk duduk satu meja makan dengan PM! Sempat bergambar bersama PM meskipun tukang amik gambar tergesa2 sangat sampai main tekan jer punat tanpa adjust angle terbaek -_-"

Sedih gak x dapat 挨拶 (greeting) ngan semua tetamu yang hadir yang majoriti nyer rakan2 seperjuangan~ Kalo ikut kan hati, nak jer balik naik 新幹線 tapi malang nyer ade kelas pagi plak 21hb; memang x sempat nk balik naik 新幹線 pada 20hb so kene stay kt umah member dan bertolak lepas subuh 21hb kalo btol nak naik 新幹線~ Dahlah sampai lewat, tapi disebabkan ak ikut abang Amir balik naik kereta dia membuatkan ak terpaksa balik awal selepas PM ciow.. Bertolak sekitar jam 2300 dan selamat tiba di umah sekitar jam 0730! Sempat tido dalam 2,3 jam jer seblom bergegas ke 大学 ntk menghadiri kuliah~



p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini

Monday, 19 April 2010

都をどり (Cherry Blossom Dancing)


18 April - KYOTO

都をどり a.k.a tarian sakura hanya berlangsung sepanjang bulan April setiap tahun di Gion, Kyoto. Antara tarian yang terkenal di seluruh Jpon; ak berpeluang merasai pengalaman menghadiri persembahan pentas tarian seperti ini buat julung2 kali sekalipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal ntk tiket masuk iaitu sebanyak 4,500円 (RM 157)~ Awal nyer ak dapat tau mengenai tarian nih melalui japanforum; selidik sedikit pastu bagitau keluarga angkat tentang tarian nih dan diorang setuju ntk bawak ak turut serta merasai pengalaman istimewa nih.. Tiket paling murah sekitar 2,500円 tapi oleh kerana kitorang pergi hujung minggu, tiket yang tinggal hanya tiket spesel yang mahal kerana berserta dengan 茶道 (Tea Ceremony) -_-" Ibu angkat ak tolong tempah tiket ntk masa paling awal iaitu jam 1230; kitorang berjumpa di hadapan 南座 (Minamiza) Theater yang bertempat di 京阪祇園 (Keihan Gion) sekitar jam 1130.. Meriah nyer 都をどり nih sampai di hias satu jalan penuh dengan poster di tepi jalan dan tiang lampu.. Kitorang 'menikmati' 抹茶 (green tea) sekitar jam 1200 seblom masuk ke dewan pentas ntk persembahan 都をどり tuh.. Baik hati ibu angkat ak sampai dia hadiahkan buku mengenai 都をどり bagi memudahkan ak memahami jalan citer sambil menghayati persembahan tarian tuh~


都をどり mula diperkenalkan pada tahun 1872 era Meiji dan tahun nih menandakan persembahan kali ke 138~ Terdapat 8 babak dalam 都をどり; setiap babak diikuti dengan tarian yg berlainan di iringi muzik yang dimainkan oleh makcik2 tua dan 舞子 (Apprentice Geisha).. Adunan suara garau makcik2 tua dan suara nyaring para 舞子 yg cam penyanyi gypsy benar2 menimbulkan suasana seperti berada di zaman silam Jpon.. Konon nyer para penari telah dilatih sejak berusia 15 tahun di sekolah menari yang dikhaskan.. Set pentas memang gempak giler; high-tech dengan teknik pencahayaan yang terbaek diikuti dengan efek 3D pada background pentas~ 都をどり hanya melibatkan kaum hawa jer; konon nyer jumlah penari dan ahli muzik jer dah lebih dari 70 orang.. Bagi memahami dengan lebih lanjut 都をどり nih, izinkan ak cerita dari setiap babak secara kasar melalui pembacaan ak dalam buku 都をどり~

Babak 1 - 置き歌 (Prelude)
Lagu yang dimainkan pada babak 1 memperkenalkan pada penonton tentang aksi2 menarik daripada 7 babak yang akan datang dalam 都をどり.. 芸者 (Geisya) dan 舞子 akan masuk ke pentas daripada kiri dan kanan tempat duduk penonton sambil memegang kipas.. Konon nyer semua lagu dan tarian adalah berlainan setiap tahun~

Babak 2 - 松尾大社初詣 (New Year's Visit to Matsuo Grand Shrine)
Matsuo Grand Shrine terletak di hujung bahagian barat 四条通 (Jalan 4); Mengikut kepercayaan 陰陽度 (Onmyodo), barat merupakan arah yang membawa tuah, jadi kalo lawat tokong yang terletak di bahagian barat boleh membawa nasib tuan buat seseorang.. Para penari akan menari di depan tokong sebagai simbol tuah buat para pengunjung..

Babak 3 - 和宮祇園社参 (Kazunomiya's Visit at Gion Shrine)
Sejak kedatangan pegawai US pada penghujung era Edo, berlaku perbalahan dari segi politik antara Imperial Court dan Shogunate.. Bagi meredakan tekanan kedua2 belah pihak, satu perkahwinan telah dirancang antara Kazunomiya, adik perempuan kepada Maharaja Komei (lepas tuh), dengan Shogun Iemochi. Babak 3 memaparkan lawatan Kazunomiya di Tokong Gion (kini dikenali sebagai Tokong Yasaka) ntk sembahyang minta pelindungan dalam perjalanan ke Tokyo dan juga mengucapkan selamat tinggal ntk kehidupan nye di Kyoto.. Konon nyer minah ni siap tulis puisi yang mengisahkan keazaman dia ntk menerima perkahwinan tersebut ntk masa depan negara~ Babak yang paling x banyak tarian dan lebih pada drama minah ni nk blah= Muzik yang dimainkan pon slow jer dengan suara 芸者 tua yang penuh hiba..

Babak 4 - 鴨川燈篭流し (Lanterns Floating along Kamo River)
Babak nih melihatkan aksi rakyat yang berkabung pada 燈篭流し (Lanterns Floating); salah satu perayaan musim panas Buddha sepanjang 鴨川 (Sungai Kamo).. Ramai yang terkorban ketika penghujung tempoh Bakumatsu akibat perbalahan politik~ Kerek giler dia nyer background siap tunjuk pelita tuh bergerak2 lagi dari kiri ke kanan..

Babak 5 - 猩々 (heavy drinker @ orangutan)
Cerita yang ditampilkan dalam babak nih langsung xde kene mengena ngan 都をどり, tp persembahan nih cukup terkenal dan sering dipersembahkan di Jpon ntk meraikan kejadian2 penting.. 猩々merupakan makhluk lagenda yang berupa seperti orangutan berambut merah, dan jalan citer dalam babak nih berdasarkan cerita zaman dulu di China mengenai seorang pemuda bernama Kofu yang baik hati jaga keluarga dia.. Dia mempunyai impian ntk menjadi kaya dengan menjual arak. Satu hari, lepas dia jadi kaya dok jual arak, dia didatangi semangat berupa seperti 猩々.. Lepas dok nari2 dan mabuk2, 猩々menhadiahkan Kofu sejenis arak yang x akan kering. Tarian 猩々 yang juga dikenal sebagai [乱れ (midare)] melambangkan kekayaan dan kesenangan.. Serius shit seram bile tengok rupa 猩々nih yang berambut panjang serabai dan cara narian yang cam setan jer.. (笑)


Babak 6 - 秋色伏見御香宮 (Crimson Foliage in Gokounomiya Shrine)
Babak yang menampilkan background pemandangan antara yg terantik nih mempersembahkan tarian para 芸者 dan 舞子 sambil memegang dahan pokok berdaun warna-warni di hadapan taman batu di Tokong Gokounomiya.. Lagenda mengatakan air yang mula mengalir di tokong nih pada tahun 862 boleh mengubati banyak penyakit dan ramai pembesar Jpon turut ziarah ke tokong nih ntk minum air tersebut.. Skang pon ramai yang ziarah ke tokong nih ntk minum air yang di pilih antara air paling sedap di Jpon..

Babak 7 - 一力亭雪宵 (One Snowy Night at Ichiriki-tei)
Babak nih mengambil tempat di Ichiriki-tei, salah satu tea house paling terkenal di Kyoto. Sudah lebih seabad Ichiriki-tei menyediakan tempat istimewa ntk orang2 penting dalam sejarah.. Pada 20 Mac setiap tahun, Ichiriki-tei akan mengadakan majlis mengingati Kuranosuke Oishi, salah sorang watak baik dalam citer nih, dengan mempersembahkan tarian yang di ketuai oleh kepala skola tarian Inoue Kyomai dan beberapa 芸者=

Babak 8 - 平安神宮桜満開 (Cherry Blossom in Full Bloom at Heian Jingu Shrine)
Babak terakhir yang menampil background paling cantik dihiasi dengan bunga2 sakura setiap penjuru pentas dengan teknik pencahayaan yang begitu jelas dan berwarna-warni.. Semua penari daripada setiap babak akan tampil ke pentas ntk menari bersama2.. Babak terakhir nih mengambil tempat di hadapan Tokong Heian Jingu yang dibina pada tahun 1895 sebagai menandakan ulangtahun ke 1100 perasmian 平安京 (Heian-kyo) yang kini dikenali sebagai 京都 (Kyoto)= Lenggok 芸者 dengan suara nyaring menambahkan seri di mata setiap pengunjung yang ternyata terpegun dengan aksi yang begitu mengagumkan..


Persembahan 都をどり nih mengambil masa selama 1 jam= Asalnye ak plan nak terus balik jer tp dalam perjalanan boleh sangkut kt 建仁寺 (Kennin-ji), tokong Zen paling lama di Kyoto, yang kebetulan sedang mengadakan pameran lukisan 'naga langit' yang terkenal pada 襖 (sliding screen).. Selain daripada tuh, antara yang menarik perhatian dalam tokong ini ialah 'taman OΔ口', 法堂 (Dharma Hall), dan 方丈 (Houjou) .. Abang angkat ak ajak buat 座禅 (seated Zen meditation); waktu duduk bersila tuh xleh pikir benda lain dan cuba kosongkan fikiran.. kalo pikir benda lain, siap sedia lah kene sebat ngan sami.. (笑) 法堂 memang gempak giler sebab ada lukisan naga kembar kt siling! Selesai pusing2 建仁寺, kitorang jalan kaki sekitar 四条 ntk cari kedai makan yang akhir nyer tersangkut kt Saizeriya jer setelah puas mencari kedai makan lain sekitar kawasan tuh yang boleh muslim makan.. Pertama kali ak jalan kaki daripada 四条 menuju ke 京都駅 (Kyoto Station) memandangkan cuaca yang begitu baik pada petang tuh.. Dalam perjalanan, mataku tertarik pada papan tanda elektronik di hadapan tapak pembinaan projek Yodobashi yang dijangka siap pada tahun nih?! Papan tanda elektronik tuh menunjukkan skala bacaan '騒音 (noise)' dan '振動 (vibration)' dalam usaha mengurangkan pencemaran sekitar!


p/s Gambar2 lain boleh diusha melalui sini


Saturday, 17 April 2010

fakta menarik


sumber : mastika April 2010
  • Jika korang cuba ntk kira jumlah keseluruhan bintang yg ade di langit dgn kadar satu bintang sesaat, korang perlukan masa 3,000 tahun ntk kira semua nyer~
  • Lebih kurang 0.7% penduduk dunia mabuk setiap detik!
  • Purata kita tido 24 tahun dari keseluruhan hidup kita
  • Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun. Mimpi tuh pula adalah dlm hitam putih dan bukan berwarna
  • Sehari di planet Pluto = Seminggu di bumi
  • Lalat bergerak ke belakang ketika mula2 terbang
  • Siput leh tido sehingga selama 3 tahun
  • Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali sepanjang hidupnye; boleh memenuhi 2 buah kolam renang!
  • Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada semua manusia, secara purata seitap manusia hanya mendapat 100 kaki persegi

Friday, 16 April 2010

Red Ear Syndrome

Red ear syndrome: An unusual type of head pain in which the ear becomes red and burning. Attacks may be brought on by triggers such as touching the ear, heat, chewing, drinking, coughing, sneezing, and neck movement. May be associated with migraine, irritation of the third cervical root, temporomandibular joint dysfunction, or thalamic syndrome. It may also occur without obvious structural cause. (link)

Pernah x korang perasan salah satu telinga tetiba jer jadi merah pada suatu masa? Sejak dulu lagi ak dah pernah alami kejadian paranormal nih, paling kerap berlaku waktu dalam keadaan cuak; presentation, nk tanye soalan dsb.. tapi baru2 nih, kadang2 tengah buat kerja @ layan internet pon telinga tetiba bertukar merah.. telinga jadi merah kerana darah banyak berkumpul kt telinga; bukan sengaja ak bakar yerk (笑) Memang 気持ち悪い (x selesa) langsung bila telinga jadi merah; ak tunjuk kt member lab pasal kes telinga merah nih dan hampir semua x tau langsung pasal sindrom nih.. Supervisor siap suruh ak berhenti makan gula2 dan makanan manisan kerana x bagus ntk kesihatan :p (kantoi) Kalo hidung jadi merah di kaitkan ngan banyak minum arak, ape plak yang boleh kita kaitkan ngan sindrom telinga merah nih? Hasil siasatan mengejut kt internet menemukan ak dengan ramai lagi 'pesakit' yang menghidap sindrom yang diberi nama 'red ear syndrome' nih.. Ada yang dah mengalami sindrom hampir 15 tahun dan masih xde jalan penyelesaian meskipun dah berjumpe dengan pakar.. Konon nyer majoriti pompuan yang banyak menghidap sindrom nih o_0 Mujur xde penyakit berbahaya yg dikesan ade kene mengena dgn sindrom nih.. ;)

Red Ear Syndrome

Thursday, 15 April 2010

読書 (Reading)

After all manner of professors have done their best for us, the place we are to get knowledge is in books. The true university of these days is a collection of books.
Albert Camus

Membaca merupakan sesuatu perbuatan yg dituntut dalam Islam~ Sejak dari sekolah rendah lagi, kita sumer telah dididik menerusi program Nilam ntk melihat perkembangan bilangan buku yang telah kita baca.. Ramai yang mengambil serius sampai sanggup ulang-alik daripada perpustakaan ntk menambahkan bilangan buku yang dibaca kerana ada habuan yang akan diterima sekiranye pelajar tersebut membaca buku paling banyak dalam skolah tersebut.. Seingat ak, buku nilam tersebut menghendaki para pelajar mengisi nama pengaran, judul buku, dan sedikit ulasan mengenai buku tersebut SETELAH habis membaca buku tersebut; tapi oleh kerana kenakalan ak waktu kecil, x yah baca buku tuh sampai habis pon xpe, hanya copy & paste bulat2 ape yang tertera pada bahagian belakang kulit buku tersebut ;) Membaca sememangnye bukan hobi ak sewaktu kecil.. "Kalo baca buku jer mesti mengantuk" antara alasan yang sering ak dengar sejak dulu sehingga kini.. Ak yakin setiap umah mesti ada sekurang2 nyer perpustakaan kecil yang disediakan oleh parents korang.. Ayah ak jenis suka simpan nota2 dan segala barang kepunyaan dia sejak dulu sehinggakan kalo orang lain tgk sure ingat benda tuh sampah.. 'Penyakit' ayah ak tuh mungkin turun-temurun agak nyer sebab ak pon dapat gak 'penyakit' yang sama..


Macam mane nk pupuk sikap suka membaca?? Sejak dulu sampai skang ak minat giler baca buku komik; kerana suka nau baca komik kot yang memupuk sikap membaca dalam diri?? Kalo difikirkan dari aspek psychology, MINAT yang menggerakkan kita ntk lebih konsisten dalam melakukan sesuatu perkara.. Selain baca komik, antara bahan bacaan yang ak minat ialah surat khabar, novel jiwang, buku berkaitan psychology, buku motivasi, dan buku berkaitan ketuhanan~ Ak stat baca novel jiwang sejak tingkatan 5 kalo x silap; kebanyakan buku2 tuh di pinjam dari perpustakaan.. Adalah x berlebihan kalo ak katakan yang hasil pembacaan novel2 jiwang tuh telah membantu ak menulis karangan dengan lebih baik sehingga berjaya memenangi anugerah ntk pertandingan menulis cerpen peringkat daerah= Baru2 nih, ak baru jer selesai abiskan novel "Andai Itu TakdirNya", novel yang berjaya memenangi anugerah buku popular Berita Harian 2009.. Kitorang kene tulis surat rasmi kepada penaja setiap kali nk claim duit atau bertanyakan hal biasiswa.. Memang janggal abis lah bila pertama kali tulis surat rasmi setelah meninggalkan alam persekolahan sampaikan banyak giler kesilapan tatabahasa dan sebagai nyer.. Kendatipun ak minat baca novel jiwang, x semestinye ayat2 dalam surat rasmi ak pon berbunge~ ;p

Koleksi buku 100円

Antara budaya Jpon yang terkenal ialah 読書; konon nyer walau kt mana kita berada, mesti akan terlihat sorang dua mat Jpon yang khusyuk membaca buku.. Format tulisan Jpon yang ke bawah dalam surat khabar benar2 menyumbang kepada kekhusyukan para pembaca sampai diorang lipat surat khabar tuh ntk baca sambil berdiri dalam keretapi yang tengah sesak.. Sejak ak sampai di Jpon, minat ak semakin mendalam dalam bidang psychology membuatkan ak membeli beberapa buah buku 100円 (RM 3.80) dalam saiz yang kecil dan sesuai ntk dibaca ketika dalam keretapi dan sebagai nyer.. Kemudahan format .pdf membolehkan ak download bahan bacaan daripada internet dan baca menggunakan komputer, PSP, dan telefon bimbit.. Sikap suka membaca terbawa2 sampai ak rasa membazir masa kalo x buat ape2 waktu tgh melabor dalam tandas; kalo ak lama dalam tandas tuh, jangan pikir yang bukan2 plak! (笑) Sorang member yang lagi gila membaca meminjamkan kepadaku sebuah buku bercorak ketuhanan yang begitu menarik; "The Search for Beauty in Islam" karangan Khaled Abou El Fadl.. Kalo waktu skola dulu, ak minat baca buku motivasi H.M Tuah Iskandar.. Cara ntk menajamkan kemahiran bahasa ialah membaca dan memahami perkataan yang digunakan dalam sesebuah buku tuh.. Biasa nyer perkataan yang susah tuh akan di ulang beberapa kali jadi bila dah tau makna, iA memori pada makna tersebut akan kekal kerna kekerapan bertemu dengan perkataan tersebut.. Finally, thanks for reading my blog!

~One Will Forget Himself if He Don't Read Himself~

Tuesday, 13 April 2010

名刺 (Business Card)

Sudah jadi impian sejak kecil lagi ntk memiliki kad nama sendiri~ Seblom fly ke Jpon awal 2008 dulu, ak telah berjaya minta hampir semua kad nama para 先生 (lecturer) JAD yang telah mengajar ak selama 3 tahun di UniSEL dulu.. Adat orang Jpon dalam urusan kad nama ialah saling bertukar kad nama, dan kedua2 tangan mesti memegang kad nama tersebut sewaktu memberi dan menerima.. Selama nih, ak hanya berada di kedudukan penerima kad nama jer= Waktu g Tokyo beberapa minggu lepas, ak terkejut bila tgk sorang member dah ade kad nama sewaktu dia masih tahun akhir ijazah sarjana muda lagi! Bila dah masuk 大学院 (Graduate School), salah satu yang perlu ada bagi setiap 留学生 (foreign student) yang berfikiran global ialah 名刺 kerana waktu nih lah kitorang akan jual nama masing2 terutama skali waktu 学会 (Academic Conference) dan 国際会議 (International Conference)= Bagi merealisasikan azam ntk memiliki kad nama, tanpa survey harga terlebih dahulu di kedai2 lain, dengan gelabah giler ak terus tempah kad nama di kedai pertama yang ak singgah ntk survey harga.. Awal2 lagi orang kedai tuh dah cakap yang harga dia memang mahal ntk pertama kali; sekitar 4千円 (Rm 150) lebih~ Awal nyer ak cam 迷う (dilemma) gak samada nk amik ke x; try roger member yang dah buat seblom nih tp dia x angkat plak waktu tuh.. Dengan tergesa2 ak terus setuju dengan tawaran tuh lantas maju ke peringkat seterusnye iaitu template 名刺 tuh~


Berpandukan beberapa 名刺 rakan2, parents termasuk 先生, ak telah memilih reka bentuk template seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.. Mujur logo Rits hanya menggunakan satu warna sebab kalo banyak sangat warna, harga dia lagi mahal! Lebih kurang 3,4 kali ak ulang-alik pergi kedai nih semata-mata ntk betulkan beberapa kesilapan dan melakukan pembetulan pada contoh kad nama ak sehinggakan orang kedai ugut x nak hiraukan lagi tuntutan lepas nih ;p Last2 minit nasib baik ak perasan ade kesilapan pada tulisan kanji bagi nama lab ak~ Ak kene tempah kad nama sebanyak 100 keping kerana kedai nih memang x terima kurang.. Jumlah yang perlu ak bayar waktu nk amik kad nama tersebut ialah sejumlah 4400円 (RM 165); harga yang terlampau mahal kalo dibuat kat Malaysia.. Menyesal gak x buat jer kt Malaysia waktu cuti tamat pengajian bulan lepas -_-" Mujur xde cacat cela pada kad nama tuh buat masa nih~ Bile dah setuju harga baru teringat yang member yg dah ade kad nama tuh buat sendiri pakai printer kt lab dia -_-" Paling x boleh blah 先生 (supervisor) ak pon pernah try nak buat sendiri 名刺 tapi kantoi dakwat printer bengong~ (笑)

p/s Sesape yang nk kad nama ak, pastikan korang pon ade kad nama yerk~ (笑)

Monday, 12 April 2010

One Day

Satu lagi lagu yang tengah hangat berputar dalam kepala otak ak.. Seni kata lagu dan maksud yang ingin di sampaikan kepada para pendengar benar2 menyentuh hati.. semoga para pendengar dapat menghayati sambil berhibur mendengar lagu nih~ enjoy!



Sometimes I lay under the moon
And I thank God I'm breathing
Then I pray don't take me soon
Cause I am here for a reason


Sometimes in my tears I drown
But I never let it get me down
So when negativity surrounds
I know someday it'll all turn around because


All my life I been waiting for
I been praying for
For the people to say
That we don't want to fight no more
They'll be no more wars
And our children will play

One day

It's not about win or lose cause we all lose when they feed on the souls of the innocent blood drenched pavement keep on moving though the waters stay raging
and in this life you may lose your way,
it might drive you crazy but don't let it phase you no way

Pre-chorus
Chorus

One day this all will change
Treat people the same
Stop with the violence down with the hate
one day we'll all be free and proud to be
under the same sun singing songs of freedom like...

Sunday, 11 April 2010

Hanami = Kyoto

11 April - KYOTO


Aktiviti 花見 (Cherry Blossom Viewing) dan 植物園 (Botanical Garden) telah selamat dilangsungkan pada pagi tadi bertempat di 出町柳 (Demachiyanagi) anjuran 京都市国際交流協会, KCIF (Kyoto City International Foundation).. Ak gerak daripada 南草津 (Minami Kusatsu) sekitar jam 1000 menuju ke 山科 (Yamashina) menggunakan JR (Japan Railways) sebelum bertukar kepada 地下鉄 (Subway) ntk ke 三条京阪 (Sanjo Keihan).. Dari situ kene tukar train ntk naik 京阪線 (Keihan Line) menuju ke 出町柳.. Alhamdulillah ak sampai tepat jam 1100; waktu berkumpul sebelom bergerak ke tempat yang di jadualkan ntk makan tengahari sambil 花見.. Boleh tahan gak ramai yang turut serta dalam aktiviti kali nih, buat pertama kali juga dapat berkenalan dengan ayah angkat sebab selama nih dia sentiasa 'sibuk' di umah~ Sepanjang perjalanan menuju ke tempat makan tuh penuh dengan pokok 桜 (Sakura) yang masih lebat= Tempat yang dipilih ialah sekitar 加茂川出雲路橋 (Kamogawa Izumoji Bridge)= Konon nyer petang tuh hujan akan turun, tp waktu kitorang makan tengahari boleh plak matahari terik sampai ade yang pasang payung waktu tengah makan.. Selesai makan tengahari, pihak KCIF menyediakan sedikit permainan ntk berhibur seketika sebelum bergerak ke 植物園 yang terletak kira2 1km daripada tempat kitorang makan~


京都府立植物園 (Kyoto Botanical Garden) merupakan taman bunga paling bersejarah di Jpon; keluasan dia jer konon nyer lebih kurang luas 6 padang besbal 甲子園 (Koshien)! Sebanyak 120,000 tumbuhan merangkumi 12,000 jenis spesis terdapat kt sini; konon nyer pokok bunga sakura jer ade 70 jenis! Taman bunga nih sememangnye terbuka setiap tahun dengan aktiviti berbeza mengikut musim; hanya ditutup waktu awal tahun jer= Waktu ak pergi nih, bunga tulip tengah popular giler dengan bermacam2 jenis dan warna tersusun dalam satu deretan.. Khusyuk sangat amik gambar bunga sampai terlepas banyak penjelasan oleh ガイド (guide) yang secara sukarela membantu menerangkan satu persatu tentang bunga2 di situ~ Selain bunga tulip, masakan bunga 桜 boleh dilupakan~ Antara pemandangan yg x dpt dilupakan bile jalan raya penuh dengan kelopak daun 桜 yang keguguran.. Taman bunga nih juga membenarkan para pengunjung ntk buat picnic; spot terbaik ntk warga 関西 (Kansai) buat aktiviti 花見 kt sini tahun2 berikut nyer~ Kagum ak dengan keajaiban sebatang pokok 桜 yg daun nyer terbahagi kepada warna putih dan merah jambu (kes yang begitu jarang sekali berlaku=).. Sayang sekali sebab x catit maklumat2 lain yg diberitahu sebab sekali dengar memang cepat jer luput dalam ingatan.. -_-"


Aktiviti pada petang tuh bersama2 留学生 (foreign student) yang lain tamat pada sekitar jam 1500.. Alang2 masih ada masa yang terluang, keluarga angkat ajak p 温室 (Concervatory) yang menghimpunkan spesis2 tumbuhan di seluruh dunia.. Masuk jer dalam tuh, secara automatik terasa dah cam bukan kt Jpon, tp dah kt hutan amazon ke mane ntah~ Rasa cam dah jadi mat bunga bila syok nau amik gambar bunga jer dari awal sampai ke akhir program.. Bila masuk bahagian buah-buahan, bangga giler nampak pokok2 yang berasal dari Malaysia membuatkan ak x terlepas mengambil gambar setiap satu.. Hampeh bila pokok jer yang ade, tp buah nyer x semua ade.. buah jambu air ade tp pelik btol name yang dia kasi.. レンブ (Lembu?) Takjub btol bila tengok spesis2 pokok kaktus yang bermacam2 gaya! Langkah kaki terpaksa dicepatkan kerana tempat tuh tutup awal sekitar jam 1600~ Waktu dalam perjalan menuju ke 駅 (railway station) yang berdekatan, kitorang terserempak dengan sebuah teksi daripada syarikat Yasaka yang mempunyai tanda 4 kelopak bunga clover.. Hanya 4 buah teksi daripada 1400 yang mempunyai tanda nih, yang lain hanya 3 kelopak.. Biasa nyer bunga clover hanya memiliki 3 kelopak, barangsiapa yang jumpa 4 kelopak, maka hidup dia akan bahagia? Seblom balik umah, keluarga angkat ajak singgah Starbucks; kali ke2 dalam seumur hidup ak makan dan minum di kedai nih.. nasib baik diorang belanja :p


p/s Gambar2 lain boleh di usha melalui sini

Friday, 9 April 2010

Ramalan cuaca


Jpon merupakan antara negara yang terkenal dengan cuaca yang x menentu.. Kalo tgk ramalan kaji cuaca diorang kt tv, ayat yg diorang gunakan sentiasa diakhiri dengan perkataan "... mungkin~" atau yg sewaktu dengan nyer; sebab tuh rakyat diorang seronok kalo nk bukak citer pasal cuaca kot= Kalo dulu, ak rajin giler bukak yahoo japan ntk usha ramalan cuaca setiap hari dan mingguan sebagai persediaan.. Kadang2 yahoo japan jer x cukup, ak bukak skali laman web weathernews ntk dapatkan lebih kepastian.. Skang nih kt desktop ak ada widget khas ntk ramalan cuaca harian bagi memudahkan urusan~ Bagi sesiapa yang berminat, leh dapatkan melalui laman web nih~ Kebanyakan laman web kaji cuaca terutama nyer yahoo turut menerima maklum balas orang ramai pada 'real-time' bg menambahkan ketepatan ramalan kaji cuaca tersebut.. Kalo zaman pak kadok dulu2, antara kaedah yang digunakan ntk kaji ramalan cuaca ialah menggunakan haiwan! Berikut pemerhatian pakar2 alamiah yg dikumpul dalam sebuah buku Weather Lore: A Collection of Proverbs Sayings and Rules Concerning the Weather karya Richard Inwards pertama kali diterbitkan pada tahun 1893.
  • Bila binatang akan berkumpul, petanda hujan akan turun
  • Apabila kucing bersin, tanda hujan akan turun
  • Bila kuda memanjangkan lehernya dan menghidu udara, hujan akan menyusul
  • Bila keldai meringkik, petanda hari itu akan hujan
  • Jika kelawar berbunyi dan terbang ke dalam umah, hari akan hujan
  • Di barat, apabila ayam Belanda yg bertenggek di atas pokok dan x mau turun menandakan salji akan turun
  • 3 @ 4 ekor burung murai yg terbang bersama2 dan mengeluarkan bunyi yg kuat petanda cuaca berangin
  • Ikan lumba2 timbul di pelabuhan menandakan ribut akan melanda
  • Buih udara keluar pada kepah menandakan hujan akan turun
  • Bila cacing kalimantang bercahaya, cuaca panas dan kering akan meyusul
  • Lebih kuat bunyi katak, lebih banyak hujan akan turun
  • Penyengat membina sarang di tempat terbuka menandakan musim panas telah tiba
  • Apabila labah2 bekerja keras dan memintal sarang petanda angin kencang bakal bertiup. Labah2 x leh memintal ketika angin mula bertiup
  • Lalat hinggap di hidung anda, kemudian menepis dan lari. Jika lalat tuh datang lagi, itu petanda hujan rahmat bakal turun!
Sumber : Mastika April 2010
p/s Orang Jpon suka bela ikan emas kerana konon nyer bila ikan emas tuh terlompat2 dalam akuarium, tuh petanda gempa bumi akan muncul x lama lagi.. WALLAHUA'LAM=

Wednesday, 7 April 2010

資格外活動許可 (Permit for part time work)

6 April - OTSU

Bagi yang tidak tau, setiap pelajar asing dilarang sama sekali ntk melakukan sebarang aktiviti luar terutamanye melibatkan wang tanpa mendapatkan permit yang dikeluarkan oleh pihak imigresen Jpon.. Apabila berjaya update VISA, ak juga dikehendaki membuat semula pemohonan ntk 資格外活動許可 di 国際センター (International center) memandangkan permit lama telah tamat tempoh.. Pada semester baru ni juga ak terpilih ntk menjadi Technical Assistant (TA) bagi subjek CALL (Computer Aided Language Learning), jadi ak telah 申請 (apply) 許可書 (permit letter) sebelum pulang ke Malaysia hujung bulan febuari yang lepas kerana berdasarkan pengalaman yang lepas, tempoh ntk pihak 国際センター menyiapkan segala dokumen sebelum dihantar sekali gus kepada pihak imigresen memang mengambil masa yang lama.. Jika segala nyer berlaku mengikut perancangan, waktu ak pulang semula ke Jpon, 許可書 sepatutnye dah siap dan hanya tunggu masa ntk diambil semula jer.. Malang sekali apabila dimaklumkan sepanjang bulan Mac, segala urusan 国際センター telah di hentikan buat sementara waktu dan hanya akan disambung kepada bulan seterusnye.. Gelabah giler sebab pihak CALL dah dok tanye mane 許可書 ak sebab diorang xleh benarkan ak kerja selagi x hantar 許可書 nih kt diorang~


Disebabkan masa x mencukupi, ak minta izin ntk pergi 申請 sendiri kt pejabat imigresen di 大津 (Otsu); mujur segala kertas kerja telah disediakan oleh pihak 国際センター jadi ak cume perlu menghantar borang2 tersebut dan proses menyiapkan 許可書 tuh bergantung pada budi bicara pihak imigresen.. Alhamdulillah, segala nye berjalan dengan lancar; bermula tahun nih, format 許可書 telah diubah dimana seblom nih kitorang hanya dapat sehelai kertas saiz kecik jer, tp kini telah digantikan dengan pelekat saiz yang lebih kecik dan ditampal kt passport masing2.. Konon nyer kaedah nih lebih mudah memandangkan banyak sangat kes kehilangan 許可書 seblom nih.. Selain menjadi TA ntk subjek CALL, ak juga terpilih ntk jadi TA subjek Power Electronics 1; subjek yang diajar oleh Supervisor sendiri dan juga TA bagi pelajar2 JAD 8 yang baru mulakan pengajian diorang di 立命館 (Rits) bermula bulan nih.. Seblom nih dah puas kerja kt kilang, bila dah pindah umah baru yang terletak agak jauh dari kilang tersebut membuatkan ak terpaksa melepaskan pekerjaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan kepada 後輩 (junior) lain~ Nasib baik subjek yang perlu di ambil ntk semester nih hanya 5 subjek, jadi ak boleh susun jadual waktu ntk 研究 (research) dan バイト (part time) dengan lebih terancang~

Sunday, 4 April 2010

桜祭り (Sakura Festival)

3 April - KYOTO


Festival Sakura telah diadakan bertempat di 宇治 (Uji) pada hari nih; hari nih juga merupakan aktiviti 花見 (flower viewing) yang dianjurkan oleh MSAJ Kansai tp oleh kerana jemputan keluarga angkat sampai dulu, ak kene beri priority pada event nih.. Kitorang (ak & keluarga angkat) berjanji ntk bertemu di 宇治京阪 (Uji-Keihan Station) sekitar jam 1030 dan dari situ, kitorang berjalan kaki ke 桜祭り yang berdekatan dengan 平等院 (Byodoin); tokong yang terkenal kerana termasuk dalam senarai World Cultural Heritage.. Ini merupakan kali ke 2 lawatan ak ke 宇治, yang terletak di bahagian selatan 京都 (Kyoto)~ Pemandangan sekitar kawasan 宇治 memang saling x tumpah cam 滋賀 (Shiga) yang agak 'kampung' sket~ 宇治 konon nyer terkenal dengan duit dan daun teh; bersepah pokok teh kt 宇治橋 (Uji Bridge)~ Bagi mereka yang minat sejarah, 宇治 juga terkenal dengan cerita klasik, 源氏物語 (The Tale of Genji) karya terkenal 紫式部 (Murasaki Shikibu) yang agak jiwang~ Agak terkejut melihat hampir semua bunga 桜 (sakura) di 桜祭り tuh berwarna putih sedangkan warna asal nyer sepatut nyer warna pink~ Salah satu sebab yang boleh difikirkan adalah 地球温暖化 (Global Warming) ;)


Bila dah nama 祭り (festival), tentu ade jer peniaga yang mengambil kesempatan ntk mempamerkan barang jualan diorang.. Pertama kali ak nampak sorang peniaga membuka kedai kerja kayu yang mana pelanggan boleh membeli beberapa set kayu dengan harga yang berpatutan dan bertukang menghasilkan barang yang diorang hendaki.. Rata2 yang bertukang di situ ialah kanak2 dan orang tua sambil ditemani keluarga mereka~ Selesai makan tengahari, keluarga angkat ak ajak p 宇治市観光センター (Uji Tourist Center) ntk belajar tentang 茶道 (Tea Ceremony).. Masuk kali nih dah kali ke-3 kot ak diperkenalkan mengenai 茶道; 2x di ajar oleh kenalan 和田先生 sewaktu aktiviti お餅つき (pounding rice cake) setiap hujung tahun~ Seperti biasa, kitorang digalakkan makan manisan terlebih dahulu supaya minuman 抹茶 (powdered green tea) yang pekat leh sebati dengan gula manisan tersebut didalam mulut.. Kendatipun 抹茶 tuh bagus ntk kesihatan, ntah kenapa lidah ak masih x dapat menerima rasa 抹茶 tuh ;) Selesai aktiviti 茶道, keluarga angkat ak ajak ziarah tokong2 yang terkenal di 宇治 antaranye 宇治神社 (Uji Shrine), 宇治上神社 (Ujigami shrine), dan 平等院 (Byodoin)~ Hanya 平等院 sahaja yang minta para pelawat membayar ntk dapatkan tiket masuk..


Kenapa 宇治 terkenal dengan duit?? Kalo korang perasan bahagian belakang duit 10円 ada gambar tokong; tokong tuh la 平等院= 10,000円 pon ada gambar pheonix yang terletak di bahagian penjuru atas 平等院= Malah, kalo korang memiliki duit kertas 2000円 yang amat jarang2, korang akan perasan potret 紫式部 tertera di bahagian belakang duit kertas tuh.. Dalam banyak2 tokong yang pernah ak masuk sepanjang berada di Jpon nih, hanya 平等院 jer yang menyediakan 鳳翔館 (Museum?) yang mana para pengunjung boleh mengetahui sejarah pembinaan tokong tersebut dengan lebih mendalam dan bukan hanya tahu sedikit melalui pamplet yang diberi sebelum memasuki sesebuah tokong tersebut.. Teringin nak ambil gambar dalam museum tuh, tp malang nyer penggunaan kamera adalah dilarang.. 平等院 menempatkan patung 52 'malaikat' mengikut kepercayaan Buddha Jpon yang mana 26 daripada nye memegang 17 jenis alat muzik~ Kedai jual cenderamata juga agak besar dan moden, tidak seperti beberapa tokong2 yang pernah ak lawati sebelum nih.. Kitorang bersurai sekitar jam 1700; ak singgah jap kt 京都 ntk beli sedikit buah tangan dan usya barang di ピックカメラ seblom pulang ke rumah..


p/s Gambar2 lain leh didapati melalui sini

ガイダンス (Guidance)

2 April - RITS

新入生オリエンテーション (Orientasi pelajar baru) bagi 理工学研究科 (Graduate School of Science and Engineering) telah diadakan pada hari nih bertempat di C201 sekitar jam 1000~ Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan daripada dekan; jumlah pelajar yang bakal memulakan pengajian peringkat sarjana bagi 理工学研究科 sahaja adalah seramai 686 orang, jumlah paling ramai dalam sejarah penubuhan Rits kot~ Oleh kerana terdapat 新入生 (new student) yang datang daripada universiti lain, sedikit penerangan mengenai Rits turut diperjelaskan~ Jumlah 単位数 (credit hour) yang diperlukan ntk 卒業 (graduate) ialah 30 keatas.. Jumlah 単位 ntk 研究 (research) jer dah 14 jadi sekurang2 nyer ak perlu mengambil 8 subjek dalam masa 2 tahun.. Semestinye ak akan cuba penuhkan subjek2 yang perlu di ambil semasa M1 (Masters 1st year) supaya ak leh tumpukan sepenuhnye pada 研究 waktu M2 nanti.. Lepas tuh kitorang dipecahkan mengikut course masing2 bagi majlis penyerahan kad pelajar berserta sedikit penerangan tentang perjalanan kursus.. Agak x berpuas hati kerana nama ak kt kad pelajar baru dah la x penuh, boleh plak berhenti setengah jalan -_-" Kalo nk buat kad baru, dia mintak gambar lagi, kalo x kisah, dia suruh tulis jer pakai pen kat atas kad pelajar~ (笑)


Petang tuh ade sedikit ガイダンス ntk 留学生 (foreign students) peringkat sarjana dan PhD; boleh tahan ramai gak pelajar asing yang baru masuk tahun nih~ Konon nyer Rits tengah giat promote universiti kepada negara luar bagi meningkat bilangan pelajar asing dari semasa ke semasa.. バイト (part time) sebagai TA dah nk mula minggu depan tapi アルバイト許可 (permit) daripada pejabat imigresen masih belum diterima sedangkan ak dah 申請 (apply) melalui 国際センター (International center) seblom balik Malaysia tempoh hari~ Nampak gaya cam kene pergi buat sendiri jer kt pejabat imigresen nih~ Selesai ガイダンス ntk 留学生, ade ガイダンス tentang GRGP (Global-Ready Graduate Project), suatu projek yang istimewa kerana para pelajar bakal didedahkan dengan ciri kepimpinan diri dan bagaimana berurusan dengan dunia luar dengan menggunakan medium bahasa inggeris.. Hanya 30 orang pelajar sahaja yang akan di pilih; projek 1 tahun yang memaksa para pelajar belajar english selama 100 jam disamping menambah kemahiran KBKK dalam aplikasi kehidupan seharian.. Ucapan daripada 先輩 M2 dan D2 (Doctor year 2) yang menceritakan pengalaman diorang buat internship di luar negara ketika musim panas tahun lepas benar2 menambah minat ak ntk join projek nih disamping bakal membantu sewaktu menulis resume kemudian hari.. Malangnyer bila abis jer ガイダンス tu, ak perasan ciri2 kelayakan ntk masuk projek nih ialah mesti warganegara Jpon! -_-"

Thursday, 1 April 2010

New Home

23 Mac - KUSATSU

Alhamdulillah, ak kini telah selamat menduduki rumah baru di 野路町 (Noji Town) yang terletak tengah2 antara universiti dan stesen keretapi terdekat.. Proses pemindahan barang daripada umah lama ke umah baru mengambil masa 2 hari memandangkan aktiviti pemindahan barang melibatkan 3 umah sekaligus dan kereta yang digunakan hanyalah Honda Odessey kepunyaan penghulu Shiga.. Baru jer pindah umah tapi dapat duduk skejap jer minggu lepas sebab terpaksa bergegas ke 大阪 (Osaka) dan 東京 (Tokyo) selama beberapa hari benar2 memeritkan~ Kredit buat para 後輩 (junior) yang berjasa dalam memberikan kerjasama yang penuh semasa proses pemindahan barang dijalankan.. Umah baru ak nih ditingkat 2, umah lan pali plak kt tingkat 3, dan barang tumpangan Adib plak di tingkat 4; dan semuanyer berlainan tempat= Semalam (31hb) baru dapat selesai mengemaskan bilik dan memasang mesin basuh.. Rumit betul bila semua perkara terpaksa dilakukan seorang diri tapi bila difikirkan cabaran yang bakal mendatang, perkara kecil sebegini seharusnye tidak dianggap sebagai beban tapi sebagai persediaan~ Kedatangan peti sejuk 2nd hand yang ak beli melalui Yahoo Auction pada hari nih (1hb April) sekaligus melengkapkan segala mesin2 penting dalam sesebuah rumah.. Bermula esok, ak dah boleh mula pesan daging dan ayam melalui baticrom; sakit gak dok makan maggi jer sebelum nih -_-"


Sewa umah bulanan ialah sekitar 3.7万円 (RM 1290) dan ak menjangkakan jumlah kos yang perlu ak sediakan setiap bulan termasuk bil2 lain ialah dalam lingkungan 5~6万円; mujur duit biasiswa bagi pelajar sarjana lebih tinggi daripada pelajar sarjana muda, jadi ak yakin ak masih boleh menyimpan sedikit wang untuk kegunaan masa hadapan.. Umah baru yang dibawah kendalian 大学生協 (University Co-op) ni menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranye kemudahan internet dan peti simpanan sementara sekiranye posmen dtg waktu ak xde kt umah.. Ak sangkakan kelajuan internet setanding dengan kelajuan kt umah lama (59M), tp ternyata meleset apabila perbezaan nyer ialah 10x ganda lembap! Dengan perasaan yang x puas hati, ak terus report kt pihak berkenaan tentang kelajuan internet; maklum-balas yang diterima ialah diorang akan cuba menukar jenis modem sekarang (PnP) kepada model VDSL bagi setiap umah tapi 工事 (construction work) hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Jun~ siap suruh ak senyap2 jangan bagitau penduduk lain memang mencurigakan sebab kalo boleh ak nk mintak kebenaran tukar provider terus memandangkan kempen tengah berjalan sampai hujung bulan 5 nih..


Ternyata ada pro dan kontra bila nk pilih umah baru; umah baru ak skang nih dekat ngan landasan 新幹線 (bullet train) so kerap gak dengar bunyi 新幹線 lalu.. -_-" コンビに (convenience store), スーパー (supermarket), dan ガスト (Restoran Gasto) dekat giler \(^o^)/ Kalo dulu nak jalan kaki daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) ke umah lama mengambil masa 1 jam lebih, skang nih seronok jer jalan kaki dan tempoh waktu hanye dalam lingkungan 15 minit.. Sementara menunggu peti sejuk tiba petang tadi, teringin nak layan PS3 setelah sekian lama x pasang sejak balik semula ke Jpon, terkejut gile bila pasang2 xde keluar gambar.. try pasang kt monitor dengan menggunakan kabel HDMI tp tetap x menunjukkan apa2 perubahan.. sekali lagi pasang kt tv dengan menggunakan kabel asal yang dibekalkan sewaktu beli PS3 tapi tetap x menunjukkan apa2 hasil.. cuak gak bila usha laman web Sony ntk harga nk baiki PS3 kalo ada masalah gambar x kluar nih (melebihi 1万円)!! Mula timbul perasaan menyesal sebab bawa balik PS3 ke Malaysia dulu~ Last resort ak ialah membawa konsol PS3 ke umah Epul (後輩) ntk cuba pasang guna tv dia.. ghuper2 nyer perkara nih berlaku hanya kerana ak telah layan PS3 guna kabel HDMI sewaktu di Malaysia dulu.. Kt Jpon, ak guna kabel D2 jadi konsol PS3 perlu di reset seketika~ Mujur Epul dah penah kene kt PS3 dia sebelom nih dan dia dapat info nih melalui buku manual.. huhu, pengajaran yang amat berguna!


Untuk aktiviti memasak di dalam umah, berbeza ngan umah lan pali yang disediakan mesin IH (Induction Heater), umah ak hanya dilengkapi hot plate! Survey yang ak terima daripada 先輩2 (senior) yang dah lama dok 一人暮らし (living alone) bagitau better jangan guna hot plate sebab makan banyak tenaga elektrik di samping amik masa lebih waktu nk memasak.. dok usya harga mesin IH kat internet dan terperasan harga yang agak berpatutan di internet, cume tunggu masa jer nak sambar mesin tuh.. tp sorang lagi member sarankan beli dapur gas jer sebab kalo guna IH pon tetap ambil masa gak nk masak.. konon nyer dapur gas kecik nih agak 'saving' sket membuatkan ak akur dengan pendapat diorang.. Inilah umah baru ak~

Seminar 'Re-Orientation'

29~31 Mac - HACHIOJI



Seminar 'Re-Orientation' telah diadakan selama 3 hari bertempat di Hachioji Seminar House, bandar Hachioji di barat Tokyo.. Program nih adalah wajib ntk semua pelajar JAD 6 yang bakal meneruskan pengajian ke peringkat sarjana, pelajar AAJ yang menerima biasiswa YPM, pelajar PhD yang menerima biasiswa YPM, dan pelajar JAD yang mengalami masalah dari segi pembelajaran.. Program ni diadakan bertujuan ntk meningkatkan motivasi diri dan memupuk semangat cintakan Malaysia disamping mengajar para pelajar memahami Al-Quran sebagai panduan hidup dan bukannye sekadar bahan bacaaan.. Majoriti pelajar hadirkan diri dari awal program tp malangnye, atas urusan yang perlu diselesaikan pada 29hb di universiti memaksa ak bertolak pada keesokan hari nye dengan menaiki 新幹線 (bullet train).. 

Bergambar bersama motivator 

Plan asal nak bertolak pada malam 29hb tuh tp salji yang turun dengan lebat pada hari tuh memaksa ak membatalkan niat~ Mujur segala kos pengangkutan akan ditanggung oleh pihak penaja jadi x risau sangat ntk naik 新幹線 (jumlah 新幹線 yang telah ak naiki setakat nih ialah 5x) 新幹線 bergerak daripada 京都駅 (Kyoto Station) pada jam 0650 itu tiba di 新横浜 (Shin-Yokohama Station) sekitar jam 0900; daripada situ ak naik JR (Japan Railways) sehingga ke JR 八王子駅 (Hachioji Station) keluar kt 南口 (South exit) sebelum bertukar kepada bas no.60 menuju ke 野猿峠 (Yaen-touge) dengan kos tambang berjumlah 200円=

Keunikan Hachioji Seminar House 


Meskipun ak hanye sempat join program selama 2 hari tuh jer, input yang diterima oleh penyampai Dr. Haji Mohd Shafie, pengarah syarikat Al-Huffaz benar2 mantap! Point yang diutarakan oleh Dr. ialah supaya para pelajar melebihkan Allah dalam semua perkara dan sentiasa sediakan dalil bila membahaskan ape2 (笑) Malam 30hb tuh, ak ajak member2 lain p jalan2 'cuci mata' kt 南小沢 (Minami Ozawa); shopping outlet terbesar kot dalam bandar Hachioji nih.. Seblom balik kitorang beli makanan ringan sebanyak yang mungkin ntk sambung borak2 dalam bilik 'semut'; nostalgia abis bila borak pasal waktu sekolah masing2 sampai x sedar jam dah menunjukkan pkl 2 pagi! 


Keesokan hari nyer ade wat party sket di dewan makan ngan makanan yang disediakan memang mantap dan semuanye HALAL! Asalnye nk stay kt situ sampai 1hb ntk layan bola UCL pagi tuh tp teringin nk follow budak2 岡山 (Okayama) yang ingin singgah 上野 (Ueno) seblom pulang ke tempat masing2 dengan menaiki 新幹線~ Konon nyer 上野 terkenal dengan tempat ala2 Petaling Street dan penuh dgn barang2 'pirate'~ Selesai pusing2 上野, kitorang bergerak ke JR 東京駅 (Tokyo Station) dan pulang sekitar jam 1800~ Selamat tiba di 京都駅 sekitar jam 2030; stay up sampai jam 0330 ntk tunggu match Arsenal vs Barcelona tp beberapa minit seblom perlawanan berlangsung, ak tersungkur sebab kepenatan -_-"



p/s Gambar2 lain boleh dilayari melalui sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC