Followers

Sunday 21 October 2012

The Lives of Man


Alhamdulillah, selesai juga membaca sebuah buku nukilan Imam Abdullah ibn Alawi Al-Haddad yang berjudul, "The Lives of Man"~ Imam Abdullah merupakan seorang ahli sufi yang pakar tentang ilmu Al-Qalb (Hati) dan sering menerima kunjungan daripada orang ramai dan juga anak-anak murid beliau bagi membincangkan perihal kehidupan baik dari segi rohani dan jasmani.. Beliau tahu kebanyakan daripada mereka mempunyai sedikit ilmu tentang apa yang akan berlaku di akhirat kelak tapi sesungguhnya manusia itu seorang insan, pelupa dan sering diganggu, kerana Qalb mereka menjadi keras.. 

Buku ini dipecahkan kepada 5 sub-topik dengan topik pertama menceritakan perihal kewujudan Nabi Adam A.S, bagaimana baginda dihantar ke bumi dan hubung-kait dengan umat Nabi Muhammad SAW~ Topik seterusnya pula membincangkan tentang dunia semasa, bermula daripada lahirnya manusia daripada perut ibu yang mengandung kemudian membesar daripada kanak-kanak kepada dewasa.. Buku ini turut meletakkan beberapa potongan hadis dan ayat di dalam Al-Quran dalam memperihalkan tugas seseorang mengikut usia sepanjang kitaran hidup seorang manusia.. 

"The feet of a servant will not move away (from where he stands on the Day of Rising) until he is asked about five things: his life, and how he expended it, his youth and in what he exhausted it, his wealth, and where he obtained it and on what he spent it, and what he did regarding what he knew"
[Hadith At-Tarmizi #5197 Narrated by Abdullah ibn Mas'ud]

Setiap peringkat umur diterangkan secara terperinci berdasarkan Al-Quran, Al-Hadis, petikan daripada Imam Ghazali, dan juga beberapa sajak~ Menarik juga apabila para ulama' ada mengaitkan sebuah ayat dalam Al-Quran yang ditujukan khas untuk mereka yang berusia 40 tahun.. Malah Imam Shafiee apabila berusia 40 tahun, dia mula berjalan menggunakan tongkat dan bila ditanya, beliau akan menjawab, "Untuk mengingatkan diri sendiri bahawa aku hanyalah seorang pengembara.." Soal kematangan turut diterangkan dalam bab ini dengan mengambil petikan daripada Ibn al-Jawzi yang membahagikan kitaran hidup seorang manusia kepada 5 peringkat umur..


  1. Childhood: ~15 tahun 
  2. Youth: ~35 tahun
  3. Maturity: ~55 tahun
  4. Seniority: ~70 tahun
  5. Decrepitude: ~Maut

Bab seterusnya membincangkan tentang peringkat ke-3 kehidupan seorang manusia iaitu selepas dia mati sehinggalah hari dia dibangkitkan melalui tiupan sangkakala Malaikat Israfil.. Antara perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah azab di dalam kubur, bagaimana yang hidup boleh membantu yang mati, adab menziarahi kubur dsb.. Bab seterusnya pula menerangkan tentang Hari Pengadilan, bagaimana manusia akan dihimpunkan, situasi di situ dsb.. Hadis ada meriwayatkan manusia pada hari pembalasan itu akan berusia 33 tahun dan kesemuanya berbicara dalam bahasa Suryani (Syriac)..

"Do you know who the bankrupt is? The bankrupt of my nation are those who will come on the Day of Rising having prayed, fasted, and given Zakat, but who have insulted this one, slandered that one, taken someone's wealth, or beaten him up. This one will be given of his good deeds and that one will be given of his good deeds; and if his good deeds are exhausted before all his debts are thus settled, he will be given some of their sins, which will be cast upon him; then he will be thrown into the fire"
[Sahih al-Jami #88]

Bab seterusnya dan juga yang terakhir dibincangkan dalam buku ini ialah perihal syurga dan neraka.. Inilah kehidupan paling panjang bagi seorang manusia, dan bukannya kehidupan di dunia.. Kengerian neraka Jahanam diceritakan penuh terperinci sehinggakan sesiapa sahaja pasti akan insaf, dan keindahan syurga bila sesiapa sahaja yang baca boleh membuatkan semangat nak masuk membuak-buak (Pengalaman penulis) Sesungguhnya belas kasihan Allah terhadap hamba-hambaNya itu melebihi daripada seorang ibu kepada anaknya! Bersama mengingatkan rakan-rakan yang lain~ 

O Lord! Accept our deeds, for Your are the Hearer, the Knower! Relent towards us, for Your are the Relenter, the Merciful! Our Lord! Cause not our hearts to stray after You have guided us, and bestow upon us mercy for Your Presence. You, only You, are the Bestower. [3:8] Flood us with patience, and take us to You as Muslims! [7:126]



 



4 comments:

  1. hi kadir...

    interestg review of the book. very compact.. My book I beli last month tak dapat sentuh lagi..:( so busy lately.. thanx for the review! klo x jmp nk pinjam. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      tengok kt facebook cam busy berjalan je :p
      boleh je nak pinjam~ tambah pahala sket :)

      Delete
  2. Macam menarik je topik yang pe kene buat ikut usia tu...ain selalu baca al islam jew...huhu...esok keje di tokyo, selamat hari raya aidiladha kyo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik aa kalau selalu baca..
      jangan baca part kartun je :)

      esok kyo cuti.. ;)
      selamat bercuti ain :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC